Penyusuan · Vitamin Ibu Menyusu

Set Menyusu Shaklee : Pilih Mengikut Keperluan dan Bajet

Set menyusu Shaklee adalah antara set yang paling popular dikalangan ibu-ibu di Malaysia. Ramai yang jatuh cinta dengan vitamin Shaklee kerana mereka pernah menggunakan set penyusuan Shaklee paling laris ini. Tetapi masih ramai yang tidak percaya bahawa set menyusu Shaklee ini dapat membantu mereka menjayakan proses penyusuan mereka.

Set menyusu Shaklee ini telah menjadi pilihan ibu-ibu menyusu kerana ia dapat membantu menyelesaikan semua masalah-masalah yang dialami oleh mereka ketika menyusukan anak. Bukan senang untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun. Lagi susah sekiranya kita tidak mempunyai sokongan yang cukup termasuklah sokongan daripada vitamin set menyusu ini.

Set menyusu Shaklee

Bagaimana Set Menyusu Shaklee Membantu Proses Penyusuan

Bukan mudah untuk kita nak jayakan proses penyusuan ini kan. Jadi, dengan adanya set menyusu ini, ia dapat membantu kita untuk menghasilkan susu yang mencukupi untuk anak kita. Masih ramai yang menidakkan keperluan vitamin ini, kerana mereka menganggap proses penyusuan hanya perlu mengikut teknik supply & demand sahaja.

Ya, memang betul. Semakin banyak susu dikeluarkan, makin banyak lagi susu yang dihasilkan oleh kilang susu. Akan tetapi kita perlu mengambil kira faktor-faktor yang menyebabkan susu semakin berkurang dihaslikan. Antara penyebab utama susu kurang dihasilkan adalah kerana badan kita penat, emosi terganggu, dan sebagainya. Jadi, disinilah kita memerlukan bantuan vitamin, supaya kita dapat mengelakkan masalah-masalah yang boleh menyebabkan susu berkurang.

Lagi satu yang perlu kita ambil kira adalah, susu yang berkualiti terhasil apabila badan ibu cukup nutrisi. Apabila badan ibu mengandungi nutrisi yang cukup, susu yang dihasilkan sangat berkualiti. Lengkap dengan antibodi yang kuat, protein, vitamin dan minerals yang diperlukan oleh anak kita.

Selain itu, ibu juga sangat memerlukan vitamin ini supaya kesihatan badan ibu tetap sihat. Ini kerana ibu menyusu memerlukan tambahan nutrisi berbanding ibu yang tidak menyusu anak. Contohnya, ibu menyusu memerlukan lebih 200mg kalsium berbanding ibu yang tidak menyusu. Ini kerana anak akan menyerap sumber kalsium yang terdapat di dalam darah dan tulang ibu melalui susu yang diminum.

Jadi sekiranya ibu tidak mendapatkan sumber kalsium yang mencukupi, ibu boleh berisiko mendapat masalah tulang dan gigi mudah patah, osteoporosis dan sebagainya. Melalui gaya pemakanan sekarang yang tidak seimbang, belum tentu kita boleh mencukupkan keperluan kalsium untuk badan kita.

Jadi, fungsi vitamin dalam set menyusu ini adalah untuk menyediakan badan ibu yang sihat dan bertenaga supaya susu yang dihasilkan mencukupi untuk bayi dan dalam masa yang sama susu yang dihasilkan sangat berkualiti. Cuba bayangkan kalau badan kita sentiasa penat, emosi terganggu, selalu stress dengan aktiviti harian, susu yang terhasil akan berkurangan dan kurang berkualiti.

Akibatnya anak tidak mendapat susu yang mencukupi, anak kurang berat badan, sentiasa merengek kerana tidak kenyang, dan tumbesarannya terganggu. Jadi sangat penting untuk kita mengambil tahu keperluan vitamin ini supaya kita dapat memberikan yang terbaik untuk anak kita.

Kelebihan Set menyusu Shaklee

Set menyusu Shaklee ini dapat membantu kita dengan cara:

  1. Membekalkan tenaga kepada badan kita supaya tidak mudah penat dan letih untuk melakukan kerja harian
  2. Memberikan perasaan yang gembira, emosi lebih stabil supaya dapat merangsang hormon yang diperlukan untuk proses pengeluaran susu
  3. Fikiran lebih positif
  4. Tidak mudah rasa letih dan lesu
  5. Merangsang pengeluaran susu yang lebih konsisten
  6. Susu yang dihasilkan lebih berkhasiat
  7. Membantu menguatkan antibodi ibu dan anak
  8. Membantu meningkatkan kesihatan tulang dan gigi ibu
  9. Membantu mengatasi masalah bengkak susu
  10. Menyokong perkembangan otak, mata dan saraf bayi

Akan tetapi dengan pengambilan set ini juga, anda akan mendapat KESAN SAMPINGAN. Semakin ramai yang menyukai set menyusu Shaklee ini asbab kesan-kesan sampingan yang mereka rasai ini. Antara kesan-kesan sampingan yang anda bakal dapat setelah mengambil set ini adalah:

  1. Kulit ibu dan bayi lebih sihat dan cantik
  2. Luka dan parut stretch mark cepat pudar
  3. Kulit bertambah cerah dan sihat
  4. Keguguran rambut semakin berkurangan
  5. Badan masih bertenaga walaupun terpaksa bangun malam menyusukan anak
  6. Tidak lagi mengalami kejang kaki
  7. Senang bangun pagi
  8. Membantu ibu mendapatkan berat badan yang ideal
  9. Membantu menganjalkan payudara dan
  10. Membantu menyelesaikan masalah sembelit ibu, mudah membuang setiap pagi.

Kandungan Vitamin dalam Set Menyusu Shaklee

Didalam Set Penyusuan ini mengandungi 7 produk iaitu:

1. ESP, Energizing Soy Protein
  • ESP membekalkan protein yang diperlukan oleh badan dimana kandungan protein ini tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan kita.
  • Ia membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan bayi, dan mengaktifkan sistem imun badan.
  • Ia merupakan minuman wajib ibu menyusu kerana ia memberi tenaga kepada badan kita. Apabila badan makin bertenaga ia akan meningkatkan proses penghasilan susu badan.
  • Selain itu, ia memberi rasa kenyang yang lama, jadi akan menyelesaikan masalah ibu menyusu yang sering lapar.
2. Alfalfa complex
  • Terkenal sebagai raja segala tumbuhan dan telah digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengasilan susu ibu yang berkualiti.
  • Ia berfungsi sebagai galaktagog yang hebat. Ia membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dengan merangsang tisu payudara
3. Vitalea – Iron Formula
  • Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan
  • Ia membantu menyokong penghasilan sel darah merah bagi ibu dan bayi bagi mengelakkan masalah anemia, penat dan lesu
  • Zat besi dalam vitalea ini juga menyokong perkembangan optimum otak dan tingkah laku bayi
4. B-Complex with folic acid
  • Lengkap dengan 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan termasuklah asid folik yang penting untuk mengelakkan kecacatan saraf.
  • Membantu ibu sentiasa tenang dan mengurangkan stress seterusnya dapat membantu ibu menghasilkan susu yang berkualiti
  • Ia menyokong kesihatan koordinasi diantara otak dan pergerakan bayi
5. Vitamin C
  • Mengandungi 500mg vitamin C dalam satu tablet yang dilepaskan sedikit demi sedikit dalam masa 5 jam.
  • Ia bertindak sebagai antioksida dan menyokong penghasilan sel imun.
  • Apabila badan sentiasa penat dan stress, makin mudah kita nak jatuh sakit. Vitamin C dapat membantu meningkatkan keupayaan sistem imun ibu dan anak untuk melawan penyakit. Anak akan mendapat manfaat melalui susu ibu yang diminumnya.
  • Bonus pada ibu dan anak, ia membantu meningkatkan kolagen dalam kulit dan menjadikan kulit lebih sihat dan cantik.
6. Ostematrix
  • Membekalkan nutrisi kalsium, magnesium, vitamin D dan beberapa mineral lain yang membantu menambah simpanan kalsium untuk mengelakkan tulang rapuh semasa penyusuan.
  • Membina tulang & gigi yang kuat bagi bayi
  • Membantu ibu menyelesaikan masalah kejang kaki, kebas-kebas dan sembelit.
7. Omega Guard
  • Membekalkan spektrum lengkap 7 jenis asid lemak omega 3 yang tulen.
  • Ia membantu menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf ibu dan bayi
  • Bonus pengambilan Omega Guard ini membantu untuk ibu mengekalkan berat badan yang ideal dan badan yang sihat

Berdasarkan manfaat setiap produk vitamin ini, ia membantu secara keseluruhan bagi membantu ibu menyusu dengan mudah. Ia bukan sahaja membantu memeperbanyakkan susu ibu, tetapi ia membantu untuk mengelakkan daripada berlakunya sebab-sebab yang boleh menyebabkan kepada masalah susu berkurang.

Telah ramai yang berpuas hati dengan set penyusuan Shaklee ini. Hal ini terbukti melalui testimoni mereka yang telah menggunakan set ini. Sebelum ini MiaZain telah menulis tentang Testimoni Set Menyusu Shaklee – Pengalaman Pengguna Set Menyusu Shaklee.

Dapatkan Set Penyusuan Shaklee Daripada Yang Pakar

Anda berminat untuk dapatkan set menyusu Shaklee ini? Jom dapatkan daripada yang pakar. Dapatkan daripada mereka yang telah berpengalaman dalam menggunakan set menyusu ini. Mia telah menggunakan set menyusu ini sehingga anak yang ketiga, dan telah berjaya menyusukan anak sehingga mereka semua berumur 2 tahun dan keatas. Sekarang Mia masih meneruskan penyusuan untuk anak yang ketiga, dengan bantuan set menyusu ini. Dan sekarang anak ketiga telah berumur setahun sebulan.

Untuk dapatkan set penyusuan Shaklee ini, anda boleh whatsapp Mia di 012-9283726. Atau boleh terus tekan ikon dibawah ini untuk terus whatsapp Mia.

Whatsapp

Atau anda boleh terus membuat pembelian melalui online dengan menekan ikon dibawah. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit. Produk akan dihantar terus kerumah anda.

Order Set Menyusu Shaklee

Akan tetapi, sekiranya anda ingin dapatkan vitamin ini dengan harga yang lebih JIMAT, boleh terus whatsapp Mia. Anda boleh pilih mengikut bajet dan keperluan anda. Dapatkan yang terbaik untuk anak anda. Sayangi diri anda dan juga anak anda.

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

PENAFIAN
Kenyataan dihalaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food And Drug Adminstration).
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit
———————————————————————————

One thought on “Set Menyusu Shaklee : Pilih Mengikut Keperluan dan Bajet

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge