Jalan-Jalan Melaka

Tempat Menarik Di Melaka: Percutian ke Melaka Wonderland

Percutian korang ke Melaka tidak akan lengkap jika korang tidak menjejakkan kaki ke sebuah taman tema air yang terkenal di Melaka ini. Melaka Wonderland Theme Park and Resort adalah sebuah taman tema yang terbaharu. Ia terletak di Ayer Keroh Melaka.

Melaka Wonderland

Cara untuk ke Melaka Wonderland

Jika korang dalam perjalanan melalui udara, lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka sebuah lapangan terbang yang terletak di bandaraya Melaka, Malaysia. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 30 minit ke Vrest Hotel.

Alternatif lain ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (IATA: KUL, ICAO: WMKK) yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, yang terletak di Sepang, Selangor. Kedua-dua terminal, lapangan terbang KLIA dan KLIA2 terletak kira-kira 1 jam 45 minit pemanduan dari Melaka.

Senang je nak sampai ke Melaka Wonderland ini dengan menggunakan kereta. Lebuh Raya Utara-Selatan PLUS adalah jalan tol moden yang beroperasi dari Perlis ke Johor Bharu. Ayer Keroh adalah salah satu susur keluar dari lebuh raya ini hanya terletak kira-kira 20 minit dari Melaka Wonderland.

Melaka Wonderland

Pilihan pengangkutan awam adalah terhad di Melaka. Walau bagaimanapun korang boleh mencari teksi bermeter dengan mudah di kawasan bandar. Di samping itu, Grab kini juga boleh di dapati di Melaka. Cara terbaik untuk ke Melaka Wonderland ini adalah dengan menggunakan kereta sewa atau dengan menaiki teksi bermeter.

Tapi sebelum tu, kalau nak lebih jimat, korang boleh dapatkan dulu tiket masuk ke Melaka Wonderland dengan Traveloka Malaysia. Sebab, kalau beli awal, harga tiket akan jadi lebih murah. Kan best tu.

11 Tarikan Menarik

Apa yang best di taman tema air ni, ia bukan hanya sesuai untuk kanak-kanak sahaja. Tetapi pelbagai lapisan umur boleh bermain dan berseronok. Terdapat pelbagai permainan dan tarikan yang terdapat kat sini.

Jadi korang tak perlu risau kalau nak bercuti bersama seisi keluarga, mesti akan ada permainan yang sesuai untuk anda dan keluarga. Kalau korang mahukan cabaran yang extra pun, ada permainan khas untuk bagi adrenalin rush kat korang!

Ada 11 tarikan semunya kat Melaka Wonderland ni, banyak kan? Jadi korang kena luangkan sekurang-kurangnya seharian untuk rasai semua tarikan yang ada kat sini.

Chaser Tornado

Antara tarikan utama di Melaka Wonderland ini adalah Chaser Tornado. Kalau korang nak rasai macam mana rasanya masuk ke dalam Tornado, anda harus cuba permainan ini. Pemain akan berputar di dalam ”mangkuk” gergasi dan kemudian turun melalui terowong gelap ke kolam pendaratan yang terletak di bawah.

Chaser Tornado
Kamikaze Racer

Selain itu, korang juga boleh mencuba Kamikaze Racer yang terdiri daripada 6 jalur luncur yang pasti akan bawa korang luncur dengan laju hingga ke kolam bawah. Jadi anda dan 5 orang lagi ahli keluarga atau rakan-rakan boleh luncur turun dengan seiring di 6 jalur tersebut sambil berlumba siapa yang akan sampai ke bawah dahulu!

Kamikaze Racer Melaka Wonderland
1 Big Wav Pool

Tidak ada masa untuk ke tepi pantai untuk menikmati pukulan ombak? Don’t worry! Korang boleh merasai suasana tepi pantai dengan ombak buatan yang sesuai untuk aktiviti yang lebih santai di 1 Big Wav Pool. Tarikan ini juga sesuai untuk korang yang datang dengan kanak-kanak kecik.

1 Big Wav Pool
Adventures Island

Ok bagi korang yang ke Melaka Wonderland dengan kanak-kanak, Adventures Island merupakan tarikan yang sesuai untuk mereka. Ia adalah sebuah taman permainan yang dilengkapi dengan 8 gelongsor air yang menarik dan of course selamat untuk kanak-kanak.

Taman Dinasour

Apa yang membuatkan Melaka Wonderland ini lebih menarik, adalah kawasan taman tema ini dikelilingi oleh 360 hektar hutan rekreasi penuh dengan kehijauan alam semula jadi. Ok, kalau korang nak kan sesuatu yang lain, korang boleh try ke Taman Dinasour.

Taman Dinasour

Yang bestnya selain dari taman tema air, Melaka Wonderland juga ada Taman Dinasour yang sangat cool. Korang boleh melihat pelbagai replika dinasour yang pernah menghuni bumi suatu masa dahulu di taman ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk lihat dengan lebih dekat bagaimana rupa dinasour seperti Tyrannosaurus, Triceratops, Omeisaurus dan banyak lagi!!

Jangan ketinggalan dapatkan cenderahati menarik!!!

Ok, dah penat seharian kan. Sebelum pulang, korang boleh singgah di kedai cenderahati yang terdapat di Melaka Wonderland. Kat sini korang boleh beli plush toys yang cute gila! Dan antara plush toys yang terkenal di sini adalah Rexy, Trinopony, Baby Pink & Blue. Korang juga boleh dapatkan pelbagai jenis cenderahati untuk kenang-kenangan di sini!

Haa, sekarang masa untuk usha Melaka Wonderland ticket promo dengan klik di sini! Tentu anak-anak dan keluarga akan tersenyum selepas menikmati percutian di Melaka Wonderland ini. Tak salah kan sekali sekala kita bawa anak-anak untuk gembirakan mereka. Lagipon, harga tiket sangat berpatutan dan sangat berbaloi. Cepat-cepat dapatkan tiket sebelum kesana untuk dapatkan harga yang lebih jimat.

44 thoughts on “Tempat Menarik Di Melaka: Percutian ke Melaka Wonderland

  1. airah rasa macam pernah pergi sini. banyak sangat waterpark dah pergi sampai lupa mana satu hahahha. paling tak suka kalau slides yang mencabar sikit tu boleh luruh jantung

  2. Bestnyaaa! Cx orang Melaka pon belum pernah jejak lagi ke sini. Hahaha! Ramai sangat orang tau. Memang bestlah Melaka wonderland. Budak² mesti suka. Mak pak pon tumpang gembira dan bolehlah spend time together. Cuti sekolah mmg masa yg plg sesuai ntk pergi ke sini 😊

    1. Hehe, betul tu. sekarang kat semua negeri pon dah ada water theme park kan. Tapi dah alang-alang pergi melaka tu, boleh la singgah sini. hehe

    1. hehe, baru lagi. A famosa tu memang wajib pergi. Tapi bila dah 2, 3 kali gi A famosa tu, rasa boring plak. haha. Memang budak2 suka dino2 tu. Anak saya pon suka.

  3. Melaka ni satu jer kita nak pergi tak nak jem hehehehe memang sesak sana ramai orang tambah tempat tumpuan orang tapi kat sini macam best boleh mandi-mandi oklah akan jadi list untuk travel next hehehehe thanks share..

  4. Terkejut sis tengok dinosaur tu. Nampak real je. Hahaha…..tak pernah lagi ke sini kalau turun Melaka. Melaka ni suka pergi bukan sebab apa….dekat dengan selangor. Tak payah drive jauh2.

  5. I bab water theme park ni memang out la. But this place nampak menarik to bring kids. I bet they will enjoy this place the most. Another great attraction in Malacca.

  6. tak pernah lagi sampai tempat ni. agak menarik juga sebab ada pelbagai permainan yang boleh berlenjan main…harga tiket berpatutan jika dibandingkan dnegan taman tema yang sudah sedia gah namanya…

  7. Menarik.. Walaupun suami orang melaka, tapi round melaka pun tak habis lagi. Hehe
    Syok kalau dapat kesitu kan..
    Menikmati keseronokkan bersama keluarga.

  8. Syiok kalau dapat pergi dengan keluarga. Pernah juga pergi sini, memang anak-anak seronok sangat. Terasa nak pergi lagi…lepas ke sana pergi pulak makan-makan ikan bakar or asam pedas..fuhh syiokk sangat

  9. Setuju… Kat Malaysia banyak theme Park. Untuk kegembiraan anak-anak mana mana pun ada! Melaka pun tempat percutian favorite kami. Dekat dan berpatutan

  10. Weyh, syoknya, Paling suka yang part games air bagai tu. Nanti nak plan trip ke melaka la, pastu pi melaka wonderland ni. Teringin gilaaa.

  11. Eh Melaka Wonderland. Nampak sangat lama tak balik melaka sampai tak tahu kewujudan Melaka Wonderland ni. Boleh start plan cuti bawa anak anak mandi manda dekat sini. Diorang memang suka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge