Masalah Wanita · Period Tidak Teratur

11 Punca Haid Tidak teratur sehinggakan sukar untuk hamil

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan pasangan itu sukar untuk hamil, antaranya adalah disebabkan haid yang tidak teratur. Sekejap datang, sekejap tak datang pulak. Jadi sukar untuk kita mengira waktu subur untuk memudahkan kita hamil. Jadi, sangat penting untuk tahu punca haid tidak teratur supaya kita boleh atasi masalah ini.

Mia pasti semua wanita yang dah berkahwin mesti sangat teringin untuk dapatkan zuriat kan. Sebenarnya anak dapat membuatkan hubungan sesebuah keluarga tu bertambah erat. Memang terasa ada pertambahan kasih sayang kita terhadap keluarga.

punca haid tidak teratur

Tetapi, ada sesetengah pasangan yang walaupun dah berkahwin lebih daripada 2-3 tahun masih belum dikurniakan anak. Tak ke sedih macam tu kan. Tambah-tambah pulak orang dok asyik tanya je kan kita nie dah berisi ke belum. Boleh tertekan kalau berhadapan dengan situasi macam nie.

 

Punca Haid Tidak Teratur Sehinggakan Sukar Untuk Hamil

Haid yang tidak teratur nie susah untuk dipulihkan menjadi kembali normal. Ini kerana banyak faktor yang mempengaruhi kitaran haid kita. Kitaran haid dikawal oleh kehadiran hormon estrogen dalam badan kita, jadi kita perlu mengenalpasti punca haid tidak teratur untuk mengawal hormon tersebut.

Terdapat beberapa punca haid tidak teratur yang telah dikenalpasti. Antaranya adalah:

Punca #1 : KEGEMUKAN

Berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid. Kurangkan berat badan supaya keseimbangan hormon estrogen kembali kepada keadaan normal.

Punca #2 : SINDROM POLYCYSTIC OVARI (PCOS )

Ini gangguan hormon yg boleh menyebabkan cyst kecil untuk terjadi pada ovari dan haid yang tidak teratur .Wanita dengan PCOS mempunyai gangguan fungsi ovari kronik yang tidak normal dan tahap androgen yang luar biasa tinggi androgen (hiperandrogenisme). Androgen adalah hormon seks lelaki.

Punca #3: TERLALU KURUS

Tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.

Punca #4: MASALAH KESIHATAN

Sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.

Punca #5: PRA-MENOPAUS

Ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.

Punca #6: PENCEGAH HAMIL

Pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.

Punca #7: TEKANAN/STRESS

Stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.

Punca #8: PENYUSUAN BADAN

Sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya. Sewaktu menyusukan emil, selepas setahun setengah baru haid datang.

Punca #9: MASALAH TYROID (Hyperthyroidism or hypothyroidism)

Hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh mempengaruhi metabolisme dan menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.

Punca #10: UBAT-UBATAN

Jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.

Punca #11: KEGAGALAN OVARI PRA-MATANG

Kegagalan ovari pramatang merujuk kepada kehilangan fungsi ovari yang normal sebelum umur 40 iaitu haid terhenti sebelum mencapai usia 40 tahun. Wanita yang mempunyai kegagalan ovari pra-matang mungkin mempunyai haid yang tidak teratur atau jarang dalam setahun.

credit

 

Jom kita tengok dulu video nie. Beliau nie stress sebab lebih setahun tak datang haid. Bukan sebulan, tapi setahun, lama tu kan. Sampai suami beliau pun dah bingung, tak tahu nak buat macam mana dah. Tapi beliau sentiasa berikhtiar sampailah beliau berjaya. Jom tengok dulu.

 

Apakah cara untuk mengatasi masalah haid tidak teratur?

Berdasarkan video tersebut, beliau telah berikhtiar dengan mengambil 4 vitamin asas yang sangat diperlukan oleh badan kita. 4 vitamin utama yang boleh membantu mengatasi masalah haid tidak teratur adalah:

  1. Vitalea
    • Membantu sistem organ dan tubuh mendapatkan semua nutrien penting secara menyeluruh. Kandungan 28 vitamin dan mineral dalam multivitamin ini boleh bantu setiap sistem dan organ badan berfungsi dengan baik.
  2. B Compleks
    • Membantu mengawal sistem saraf dalam badan dan mengurangkan stress. Stress adalah salah satu punca haid tidak stabil.
  3. Vitamin C
    • Membantu meningkatkan imun badan dari serangan penyakit, membantu penyerapan iron yang melancarkan edaran darah. Edaran darah yang lancar menyebabkan oksigen dapat sampai kesemua sel dalam badan.
  4. GLA Compleks
    • GLA membantu badan menstabilkan hormon terutama apabila hormon terganggu akibat pengambilan ubatan dan pil perancang. Hormon yang stabil membantu mendapatkan haid yang stabil dan teratur.

 

Cara Dapatkan Vitamin Mengatasi Masalah Haid Tidak Teratur

Anda boleh membuat pembelian produk secara online dengan menekan ikon dibawah. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad debit/kredit.

Atau sekiranya anda ingin mendapatkan vitamin ini pada harga yang lebih murah, atau ingin bertanya lanjut mengenai vitamin ini, boleh terus whatsapp Mia dengan menekan ikon dibawah.

Sekiranya anda salah seorang yang mengalami masalah haid tidak teratur sehingga sukar untuk mendapat zuriat, dan dah tak tahan dengar orang lain duk tanya bila nak ada anak, hubungi Mia sekarang. Mia akan membantu anda sebaik mungkin dengan izin Allah. Jangan biarkan hidup kita dipenuhi dengan tekanan. Kita cuma berikhtiar, selebihnya Allah yang menentukannya.

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

PENAFIAN | Kenyataan dihalaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food And Drug Adminstration)
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit

———————————————————————————

0 thoughts on “11 Punca Haid Tidak teratur sehinggakan sukar untuk hamil

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge