Merawat Jerawat · Produk Shaklee · Zinc Plus

Cara Kecutkan Jerawat dengan Mudah dan Cepat

Dalam sekelip mata jerawat boleh tumbuh kan. Bangun-bangun pagi, sedar-sedar dah ada jerawat di muka. Jerawat ni dah jadi musuh bagi kita kan sampaikan ada yang murung seharian sebab jerawat muncul sebiji kat muka. Jadi untuk pastikan hidup kita ceria sepanjang hari, kita kena cari cara kecutkan jerawat dengan mudah dan berkesan.

Sebelum tu kita ketahui dulu punca-punca bagaimana jerawat ni boleh muncul. Selain disebabkan oleh masalah hormon, terdapat juga sebab-sebab lain kenapa jerawat ni boleh timbul.

cara kecutkan jerawat

Salah satu punca jerawat berlaku adalah disebabkan oleh pengambilan sabun pencuci muka yang bersifat kuat. Apabila kita menggunakan sabun yang kuat, ia akan menanggalkan minyak dimuka kita dan mengeringkan kulit.

Justeru, kulit bertindak untuk menghasilkan lebih banyak minyak dari dalam kulit untuk menyeimbangi kekeringan kulit muka. Makin kering kulit kita, makin banyak minyak yang dihasilkan. Kesudahannya liang pori kulit muka kita akan tersumbat dan bakteria akan mengambil kesempatan untuk membiak kerana mempunyai makanan (minyak sebum).

Dengan kehadiran bakteria ini, kulit akan bertindak dengan membuat radang/inflammation untuk membunuh bakteria tersebut, maka terjadilah jerawat. Maksudnya disini, jerawat ini adalah cara mekanisme kulit kita untuk membunuh bakteria. Makin banyak bakteria, makin banyaklah hasil bakteria mati (dalam keadaan nanah).

Jadi, bagaimana cara kecutkan jerawat dengan cepat dan mudah ni? Dan lagi bagus kalau kita dapat elakkan terus daripada jerawat tu muncul. Haa, ni Mia nak kongsikan cara kecutkan jerawat dengan mudah dan berkesan ni berdasarkan pengalaman Mia.

 

Cara Kecutkan Jerawat Dengan Mudah Dan Berkesan

Ini cara Mia untuk kecutkan jerawat dengan cepat dan berkesan. Iaitu dengan pengambilan suplemen Vitamin C dan Zinc Plus. Vitamin C memang sinonim dengan kecantikan kan. Memang tak dinafikan lagi vitamin C memang bagus kalau ada masalah jerawat.

Bagaimana Vitamin C Membantu Kecutkan Jerawat Dengan Cepat Dan Berkesan?

Vitamin C:

  • salah satu sumber antioksidan yang bantu untuk pulihkan sel-sel kulit supaya kulit kita dapat menahan serangan radikal bebas.
  • menguatkan sistem imun terhadap kesan inflamasi pada jerawat yang merah
  • melawan jangkitan kuman yang terdapat dalam jerawat
  • Bioflavanoids yang terdapat dalam vitamin C bertindak sebagai antibakteria seterusnya mengecutkan jerawat tersebut

Hasilnya, Vitamin C ni bukan sahaja mampu untuk mengecutkan jerawat, akan tetapi lebih daripada itu. Vitamin C juga mampu untuk:

  • Memudarkan parut jerawat
  • Tona kulit lebih sekata
  • Menguatkan imun sistem badan kita
  • Membantu merawat kulit sensitif seperti resdung dan ekzema
  • Kulit lebih glowing dan radiant

 

Bagaimana Zinc Plus membantu kecutkan jerawat dengan cepat dan berkesan?

Jarang kita dengar yang zink plus juga boleh bantu untuk rawat jerawat. Dan jarang juga kita ambil tahu dengan vitamin zink. Sebenarnya badan kita juga memerlukan sumber mineral zink untuk berfungsi dengan baik.

Zinc merupakan mineral penting yang mengawal 100 enzim dalam badan. Ramai yang mengamalkan pengambilan zinc untuk merawat jerawat. Saya sangat gembira apabila adik saya mengatakan jerawat batunya telah mula kecut setelah mengambil Zinc Complex Shaklee (formulasi terdahulu). Jerawat mula tumbuh dimukanya apabila dia mengambil ubat yang salah (ubat herba) yang kononnya mampu mencantikkan kulit muka, akan tetapi jerawat naik lagi banyak.

Zinc Plus membantu kecutkan jerawat dengan cara:

  • mengawal penghasilan minyak pada kulit
  • bersifat anti-inflamasi (mempunyai ciri-ciri anti-radang). Ia membantu mengurangkan kerengsaan kulit akibat jerawat
  • meningkatkan sistem imun badan dan ia membantu tubuh melawan bakteria yang menyebabkan jerawat (Propionibacterium acnes)
  • Mineral Zinc membantu badan memprosess vitamin A dan E; yang mana kedua-duanya juga turut membantu tubuh melawan jerawat
  • Mineral Zinc – Vitamin A – Vitamin E, gabungan ketiga-tiga vitamin dan mineral ini membantu tubuh mengawal hormon. Hormon yang tidak stabil boleh mengakibatkan pengeluaran minyak berlebihan pada kulit
  • membantu dalam pertumbuhan tisu supaya kulit sentiasa segar
  • mineral zinc terlibat dalam sistesis protein dan pembentukan kolagen dalam badan. Kedua-duanya penting untuk mengekalkan kulit yang sihat dan mengawal pengeluaran minyak secara normal

Haa, banyak rupanya manfaat Zinc Plus ni untuk kecutkan jerawat. Memang rugila siapa yang tak ambil Zinc Plus dan Vitamin C ni. Bukan hanya dapat kecutkan jerawat, tetapi dapat tingkatkan kesihatan kita juga.

Kita tengok dulu apa kata mereka yang dah pernah ambil kedua-dua vitamin ini?

 

Pengalaman Mereka Kecutkan Jerawat dengan Cepat dan Berkesan

Testimoni #1: Jerawat hilang, kulit muka dah kerang berminyak

 

Testimoni#2: Jerawat cepat kering, dalam seminggu je jerawat kering 

 

Testimoni #3: Kulit makin bersih, bebas jerawat

Haa, teruja kan tengok testimoni mereka-mereka ni. Memang terbukti berkesan dengan pengambilan kedua-dua vitamin ni. Jangka masa untuk pulih itu bergantung pada teruk ke tak teruk masalah jerawat kita.

Dan yang paling best bila kita konsisten dengan kedua-dua vitamin ini, jerawat memang dah takut nak naik kat muka kita tau. Dan berdasarkan pengalaman Mia, memang muka susah nak kena sunburn tau. Sebab vitamin C tu bantu untuk halang sinaran matahari yang sebabkan sunburn tu masuk terus ke dalam kulit kita.

Anda dah tak sabar nak dapatkan dua vitamin ni? Cepat dapatkan sekarang.

 

Cara dapatkan Vitamin Kecut Jerawat dengan Cepat dan Berkesan

Untuk dapatkan kedua-dua vitamin ini, ada boleh cepat-cepat whatsapp Mia. Boleh terus tekan icon dibawah untuk whatsapp Mia di 012-928 3726.

Jangan biarkan masalah jerawat ini menyebabkan anda hilang keyakinan untuk berdepan dengan orang sekeliling. Hapuskan jerawat segera supaya keyakinan kita kian bertambah.

 

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

PENAFIAN | Kenyataan dihalaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food And Drug Adminstration)
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit

———————————————————————————

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge