Diari Emil

Kehidupan di kediaman baru yang lebih selesa

Assamualaikum semua…
Alhamdulillah, hari nie dah 3 minggu lebih masuk ke kediaman baru. Sebelum nie kehidupan di shah alam sangat meruntun jiwa kami anak beranak. huhu. Dengan keadaan rumah yang tak selesa sebab takde peredaran angin, keadaan yang panas, ditambah pula kes denggi memang tengah hot kat kawasan tu.

Dan yang paling menyedihkan, lepas 2 minggu di shah alam, mia positif denggi. Seminggu masuk ward. Nasib budak kecik emil tu tak kena denggi, cuma demam biasa saje. Kalau budak kecik kena denggi, kita yang sakit tengok dia kena ambil darah tiap-tiap hari kan.

jade view penang

Kediaman Baru Yang Lebih Selesa

Sekarang dah berpindah ke kediaman baru di Penang, rasa lebih selesa, lebih teratur dan lebih mengasyikkan dengan keadaan rumah sekarang. Kalau dulu di shah alam, keluar pintu rumah jek, berderet kedai depan rumah, Sian emil takde tempat untuk bermain. Tapi sekarang di kediaman baru ni dah ada macam-macam permainan untuk emil.

Macam-macam ada di kediaman baru ni. Ada kolam mandi, taman permainan. Dan kat rumah juga ada balkoni. Kat penang ni memang susah nak cari rumah tanah, jadi terpaksa la menyewa di rumah atas kan. Mungkin next plan untuk dapatkan rumah yang ada tanah pula. Tapi mungkin di seberang la sebab kat pulau ni harga rumah tanah memang sangat mahal. hehe

diari emil
Sekarang masih dalam fasa mengemas rumah di kediaman baru. Walaupun dah seminggu lebih tinggal kat sini, tapi kain baju masih banyak yang belum dikemaskan. Masih mencari tempat untuk mengemas baju-baju nie. Kadang-kadang susah nak cari almari yang sesuai untuk simpan baju. Siapa ada tips untuk susun baju supaya nampak kemas dan tak berselerak semasa nak ambil baju??? sesiapa ada tips boleh kongsikan diruangan komen k…

Memang kerja mengemas ni memang tak sudah kan. Jadi, kenalah kemas sikit-sikit. Sekarang ni cuma keluarkan barang yang betul-betul diperlukan je. Semoga kehidupan kami di kediaman baru ni lebih bermakna walaupun keluarga jauh, tapi mereka masih tetap diingatan.

#Dukpenangdah10tahun

0 thoughts on “Kehidupan di kediaman baru yang lebih selesa

  1. ala, siannya kalau kena denggi. susah betui.. comellah emil.geram tengok >.<

    saya xtaula tips nak kasi baju sentiasa kemas.. saya buat dalam keadaan menegak semuanya. jimat sikit ruang. kalau kita amek, kemas la.. buat macam mana pun, kalau budak2 yang amek baju dia, pang, bersepah balik -.-

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge