Resepi Sedap & Mudah

Resepi Mee Ladna Sedap & Mudah

Assalamualaikum…
Tiap-tiap hari mesti masak kat umah kan. Tapi sekarang dah tak tahu nak masak ape. Asyik masak yang sama je. Kadang-kadang orang kat rumah nie bukan nak makan nasi pun kalau makan malam tu. Kita la duk pening nak masak apa nak kasi makan. 
 
Kalau masak mee tu mesti asyik mee goreng je kan. Sebab senang dan cepat. Tapi boring jugak asyik makan mee goreng je. Kita buat mee ladna pulak. Emil pun suka. Sesuai untuk anak-anak. Guna barang yang ada dalam peti ais jek.
 
Resepi mee, menu makan malam, mee goreng, resepi mee ladna, resepi mee mudah dan sedap,

Resepi Mee Ladna Mudah, Cepat dan Sedap

Resepi mee, menu makan malam, mee goreng, resepi mee ladna, resepi mee mudah dan sedap,
Bahan-bahan:
Mee Kuning
3 ulas bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (diketuk)
cili api (terpulang pada tahap kepedasan masing-masing)
Sayur (terpulang pada citarasa masing-masing)
isi ayam (dipotong kecil)
sotong (optional, boleh tukar udang atau apa saja)
sebiji telur (ambil telur putih sahaja)
sesudu tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
Sedikit minyak
3 sudu kicap manis
Garam secukup rasa
 
Cara-caranya:
A) Untuk Mee
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali
  2. Masukkan 2 ulas bawang putih yang telah diketuk, tumis sehingga sedikit garing
  3. Masukkan kicap, biarkan seketika dan masukkan mee kuning.
  4. Goreng mee sehingga mee sebati dengan kicap tersebut. 
 
B) Untuk Kuah
  1. Gunakan kuali yang sama goreng mee tadi. Masukkan sedikit minyak, tumis lebihan bawang putih, bawang merah, dan cili api. Tumis sehingga layu
  2. Masukkan isi ayam dan sotong, tunggu sehingga ayam dan sotong masak
  3. Kemudian masukkan sayur dan sedikit air, terpulang banyak mana nak masukkan air untuk dijadikan kuah. Tunggu sehingga mendidih.
  4. Kemudian, masukkan garam secukup rasa. 
  5. Masukkan putih telur. Biarkan seketika pastu baru kacau.
  6. Perlahankan api dan masukkan bancuhan tepung gandum. Bancuhan tepung gandum nie untuk memekatkan kuah. Masuk sedikit demi sedikit dan boleh tentukan anda nak kuah anda pekat mana.
  7. Siappp!!! dan boleh dihidang bersama mee tadi.
notakaki:
Masa nak makan baru diletak kuahnya. Kalau tak nanti mee tu jadi kembang. Tak sedap pulak. Boleh juga dimasukkan lada sulah untuk lebih sedap…
 
-With Love-
MiaZain

13 thoughts on “Resepi Mee Ladna Sedap & Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge