Tips Berguna · Tips Kesihatan

Herbal plants you can plant at home & how to use them

Imagine your house in Bishan will look aesthetically good with the help of potted plants and most importantly, have medicinal use. There are herbal plants out there easily to be plant for health purposes. However, the medicinal plants have a widely range for medicinal use, from curing the flu to other serious illness.

herbal plant

Besides, with the goodness of medicinal or herbal plant, you can conveniently pick up them right in front of your doorstep instead of looking high and low in the supermarket. Here are some of the plants you can easily grow in your very own box planter.

1. Turmeric – it’s not all about spice

Turmeric is known for it’s natural colouring for cone rice or yellow rice. By mixing with turmeric, your rice will have the taste and aroma that is incredibly unique. Even if it is mixing with water, the drink is a herbal medicine.

Turmeric has plentiful of benefits which includes:

  • Remove body odour
  • Lower heart disease risk
  • Cure gingivitis
  • Regulate the menstrual cycle
  • Relieves fever
  • Natural anti-inflammatory
  • Increase antioxidant
2. Aloe vera – the beauty product at your door step

Aloe vera is extremely popular amongst women because of it’s soothing and moisturize function in nature. It is used as a face mask to moisturize the skin and inhibit aging. Besides, aloe vera helps with acne treatment by soothing your acne. It also helps to soothe scars or burns whenever you have sunburn.

We know that aloe vera has anti-inflammatory, anti-bacterial and antioxidant properties. It helps for centuries to cleanse wounds, kill pain and heal burns. Although aloe vera leaves are affordable and cheap in supermarket but if you are growing the succulent yourself at home, then you can get it anytime and free.

You can make your own face mask anytime with using some of the ingredients easily available from the kitchen. For example, aloe vera + honey + cinnamon face mask can control and reduce acne-causing bacteria. You can also exfoliate your skin with these ingredients, aloe vera + sugar + coconut oil scrub.

3. Celery – more than just an appetizer

While celery is usually used as a complement to buffalo wings that goes with sour cream dip, the celery is also a good herbal health plant. Celery is loaded with essential minerals and vitamins like folate, potassium, vitamin B6, vitamin C and vitamin K.

With the abundance of nutrients, every part of the celery including stalks, seeds and leaves are rich in nutrients. Celery also provides dietary fiber that boosts digestion and weight loss. The high percentage of water and electrolytes can prevent dehydration.

Here are some benefits of celery:

  • Helps lower high cholesterol
  • Reduces inflammation
  • Treats high blood pressure
  • Protects liver health
  • Benefits weight loss
  • Prevents urinary tract infections
  • Help protect from cancer
  • Boosts digestion and reduces bloating
4. Ginger – wonder spice

A popular ingredient in cooking especially in Asia for it’s medicinal purposes. This flowering plant is best consumed when it is cold that soothes sore throats. The root or underground stem (rhizome) of the ginger plant can be consumed fresh, powdered, dried as a spice, in oil form, or as juice.

Ginger is also part of Zingiberaceae family which is also found in cardamom and turmeric. Studies found that ginger contains hundreds of compounds and metabolites that can contribute to health and healing.

Ginger is commonly known to help with abdominal pain, diarrhoea, vomiting and nausea. However, there is more than that it helps our body to be better.

  • Digestion
  • Cold and flu relief
  • Pain reduction
  • Inflammation
  • Cardiovascular health

Although ginger is commonly found in the grocery store or supermarket but nothing beats fresh ginger from the pot.

5. Mint – cooling herb

Mint is relatively easy to grow from the small pots on a sunny windowsill and they can help to ward off ants and flies. A popular herb that can be used fresh or dried in many dishes or drinks and mint oil is often found in toothpaste, candy and beauty products. It has antioxidants and anti-inflammatory that can reduce the potential health risks.

Here are mint’s health benefits:

  • Relieves allergies
  • Treats common cold
  • Reduces indigestion and gas
  • Treats irritable bowel syndrome (IBS)
  • Prevents gastric ulcers
  • Pain reliever
  • Breath freshener

Try mixing mint in your lime juice with sugar then top off with filtered water and ice cubes. You can also add it into your daily drinking water with chopped apples or sliced lemons to make your drink more interesting.

Info Penyusuan · Penyusuan · Vitamin Ibu Menyusu

8 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu yang Ibu Muda Wajib Tahu

Dalam tak sedar saya telah berjaya menyusukan ketiga-tiga anak secara esklusif sehingga 2 tahun. Banyak tips menjayakan penyusuan susu ibu secara esklusif telah dipraktikkan tanpa perlu top up dengan susu formula. Jadi, tugas MiaZain pula untuk berkongsi dengan anda tentang tips menjayakan penyusuan susu ibu kepada ibu semua supaya ibu juga dapat menjayakan proses penyusuan susu ibu ini.

Sebenarnya bukan mudah untuk menjayakan proses penyusuan susu ibu sehingga anak berusia 2 tahun. Banyak sangat halangan dari orang sekeliling dan diri kita sendiri untuk menjayakan proses penyusuan ini.

Tips menjayakan penyusuan susu ibu

Jadi, Mia akan kongsikan disini antara tips menjayakan penyusuan susu ibu yang dapat membantu anda untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara esklusif. Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu lain yang memahami betapa pentingnya susu ibu kepada anak kita.

8 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Hingga 2 Tahun

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi bagi ibu yang berkerjaya. Jadi, ilmu-ilmu tentang penyusuan adalah perkara wajib yang perlu kita cari sebelum melahirkan anak. Ramai ibu-ibu hanya try and error dan menyebabkan mereka gagal dalam usaha murni ini kerana ceteknya ilmu penyusuan ini.

Jadi, ikuti tips menjayakan penyusuan susu ibu ini supaya ibu semua dapat menyusukan anak ibu tanpa gagal. Antara tips yang boleh dipraktikkan adalah:

1. Buat Persediaan Mental & Fizikal Dengan Tanamkan Niat Dan Azam

Persediaan mental & fizikal sangat lah penting. Niat untuk menyusukan anak haruslah ke jalan Allah. Kita perlu set pada minda kita bahawa kita nak menyusukan anak selama 2 tahun. Sebarang halangan yang datang untuk menyususkan anak tak akan terkesan pada kita. Dari segi fizikal pula, pastikan badan kita sihat kerana masa rehat pasti akan digunakan untuk menyusukan anak tambahan pula tenaga kita berkurangan setelah melahirkan anak.

2. Tambah Ilmu

Kalau dah ada niat tapi tak tahu caranya pun susah juga. Jadi, kita harus banyakkan membaca tentang ilmu penyusuan. Artikel-artikel di internet, blog-blog ibu menyusu, forum penyusuan susu ibu boleh dijadikan sebagai rujukan. Bila ada ilmu kita akan rasa lebih faham dan yakin. Ibu juga boleh follow blog MiaZain ini untuk dapatkan ilmu tentang penyusuan sebab banyak lagi topik tentang penyusuan yang akan Mia kongsikan disini.

3. Sokongan Suami Dan Ahli Keluarga

Orang terdekat juga memainkan peranan penting untuk menjayakan proses penyusuan susu ibu ini. Beritahu kepada mereka bahawa kita nak menyusukan anak selama 2 tahun dengan susu ibu sahaja tanpa susu formula. Apabila mereka tahu tentang pendirian kita, mereka akan lebih menghormati pendirian kita.

4. Persediaan Material

Sediakan alatan penyusuan untuk memudahkan kita menyusu anak. Contohnya bagi ibu yang berkerja, mereka perlukan alatan yang lengkap seperti pump susu, botol untuk simpan susu, bekas yang sesuai untuk simpan susu. Disamping itu keperluan seperti nursing pillow, nursing bra dapat memudahkan kita menyusukan anak. Bila ada barang-barang ni, proses penyusuan tu akan jadi lebih mudah dan selesa.

5. Persediaan Rohani

Berdoalah semoga Allah memberi kekuatan pada kita untuk menyusukan anak sehingga usianya 2 tahun. Perbanyakkan amalan rohani untuk ikhtiar banyakkan susu.

6. Faham konsep asas penyusuan

Ibu menyusu perlu faham konsep demand & supply. Semakin banyak anak menyusu badan, semakin banyak susu akan terhasil. Ini selaras dengan keperluan bayi. Di awal kelahiran, perut bayi masih kecil dan hanya memerlukan susu yang sedikit. Jadi, susu yang dikeluarkan pun sikit. Bukan bermakna susu mereka tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan anak.

7. Elakkan Stress dan berfikiran negatif

Stress adalah perkara biasa bagi ibu yang baru melahirkan anak, ditambah pula dengan kurang rehat. Jadi, kena pandai uruskan tekanan yang datang supaya penghasilan susu tidak merudum. Ibu-ibu juga perlu sentiasa berfikiran positif yang mereka dapat menyususkan anak selama 2 tahun dan susu yang dihasilkan adalah mencukupi.   

8. Jaga Kesihatan Ibu Menyusu

Semasa menyusukan bayi, zat-zat dan nutrien penting daripada badan ibu akan disalurkan ke anak melalui susu ibu. Dalam masa sama proses penyusuan susu ibu tu sendiri banyak guna tenaga. Jadi, sangat penting bagi ibu menyusu untuk memastikan badan anda mendapat nutrien lengkap supaya badan boleh menghasilkan susu dengan baik, kesihatan terjaga, dan anak mendapat nutrien penting untuk membesar dengan baik. 

Cara untuk menjaga kesihatan ibu

Untuk memastikan kesihatan ibu sentiasa sihat dan bertenaga, makanan tambahan sangat diperlukan untuk membantu ibu menjayakan proses penyusuan susu ibu ini. Makanan tambahan dapat membantu menghasilkan susu yang banyak dan berkhasiat. Disamping itu, makanan tambahan juga dapat memberi tenaga kepada ibu menyusu. Jadi ibu akan sentiasa bersemangat untuk menyusukan anak.

Cuba bayangkan sekiranya ibu tidak bertenaga, letih, penat akibat terpaksa bangun malam untuk menyusukan anak, dalam masa yang sama terpaksa menjalankan tugas harian seperti biasa, ini akan menyebabkan ibu menyusu mudah stress.

Perlu diingat, stress adalah salah satu punca susu tidak dapat dikeluarkan dengan lancar. Apabila susu berkurang, kita lebih cepat untuk berputus asa. Jadi, hal ini akan membantutkan proses penyusuan anak anda.

Jadi, jangan abaikan pengambilan makanan tambahan ini. Sepanjang saya menyusukan emil, saya amalkan pengambilan vitamin-vitamin seperti dibawah:

menjayakan penyusuan
1. ESP

Bantu kurangkan rasa lapar dan bagi tenaga. Bekalkan protein yang penting untuk proses penghasilan susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Bantu pelihara kesihatan sel, kulit, kuku, rambut ibu dan bayi.

2. Vitamin C

Kuatkan sistem imun. Bantu perkembangan tulang dan gigi bayi.

3. B Complex

Baik untuk kesihatan saraf dan peredaran darah. Bantu redakan tekanan ibu dan memberi ketenangan serta keseimbangan emosi.

4. Ostematrix

Bekalkan sumber kalsium penting untuk perkembangam bayi dan ganti semula kalsium ibu yang hilang. Bantu ibu tidur lebih nyenyak dan bangun rasa lebih cergas.

5. Alfalfa Complex

Alfalfa adalah penggalak susu yang tak panas dan tak mudaratkan baby. Kaya dengan mineral dan serat untuk bantu kurangkan sembelit dan cuci usus untuk bantu ibu kurus dan kempiskan perut. Bagus untuk kesihatan dalaman wanita lepas bersalin.

6. Multivitamin Vita-Lea

Diformulasi dengan zat besi yang membantu penghasilan sel darah mana yang mana ibu lepas bersalin banyak kehilangan darah. Membekalkan dan mengisi kelompongan nutrien daripada diet harian untuk pemulihan sel dan kesihatan keseluruhan.

7. Omega Guard

Omega Guard memberi sumber asid lemak 3 yang bagus untuk keperluan ibu dan bayi untuk merangsang perkembangan saraf, mata dan otak yang baik. Ia juga membantu untuk ibu mengekalkan berat badan yang ideal dan badan yang sihat.

Telah ramai ibu yang dah cuba dah berpuas hati dengan set penyusuan ini. Antara testimoni yang berjaya setelah mengambil set ini adalah apabila seorang ibu ini telah dapat menghasilkan banyak susu dan boleh berjaya buat banyak stok EBM. Terdapat banyak lagi testimoni mereka yang berjaya telah Mia satukan di entry berikut:

Testimoni Set Menyusu Shaklee – Pengalaman Pengguna Set Menyusu Shaklee

Telah ramai ibu-ibu yang mengambil makanan tambahan ini berjaya menyusukan anak mereka hingga lengkap 2 tahun. Sekiranya anda ingin berjaya seperti mereka dan berminat untuk mendapatkan set vitamin ini, boleh hubungi Mia melalui whatsapp di 012-928 3726. Mia akan terangkan kepada anda dengan lebih lanjut tentang produk ini.

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

PENAFIAN
Kenyataan dihalaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food And Drug Adminstration).
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit
———————————————————————————

Masalah Ibu Menyusu · Penyusuan

8 Cara Banyakkan Susu Badan dengan Cepat

Setiap ibu tidak mempunyai nasib yang sama dari segi kuantiti susu badan. Ada yang susu badannya sangat banyak, dan ada juga susu badan yang sedikit. Ia bergantung pada keadaan ibu tersebut. Akan tetapi, kita boleh banyakkan susu badan dengan cepat. Terdapat banyak cara untuk banyakkan susu badan ini.

Banyakkan susu badan

Jadi, perkara pertama yang ibu menyusu ini perlu jelas untuk banyakkan susu badan adalah konsep permintaan & penawaran (demand & supply). Maksudnya di sini, apabila anak kita lagi kerap menyusu, lagi banyak kilang susu akan menghasilkan susu. Kagum dengan ciptaan Allah kan.

Perkara kedua yang ibu-ibu perlu tahu adalah saiz perut bayi. Bagi bayi yang baru lahir, perut mereka sangat kecil. Jadi, bayi hanya perlukan sedikit sahaja kuantiti susu untuk mereka kenyang.

Boleh lihat gambar dibawah nie sebesar mana perut bayi yang baru lahir hingga usia sebulan. Kuantiti susu akan bertambah dari sehari ke sehari mengikut keperluan bayi tersebut. Jadi, kita tak perlu nak fikir cukup atau tidak susu yang diperlukan oleh bayi kita. Waktu ini kita tidak perlu banyakkan susu badan lagi.

Akan tetapi sekiranya, anak menunjukkan tanda-tanda seperti tidak cukup susu, bermaksud susu kita tidak mencukupi untuk anak. Berbalik pada cara untuk banyakkan susu badan. Kita praktikkan satu-satu supaya susu kita kembali kepada keadaan normal semula.

Cara untuk Banyakkan Susu Badan Dengan Cepat

1. Tenangkan fikiran, banyakkan berehat & berfikiran positif

Tekanan boleh menghalang keupayaan semula jadi badan untuk melepaskan susu ibu. Cari tempat yang tenang untuk menyusu atau mengepam. Ibu boleh tenangkan fikiran ibu dengan mendengar muzik yang tenang, melihat gambar anak-anak, dan sebagainya.

Terlalu letih juga boleh menyebabkan susu berkurang. Jadi, banyakkan berehat dan sentiasa berfikiran positif bahawa susu kita cukup untuk anak kita.  

2. Kekerapan mengepam susu

Semakin banyak kali ibu mengepam susu lebih banyak susu yang akan dihasilkan. Jika ibu seorang yang bekerja sepenuh masa, cuba untuk mengepam setiap selang 3 jam sekali. Jika boleh , pam kedua-dua payudara pada masa yang sama . Ia akan menjimatkan masa ibu. Dengan menambah kekerapan menyusu/ memerah, anda meningkatkan kadar hormon prolaktin dalam tubuh.

*Hormon prolaktin berfungsi untuk menggalakkan kilang susu menghasilkan lebih banyak susu.   Sekiranya ibu ingin mengumpulkan stok susu, berikut adalah contoh jadual mengepam:

Sesi 1 – Sebelum Subuh. Pada masa ini, hormon prolaktin tinggi, biasanya kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain. 

Sesi 2 – Pam pada waktu tengahari, jam 12.

Sesi 3 – Pada sebelah petang sebelum pulang ke rumah.

Sesi 4 – Sebelum tidur (lebih kurang jam 11/12 malam)

*Jika ibu rasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, tambahkan sesi mengepam pada waktu malam. 

3. Susui bayi lebih kerap ketika bersama bayi

Lebih banyak ibu menyusukan anak, lebih banyak bekalan anda akan apabila anda mengepam. Saya nasihatkan agar tambahkan kekerapan menyusukan bayi pada waktu malam, awal pagi dan semestinya pada hujung minggu. Pam selepas sesi penyusuan boleh membantu meningkatkan bekalan susu juga – walaupun mungkin waktu itu hanya beberapa titis susu yang keluar pada awalnya.

4. Tandem pumping

Bagi membantu ibu menjayakan penyusuan, pada masa yang sama mendapatkan stok yang cukup untuk bayi sewaktu bekerja, ibu digalakkan juga untuk melakukan tandem pumping untuk banyakkan susu badan. Tandem pumping ni adalah teknik rangsangan payudara untuk menghasilkan susu lebih banyak, dimana ibu menyusukan bayi dan memerah susu serentak.

Selain melengkapkan penyusuan dan bonding session bersama bayi, ibu juga masih boleh mengumpul stok dengan cepat.

5. Power pumping (seminggu sekali)

Buat power pumping sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk menghantar signal kepada badan untuk menghasilkan susu yang lebih banyak. Waktu ideal adalah antara jam 12 malam hingga 6 pagi. Ibu pilihlah waktu yang paling lapang dan sesuai dengan ibu.

Pada waktu ini hormon prolaktin sangat tinggi, jadi ambil peluang untuk menjadikan kilang susu yang lebih produktif.  

6. Banyakkan pengambilan air

Kandungan utama susu ibu adalah air. Pastikan ibu minum air yang cukup setiap hari. Ibu digalakkan meminum AIR SUAM dan jika boleh elakkan minuman berais. Air suam membantu percepatkan pengaliran bendalir dalam badan. 

Periksa warna urin untuk menentukan ibu cukup air atau tidak. Tanda cukup air, urin berwarna jernih dan tidak berbau. Jika urin berwarna keruh dan berbau, bermaksud ibu tidak cukup air dalam badan. Hati-hati kerana ia boleh buat anda pitam dan pening kepala pada siang hari.

Air, jus dan susu boleh membantu anda kekal terhidrat dan menggalakkan pengeluaran susu. Walaubagaimanapun, ibu dinasihatkan agar menghadkan soda, kopi dan minuman berkafein yang lain. Terlalu banyak kafein boleh menyebabkan kerengsaan atau mengganggu tidur bayi anda. 

7. Jangan merokok

Tabiat merokok dikalangan ibu-ibu boleh mengurangkan bekalan susu anda. Kandungan nikotin dalam badan anda boleh mengubah rasa susu dan mengganggu tidur bayi. Jika anda merokok, tanya doktor anda untuk pilihan bagi membantu anda berhenti. 

8. Pemakanan yang seimbang

Elakkan makanan berminyak dan terlalu pedas. Seeloknya banyakkan makanan yang dimasak dengan cara panggang, rebus atau stim. Ini kerana badan kita akan mengesan makanan berminyak, pedas dan berempah sebagai makanan yang sukar dicernakan. Selain mengambil masa yang lama untuk diproses, ia juga akan menggunakan banyak air dalam tubuh kita. 

Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh. Lebihkan pengambilan sumber protein serta kalsium juga. Ibu yang menyusukan bayi memerlukan lebih kurang 2700 kalori sehari. Pengambilan makanan seimbang dalam kuantiti yang sedikit dan lebih kerap amat digalakkan.

Amalkan pengambilan supplemen juga bagi melengkapi nutrisi harian anda. Saya sangat menyokong penyusuan susu ibu, kerana banyak kelebihan menyusukan anak kita dengan susu ibu.

Semoga dengan perkongsian tips penyusuan ini dapat membantu ibu di luar sana yang mempunyai masalah kurang susu badan ini. Saya juga menggalakkan ibu yang menyusukan anak mengambil supplemen seperti SET MENYUSU SHAKLEE untuk membantu membanyakkan dan memekatkan susu ibu.

Set ini juga membantu anda sentiasa bertenaga supaya ibu-ibu tidak penat dengan tugasan harian dan menjaga anak serta dapat menyusukan anak dengan sempurna. Di artikel testimoni ini, mereka telah membuktikan bahawa set menyusu ini membantu ramai ibu untuk menjayakan proses penyusuan mereka.

Jika anda mempunyai masalah mengekalkan bekalan susu anda atau anda bimbang bahawa anda tidak menghasilkan susu yang cukup, sila hubungi saya untuk mendapatkan lebih informasi dan tips penyusuan melalui aplikasi whatsapp di 012-928 3726

Kita semua ibu yang hebat sekiranya berjaya menyusukan anak dengan susu ibu selama 2 tahun lengkap. 

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

PENAFIAN
Kenyataan dihalaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food And Drug Adminstration).
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit
———————————————————————————

Masalah Ibu Menyusu · Vitamin Tambah Tenaga

Rahsia Ibu Menyusu Bertenaga semasa Berpuasa

Ramai ibu menyusu risau mereka tidak mempunyai tenaga sewaktu berpuasa kerana mereka tidak boleh makan dan minum disiang hari. Akan tetapi terdapat satu rahsia yang boleh membuatkan ibu menyusu bertenaga semasa berpuasa.

Ibu menyusu memang akan cepat rasa lapar. Mana tak nya, setiap kali anak menyusu, dianggarkan sebanyak 500 kcal kalori akan hilang. Sebab tu ibu menyusu ni lebih mudah rasa penat dan tidak bertenaga sekiranya mereka tidak makan. Ibu menyusu juga memang memerlukan banyak air sebab kita mudah rasa haus terutama selepas menyusu.

Ibu menyusu bertenaga

Apabila air berkurang dalam badan kita, kita mudah rasa letih dan lesu. Tambah-tambah pula mereka yang menyusu 2 anak sekali gus (tandem nursing). Memang perlukan banyak air untuk pastikan badan kita sentiasa bertenaga dan dapat memastikan bekalan susu tidak merudum. 

Memang terdapat rukhsah atau keringanan untuk ibu menyusu berpuasa. Sekiranya risaukan anak, maka ibu perlu qada’ dan bayar fidyah. Tapi kalau risaukan kesihatan ibu terjejas, maka ibu hanya perlu qada’ puasa sahaja. Tetapi selagi kita boleh berusaha untuk berpuasa, adalah lebih baik untuk kita meneruskan berpuasa.

Jadi, ikuti rahsia ini untuk memastikan badan ibu menyusu bertenaga walaupun telah seharian berpuasa dan tidak menjejaskan sedikitpun jumlah susu yang dihasilkan.

Pengalaman Bertenaga walaupun Berpuasa Sambil Menyusukan Anak

Ini pengalaman Mia berpuasa sewaktu menyusukan anak kedua Mia. Memang terasa sangat letih nya bila kita berpuasa dan menyusu. Tapi sekarang, masalah ini dah boleh diatasi. Daripada rasa tidak bertenaga, kini badan terasa makin bertenaga dan bertambah sihat. Malah kuantiti susu juga mencukupi untuk anak.

Kalau nak dibandingkan sewaktu berpuasa sambil menyusukan anak pertama dengan anak yang kedua, kalau dulu cepat je rasa lapar dan haus. Bermula pukul 10 pagi tu dah rasa perut dah mula berkeroncong. Waktu petang memang rasa menggigil badan sebab lapar.

Waktu sahur memang akan makan nasi. Kita semua dah tahu kan, kalau nasi putih tu memang tinggi indeks glisemiknya. Ditambah pulak dengan lauk-lauk yang berlemak dan berminyak. Bila indeks glisemiknya tinggi, makanan akan lebih cepat dicerna, dan lebih cepat glukosa ditukarkan kepada tenaga.

Jadi, kita akan lebih cepat rasa penat dan letih kerana tenaga dah dilepaskan dengan lebih awal. Bila dah masuk waktu tengah hari, dah takde glukosa dalam badan kita yang boleh ditukarkan kepada tenaga. Jadi, kita telah kehabisan tenaga diawal pagi.

Keadaan kini berubah, Ibu Menyusu Bertenaga walaupun seharian berpuasa

Keadaan berubah apabila Mia telah mengambil secara konsisten produk ini sewaktu anak kedua. Mia pilih untuk mengambil Energizing Soy Protein (ESP) semasa sahur. Sebelum sediakan makanan untuk bersahur tu, Mia akan bancuh dulu ESP ni. Dan terus minum sambil-sambil hidangkan makanan sahur tu. Lepas tu baru ambil nasi.

Kadang-kadang kalau dah terlambat untuk bangun sahur, terjaga 5 minit sebelum imsak, memang Mia akan ambil ESP je. InsyaAllah akan boleh bertahan sehingga ke petang.

Disebabkan indeks glisemik ESP ni rendah, jadi ia akan ditukarkan kepada tenaga secara perlahan-lahan. Sebab tu sampai ke petang pon, Mia masih lagi rasa bertenaga seperti orang yang tak berpuasa.

Produk kedua yang ibu menyusu boleh ambil adalah Perfomance Drink (PD). PD ni adalah minuman yang mengandungi elektrolit yang mampu untuk memastikan badan kita sentiasa cukup keperluan bendalirnya. PD ni fungsinya sama macam air 100 plus tu, tapi bezanya ia tidak mengandungi karbonat (gas) dan berperisa oren.  Sedap sangat rasanya.

Mia pon ambil PD ni waktu bersahur dan berbuka. Memang terasa kelainannya. Bila dan ambil PD ni, memang tak terasa sangat kehausannya. Selalunya waktu buka puasa kita terasa sangat nak minum air ais kan, sebab terasa sangat haus. Kadang-kadang 3-4 gelas air dah kita minum sebaik sahaja masuk waktu berbuka.

Tetapi sekarang, setelah mengambil PD, Mia dah takde terasa nak minum air banyak-banyak. Cukup sekadar yang perlu sahaja. Badan pon bertenaga sebab PD ni membantu badan kita daripada terdehidrasi.  

Dan produk terakhir yang boleh diambil oleh ibu menyusu yang inginkan tenaga dibulan puasa ini adalah Mealshakes. Mealshake ini mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh badan. Ia dapat memberi tenaga berpanjangan kepada ibu menyusu untuk menyusukan anak mereka tanpa perlu membuka puasa.  

Ketiga-tiga ini terdapat didalam set Mighty 3 Germs. Memang inilah produk yang paling laris pada bulan puasa ini.

Ibu menyusu bertenaga ketika berpuasa

Testimoni Ibu Menyusu Bertenaga Walaupun Berpuasa

Berikut adalah testimoni ibu menyusu yang mengambil set mighty 3 germs ini dan dapat menyusukan anak beliau tanpa perlu membuka puasanya. Walaupun beliau berkerja, beliau tetap bertenaga sepanjang hari, dan yang lagi best perahan susu tetap maintain 10-12 oz setiap hari.  

Testimoni ibu menyusu bertenaga

Cara untuk dapatkan set ini

Jadi, dengan adanya set ini, dah takde alasan lagi untuk kita tidak berpuasa ketika kita menyusukan anak. Dah takde alasan lagi untuk kita rasa penat dan letih walaupun menyusu ketika berpuasa. Dan dah takde alasan lagi untuk kita rasa lapar walaupun menyusu anak ketika berpuasa. Semuanya dapat diatasi dengan set Mighty 3 Germs ni. Memang hot produk waktu bulan puasa ni. 

Untuk dapatkan set ini, boleh terus hubungi Mia melalui whatsapp ke 012-928 3726 atau terus je klik link ini www.wasap.my/60129283726

Jangan tangguh-tangguh lagi. Selain kita bertenaga sewaktu berpuasa, anak juga akan dapat susu yang berkhasiat, kerana apa yang kita makan, anak juga akan dapat rasainya melalui air susu yang diminum. Jadi, dapatkan sekarang dan rasai kelainannya. 

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

PENAFIAN
Kenyataan dihalaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food And Drug Adminstration).
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit
———————————————————————————

Info Kesihatan · Tips Berguna · Vitamin Tambah Tenaga

Tips Kekal Cergas Bertenaga ketika Berpuasa di Bulan Ramadhan

Pejam celik pejam celik tinggal berapa hari je lagi nak puasa kan. Inilah bulan yang ditunggu-tunggu untuk tingkatkan amal ibadat kita. Jadi, kita haruslah kekal cergas bertenaga ketika berpuasa di bulan Ramadhan.

Ini supaya kita dapat berpuasa dengan sempurna dan menjalankan ibadah yang dituntut di bulan penuh barakah ini. Bulan Ramadhan nie hanya sekali, rugi sangat kalau kita tak manfaatkannya. Itulah pentingnya kita kena sentiasa cergas bertenaga ketika berpuasa.

Bertenaga ketika berpuasa

Selalunya, kalau masa puasa badan terasa penat, tak bermaya, lemah jek macam mana kita nak tingkatkan pahala kita kan. Asyik tido & baring je sambil tengok jam berapa lama lagi nak buka puasa. Tambahan pula kalau ada yang hamil atau menyusukan anak waktu bulan puasa ni kan. Lagi la memenatkan.  Jadi sangat penting untuk kita kekal bertenaga ketika berpuasa.

Sebenarnya ada cara untuk mengelakkan cepat rasa lapar, penat, letih dan tidak bertenaga ketika puasa. Ikuti tips ini dan amalkan supaya kita kekal cergas dan bertenaga ketika berpuasa.  

Tips Kekal Cergas Bertenaga ketika Berpuasa

1.Melewatkan waktu sahur, kerana glukos (sumber tenaga) daripada karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.

2. Ambil makanan yang lambat dihadam ketika waktu sahur seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur, dan buah-buahan. Makanan ini mengandungi karbohidrat yang kompleks dan serat yang akan berada dalam perut dalam jangkamasa yang lama dan melambatkan rasa lapar.

3.Lebihkan makanan yang cepat dihadam ketika berbuka, seperti roti putih, kuih-muih, jus buah, sup dan bubur. Makanan nie mengandungi kandungan gula dan karbohidrat yang cepat dihadam.

4. Ambil 3-4 biji kurma sewaktu berbuka. Selain makanan sunnah ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan. Kurma dapat memberikan tenaga dengan segera yang diperlukan oleh badan kita setelah seharian penat berpuasa.

5. Elakkan makan bergoreng dan berlemak. Makanan ini menyebabkan ketidakhadaman dan senang berlakunya pedih ulu hati.

6. Kurangkan makanan manis. Makanan manis tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat dan hanya akan membuatkan kita cepat berasa letih.

7. Tingkatkan pengambilan air. Minum 2 gelas air sewaktu berbuka, ini termasuklah jus buah-buahan atau susu rendah lemak. Minum 2-3 gelas air putih sebelum tidur, Minum 2 gelas air putih sewaktu sahur.

8. Elakkan makanan berempah dan pedas. Makanan ini akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. Meraka yang mempunyai masalah gastrik eloklah mengelakkan makanan sebegini.

9. Elakkan minuman berkafein dan air berkarbonat kerana minuman ini akan menyebabkan kita lebih kerap membuang air dan mempercepatkan kehilangan cecair dalam badan.

Tips Tambahan untuk Bertenaga ketika berpuasa

Ini adalah tips tambahan yang MiaZain lakukan sepanjang bulan berpuasa. Dan ternyata ia dapat membantu saya kekal bertenaga sewaktu berpuasa walaupun pada masa tersebut saya sedang mengandung dan menyusukan anak. Tiada lagi rasa terketar-ketar, rasa mengantuk yang teruk, rasa penat yang berpanjangan.

Semua ini saya dapat lakukan dengan adanya bantuan makanan tambahan yang diambil secara konsisten. Makanan tambahan itu adalah Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink.

ESP biasanya saya ambil sewaktu sebelum bersahur, manakala Performance drink pula saya akan ambil sewaktu berbuka. Setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza dimana ia akan memastikan badan kita sentiasa mempunyai air yang mencukupi dan memberikan rasa kenyang yang lama.

Bertenaga ketika berpuasa

ESP dan Performance Drink Memberi Tenaga Ketika Berpuasa

ESP adalah sumber protein berasaskan tumbuhan soya. Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, 12x ganda susu rendah lemak. Ia bertindak sebagai pembekal tenaga dengan segera. Sangat sesuai diminum waktu sahur untuk membantu mengurangkan rasa lapar disiang hari.

Disebabkan ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah ia dapat memlambatkan proses pertukaran glukosa kepada tenaga. Jadi, ia boleh memberikan kita rasa kenyang yang lama walaupun tidak sempat bersahur ketika berpuasa. Kalau dah terlambat untuk bersahur tu, kita minum ESP ni pun dah cukup untuk bertenaga ketika berpuasa.

Manakala, Perfomance Drink adalah minuman elektrolit yang membantu mengelakkan penyahhidratan ketika berpuasa dan membantu mengurangkan rasa haus. Ia mengandungi formula karbohidrat unik iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb adalah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.

Perfomance drink ni sama macam minuman isotonik lain diluar sana seperti air 100 plus tu. Tapi kandungan gula dalam perfomance drink ni sangat rendah, sangat berbeza dengan air isotonik diluar sana yang mengandungi banyak gula. Sangat sesuai diminum ketika bersahur dan berbuka. Kalau waktu berbuka tu, campur kan je perfomance drink ni ke dalam air sejuk, terasa segar je waktu berbuka.

Inilah penyelamat ketika saya berpuasa. Saya masih kekal bertenaga walaupun berpuasa sambil menyusukan anak.

Pengalaman Pengguna Bertenaga Di Bulan Puasa

Ramai yang dah cuba minum esp dan performance drink ini sewaktu berpuasa. Semuanya berpuas hati seperti akak kat bawah nie:

Testimoni #1:
Testimoni bertenaga di bulan puasa

“Saya ibu yang menyusu baby 16 bulan yang sangat kuat menyusu tapi dengan ESP & PD, badan saya jadi bertenaga bila berpuasa hingga berbuka. Alhamdulillah saya dapat menjalani puasa dengan sihat selalu. Kalau dulu saya memang betul-betul tak larat bila berpuasa menggigil 1 badan dengan lesu dan tak bertenaganya, tapi degan ESP saya dah tak bimbang nak puasa . Badan bertambah sihat, baby pon sihat. Rasanya tak mahu miss beli ESP ini. Minuman wajib saya setiap pagi bersahur”
~Fazlillah Khalisyah~

Testimoni #2:

“Puasa hari ini, rasa segar je. Rasa macam tak puasa pulak. Perut kenyang dengan air je. Minum ESP + milo, lepas tu minum PD + Oren, lepas tu air masak. Memang penuh tangki dan alhamdulillah hasil tuaian pagi ni pun masih maintain…”
~Azilah A Rashid~

Memang highly recommended 2 produk nie untuk bulan puasa. Mia pun dah ada simpanan untuk dibuat stok. Memang sangat sesuai untuk semua tak kiralah ibu menyusu, ibu hamil, yang berkerja, surirumah, pelajar, semua pun boleh ambil.  Kedua-dua produk ini boleh bertahan sehingga sebulan ke sebulan setengah. Sangat berbaloi. Berpuasa sambil dapat meningkatkan pahala dengan cergas dan bertenaga ketika berpuasa.

Sekiranya anda juga ingin mengekalkan tenaga ketika dibulan puasa seperti Mia, dan berminat untuk mendapatkan dua produk ini, boleh segera hubungi Mia melalui whatsapp di 012-928 3726. Mia sedia membantu anda untuk terus kekal bertenaga di bulan puasa.

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

PENAFIAN
Kenyataan dihalaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food And Drug Adminstration).
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit
———————————————————————————