Produk Review

Kempen Hari Gaji Shopee (26-28 Februari): Nikmati 18% Pulangan Wang Tunai

Shopee buat hal lagi, nie yang seronok ni. Kali ni Shopee buat Kempen Hari Gaji Shopee pula. Kempen ini berlangsung dari 26 hingga 28 Februari sahaja. Memang kena tanda dalam kalender tu yea, takut terlepas, nanti gigit jari je la.

Memang dah jadi rutin kita kan, bila dapat gaji je, tak salah kita menggunakan sedikit wang gaji kita untuk membeli belah sebagai ganjaran pada diri sendiri setelah penat berkerja selama sebulan. Dan inilah masa yang ditunggu-tunggu kerana kita boleh berbelanja dengan potongan harga yang lebih murah dengan menikmati pelbagai tawaran hebat.

Selain itu pengguna Shopee boleh menikmati pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.

 

Kempen Hari Gaji Shopee
Kempen Hari Gaji ini dilancarkan kerana pihak Shopee mendapati bahawa jumlah transaksi meningkat sebanyak 25% sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikj 25 hingga 31 setiap bulan. Jadi, pihak Shopee dengan berbesar hati ingin memberi pulangan tunai sebanyak 18% supaya pengguna boleh berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli belah ini.
Kebiasaannya pembeli online akan membuat aktiviti membeli belah mereka semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam. Jadi, pihak Shopee dah mudahkan kerja kita kerana kita boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit dan kredit atau pemindahan bank.
Antara produk popular yang mempunyai permintaan tinggi sepanjang tempoh penerimaan gaji adalah:
Mobil & Gajet
Sarung & Pelindung, Audio, Bank Kuasa & Bateri
Kesihatan & Kecantikan
Produk Kecantikan Kulit, Makanan Tambahan, Berus & Peralatan Solek
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Fesyen Kanak-kanak, Permainan & Pendidikan, Perkakas untuk Makan & Penyusuan
Pakaian Wanita
Baju, Pakaian Dalam & Pakaian Tidur, Gaun
Perabot & Perhiasan Rumah
Hiasan Dalaman, Tempat Menyimpan untuk Dapur, Kelengkapan Bilik Tidur
Kempen ini akan dimulakan dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari. Semasa pra-kempen ini, terdapat banyak tawaran eksklusif yang disediakan daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet, Kesihatan & Kecantikan, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Perabot & Perhiasan Rumah, Perkakas Rumah, Barang Runcit & Haiwan Peliharaan, Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki.
Kempen Hari Gaji Shopee
 
Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.
Kempen Hari Gaji Shopee
Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.
Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

0 thoughts on “Kempen Hari Gaji Shopee (26-28 Februari): Nikmati 18% Pulangan Wang Tunai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge