Rambut Gugur

Masalah Rambut Gugur terlalu banyak petanda masalah Cyst? Atasi Rambut Gugur Dengan Segera

Orang kata rambut tu ibarat mahkota seorang wanita. Kalau rambut asyik gugur je, hilanglah mahkota wanita tersebut. Boleh hilang keyakinan kita kan apabila kepala dah botak disebabkan masalah rambut gugur ni.

Secara puratanya, rambut kita akan gugur sebanyak 100-150 helai sehari. Perkara ini adalah normal. Masalah rambut gugur jadi tak normal apabila rambut kita gugur dengan banyak. Sehinggakan bersepah rambut yang gugur dilantai. Lubang air keluar dalam tandas pon tersekat dengan rambut kita. Atau apabila kita sikat rambut, banyak rambut yang tersekat di sikat tersebut.

Masalah Rambut Gugur

Inilah yang dikatakan tidak normal. Kebiasaannya, dalam kitaran rambut yang seimbang, jumlah pertumbuhan rambut adalah sama dengan bilangan rambut yang gugur. Jadi, keguguran rambut berlaku apabila rambut gugur melebihi pertumbuhan rambut. Kalau dibiarkan boleh menyebabkan kepala kita jadi botak dan beberapa masalah lain yang lebih serius seperti cyst. Betul ke? Teruskan pembacaan anda dibawah

 

Kenapa Masalah Rambut Gugur perlu di pandang serius!!!

Terdapat banyak faktor yang boleh menjadi punca masalah rambut gugur, antaranya adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, mengalami tekanan, putus haid (menopos), pertukaran hormon selepas bersalin dan juga berpunca daripada masalah genetik.

Keguguran rambut terjadi apabila seseorang mengeluarkan banyak hormon lelaki iaitu hormon androgen atau dikenali sebagai testosteron bertukar menjadi hormon dihydrotestosterone (DHT). Proses penukaran itu membahayakan folikel rambut dan boleh menjejaskan kitaran pertumbuhan dan keguguran rambut yang normal. (sumber)

Masalah rambut gugur ni bukan sahaja boleh menjadikan kepala kita botak, malah boleh membuatkan kita berasa kurang keyakinan untuk berdepan dikhalayak ramai, melainkan kaum wanita yang bertudung. Selain itu, masalah keguguran rambut ini memberi petanda buruk kepada kaum wanita.

Seperti yang diterangkan sebelum ni, masalah keguguran rambut ni disebabkan oleh masalah hormon yang tidak seimbang. Kandungan hormon lelaki (androgen) lebih banyak berada dalam badan kita. Ini boleh membahayakan kaum wanita kerana apabila hormon lelaki lebih banyak berada dalam tubuh seorang wanita, ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti polycystic ovarian cyst.

Selain itu, masalah keguguran rambut ini juga boleh membawa kepada masalah lain seperti masalah obesiti, jerawat dan haid yang tidak tetap. Jadi, kepada mereka yang mengalami masalah keguguran rambut tu, janganlah pandang enteng dengan perkara ini kerana ia boleh membawa kepada masalah lain yang mungkin lebih teruk.

 

Tips untuk mengelakkan rambut gugur

Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunapakai untuk mengurangkan masalah keguguran rambut

  1. Untuk mengeringkan rambut selepas mandi, luruskan rambut terlebih dahulu dengan menyikat rambut supaya tidak kusut
  2. Biarkan rambut kering sendiri tanpa menggunakan pengering rambut.
  3. Gunakan sikat yang bergigi jarang
  4. Selalu potong hujung rambut agar tidak bercabang kerana masalah rambut bercabang boleh menyebabkan rambut mudah gugur
  5. Jangan terlalu kerap mengikat rambut terlalu ketat
  6. Tidur menggunakan bantal yang berkain kapas supaya rambut tidak melekat di bantal

Akan tetapi tips ini hanya boleh dilakukan pada luaran sahaja. Sebenarnya masalah utama yang menyebab masalah rambut gugur ini berlaku akibat masalah dari dalam badan kita, iaitu masalah hormon yang tidak stabil.

Jadi, untuk mengatasi masalah hormon yang tidak seimbang ini, kita perlu merawatnya dari dalam. Iaitu dengan pengambilan nutrisi zat makanan dari makanan tambahan.

 

Apa yang Shaklee boleh bantu untuk mengatasi masalah rambut gugur?

Untuk mengatasi masalah rambut gugur ini, boleh dilakukan melalui 2 cara. Iaitu melalui penjagaan rambut secara luaran dan penjagaan rambut secara dalaman.

Ramai yang tahu kebanyakkan produk Shaklee adalah suplemen yang kena makan je semata, tapi sebenarnya Shaklee juga ada produk penjagaan rambut secara luaran. Antara produk yang sangat bagus untuk mengelakkan rambut gugur adalah:

Penjagaan rambut secara luaran

Untuk penjagaan rambut secara luaran, kita boleh menggunakan set seperti dibawah. Ia terdiri daripada:

  1. Revitalizing Shampoo

    • Apa yang menariknya syampu ini adalah ia diformulasikan dengan humektan dan protein berasaskan sayuran untuk menghasilkan kutikel rambut yang licin. Fungsi syampu ini adalah untuk mengimbangi kulit kepala, menyemai anak rambut, membantu mengurangkan rambut kusut dan mengekalkan imbangan kelembapan dan kilauan rambut.
    • Setiap kali menggunakan syampu ini akan membuatkan rambut kita;
      • BERSIH – Syampu ini menyingkirkan minyak berlebihan, kotoran dan lebihan produk dandanan
      • KUAT – Syampu ini tidak akan mengeringkan rambut, jadi kutikel rambut sentiasa licin dan tahan dari rosak, walaupun rambut dalam keadaan basah
      • LANTUNAN – Syampu ini yang bersifat anti-statik dan tidak membuatkan rambut menjadi sangat kering membolehkan ia mengekalkan flex dan daya tahan semulajadi rambut
      • MENYEGARKAN – Menampilkan Scalp Health Complex untuk menenangkan dan melembapkan kulit kepala supaya kulit kepala rasa selesa dan bertenaga
  2. Replenishing Conditioner

    • Replenishing conditioner berfungsi untuk mengimbangi kadar pH pada kulit rambut dan menjadikan kulit kepala sentiasa hidrasi. Ramuannya yang berasaskan tumbuhan semulajadi akan melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikan ianya terlalu melekit dan menghasilkan rambut yang lebih tebal, berkilat dan subur.
    • Bila kita amalkan penggunaan 5-6 kali seminggu akan membantu menebalkan dan penstrukturan semula permukaan bilah rambut supaya ia kelihatan dan rasa:
      • RINGAN – Menyuburkan dan melindungi rambut tanpa memberatkannya
      • BEBAS KUSUT – Pelembap ringan melicin dan mengasingkan rambut supaya sikat mudah digerakkan walaupun rambut dalam keadaan basah mahupun kering
      • MUDAH DIURUS – Agen kondisioner semulajadi melembutkan rambut dan menghapuskan statik untuk memudahkan pengendalian dan penggayaan
      • MENEBALKAN – Meningkatkan kekuatan dan kelihatan berkilat disamping membantu menebalkan rambut halus supaya lantunannya kekal cantik
  3. Nourishing Scalp Treatment

    • Nourishing Scalp Treatment berfungsi untuk menormalkan kulit kepala untuk menyediakan persekitaran untuk rambut yang lebat dan bersinar. Ia akan merawat ke pangkal masalah dengan serum derma-tersedia yang merangsang peredaran darah, melindungi dari serangan persekitaran dan menyediakan ramuan yang boleh menyuburkan kulit kepala.
    • Kelebihan Nourishing Scalp Treatment:
      • Terbukti dapat mengurangkan rambut gugur sewaktu menyikat rambut dan rambut lebih tebal dan kuat
      • Mengandungi kompleks eksklusif yang sangat derma-tersedia yang diperoleh secara semulajadi didalam bentuk rawatan yang kuat untuk membantu rambut lebih sihat
      • Formula tanpa bilasan, sangat lembut untuk digunakan setiap hari bagi member manfaat yang segera dan memberangsangkan
      • Diserap dengan segera dan tidak berminyak
      • Bersih dan berbau segar (bauan botani), tidak menggunakan bauan tambahan
      • Mempunyai pH yang seimbang dan selamat untuk semua jenis rambut walaupun diperm atau diwarna

Penjagaan rambut secara dalaman

Penjagaan rambut secara dalaman sangat penting untuk memastikan rambut kita mendapat nutrien yang secukupnya dan dapat menstabilkan kandungan hormon dalam badan kita. Untuk penjagaan rambut secara dalaman pula, anda boleh mengambil makanan tambahan yang telah dicadangkan seperti dibawah.

  1. ESP (Soy Protein  Isolate Powder)

    • Sebenarnya rambut kita ni, 97% daripadanya adalah protein. Rambut kita sangat-sangat perlukan protein kerana 19 daripada 22 jenis asid amino (iaitu protein) diperlukan untuk membentuk rambut kita supaya kekal sihat, lebat, kuat dan sebagainya.
    • Jadi kita memerlukan sumber protein untuk menangani masalah rambut gugur ini. Antara tanda-tanda kita kurang protein adalah apabila rambut kita menjadi bercabang, retak, kering, cepat putus, rambut yang halus dan kurang bersinar.
    • ESP adalah sumber protein yang lengkap dan berkualiti, berasaskan tumbuhan yang secara semulajadinya rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.
  2. B-complex

    • B-complex ini mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang sangat diperlukan oleh badan untuk menggantikan vitamin B yang hilang. Salah satu punca rambut gugur adalah disebabkan oleh tekanan hidup yang tinggi. Dan vitamin B-complex ni adalah jawapan kepada masalah tekanan anda.
    • Bagaimana Vitamin B-complex ini boleh membantu anda menyelesaikan masalah rambut gugur ini:
      • membentuk anak rambut yang sihat
      • mempercepatkan kadar pertumbuhan rambut
      • menguatkan akar rambut supaya tidak tercabut
      • membantu mengekalkan warna rambut untuk mengelakkan rambut beruban
      • mampu untuk menstabilkan emosi dan menguruskan tekanan yang menjadi salah satu faktor rambut senang gugur
  3. Vita-lea (Multivitamin)

    • Formula Vita-lea yang sangat unik lengkap dengan 12 jenis vitamin dan 7 mineral yang sangat diperlukan oleh badan kita untuk menjalankan setiap fungsinya dengan teratur.
    • Didalam vita-lea juga mengandungi zat besi yang membantu untuk menangani masalah rambut gugur ini. Kekurangan zat besi dalam badan bukan sahaja menyebabkan masalah anemia, tetapi juga boleh menyebabkan masalah rambut gugur. Zat besi akan membantu pertumbuhan rambut.

Cara dapatkan produk untuk atasi masalah rambut gugur

Untuk mendapatkan produk bagi mengatasi masalah rambut gugur ini, anda boleh membuat pembelian secara atas talian dengan menekan ikon dibawah.

Masalah rambut gugur

Anda boleh membuat pembayaran dengan menggunakan kad debit/kredit. Akan tetapi, sekiranya anda mempunyai bajet yang rendah, dan ingin membeli dengan harga yang lebih rendah, anda boleh menghubungi miazain.com sekarang juga melalui aplikasi whatsapp. Boleh terus tekan ikon dibawah untuk whatsapp sekarang.

Masalah rambut gugur

Jadi, jangan pandang ringan sekiranya anda sedang mengalami masalah keguguran rambut. Hal ini kerana keguguran rambut yang berterusan akan menyebabkan kepala botak, kurang keyakinan terhadap diri sendiri dan lebih teruk ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti masalah cyst akibat daripada ketidakseimbangan hormon dalam badan. Kita juga akan sentiasa stress dengan keadaan yang berlaku.

Perlu bertindak sekarang untuk mengawal rambut gugur daripada menjadi lebih teruk.

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

PENAFIAN | Kenyataan dihalaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food And Drug Adminstration)
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit

———————————————————————————

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge