Kencing Manis · Vivix

Bagaimana Resveratrol Bantu Turunkan Paras Gula Dalam Darah

Boleh dikatakan 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia ni adalah pesakit kencing manis. Haa, menakutkan je kan. Masalah kencing manis ini dikaitkan dengan kandungan gula dalam darah yang tinggi. Sehinggakan mereka terpaksa mengambil suntikan insulin untuk turunkan paras gula dalam darah mereka.

Apabila paras gula dalam darah meningkat, mereka perlu turunkan paras gula dalam darah. Tetapi ramai yang silap, mereka cuma ingat masalah kandungan gula dalam darah tinggi ini disebabkan oleh makanan yang manis sahaja. Tetapi, banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi bacaan gula dalam darah kita.

Jadi, disini MiaZain akan kongsikan faktor-faktor yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku dan cara menurunkan paras gula dalam darah. Dan boleh ke Resveratrol ni bantu untuk turunkan paras gula dalam darah kita? Kalau nak tahu, baca sampai habis yea…

 


Makin ramai yang mempunyai masalah kencing manis ini terpaksa mengambil suntikan insulin setiap hari. Ada juga mereka yang terpaksa memotong sebahagian anggota badan kerana badan dah tak upaya untuk sembuh dari luka sehingga menyebabkan gangren. Sampai ke tahap akhir, buah pinggang boleh rosak dan terpaksa buat dialisis.

Kalau tak kawal paras gula dalam darah, memang boleh membawa maut kerana ia boleh menyebabkan berlakunya komplikasi pada jantung dan sebagainya.

 

Faktor Kandungan Gula Dalam Darah Tinggi

Ada yang mengatakan bahawa penyakit kencing manis ini berpunca daripada faktor keturunan, tetapi sekarang ni majoriti masalah kencing manis ini kemungkinannya berpunca daripada gaya pemakanan kita. Tengok je la cara makan kita setiap hari. Tambah pula makanan kita banyak yang manis-manis kan.

Masalah kencing manis ni bukan sahaja berpunca daripada pengambilan makanan yang manis-manis sahaja, tetapi pengambilan karbohidrat, lemak yang berlebihan juga boleh menjadi penyebab kepada masalah kencing manis ini. Makanan berkarbohidrat akan diproses dalam badan dan akan menghasilkan glukosa dan akan meningkatkan bacaan gula dalam darah.

90% orang yang mempunyai masalah kencing manis ini kebiasaannya dari jenis type II. Pada asalahnya ia dalam keadaan normal, akan tetapi disebabkan pengambilan diet makanan yang tidak seimbang, gaya hidup yang tidak sihat, ia akan menyebabkan hormon insulin tidak dapat berfungsi dengan baik.

Lambakan radikal bebas yang terdapat didalam badan kita juga boleh menjadi penyebab kepada masalah kencing manis ini. Radikal bebas ini adalah molekul yang tidak stabil yang masuk ke dalam badan kita. Pembentukan radikal bebas ini berpunca daripada pencemaran udara, asap rokok, radiasi, bahan kimia dan lain-lain lagi.

Dalam keadaanya yang tidak stabil, ia menjadi sangat reaktif. Untuk kembali stabil, radikal bebas ini perlu segera merampas elektron dari sebatian yang stabil tetapi lemah pertahanannya. Sebatian tersebut adalah sel badan kita. Perampasan elektron ini akan menyebabkan sel badan kita menjadi rosak, fungsi dan DNAnya turut akan berubah.

Kerosakan ini akan menjejaskan semua sel baru yang mewarisi DNA yang rosak tersebut. Jadi, semakin hari, semakin banyak sel badan yang rosak, makin banyak fungsi semulajadi badan tergendala dan keadaan inilah yang akan mengundang masalah kesihatan termasuklah masalah kencing manis ini.

 

Bagaimana Resveratrol Bantu Turunkan Paras Gula Dalam Darah

Mengikut kajian, ada 5 mekanisme bagaimana resveratrol dapat membantu mengurangkan metabolik sindrom akibat kencing manis dalam badan.

1. Resveratrol bantu memperbaiki keseimbangan gula dalam darah

  • kadar gula dalam darah akan kembali pada keadaan asal bersesuaian dengan badan kita

2. Resveratrol bantu kurangkan rintangan insulin

  • Kandungan resveratrol menolong memperbetulkan fungsi hormon insulin dan sel badan yang telah rosak supaya gula boleh masuk dalam sel dan tak terkumpul di salur darah sahaja

3. Resveratrol bantu melindungi pankreas

  • Sampai satu tahap, buah pinggang kita akan menjadi rosak akibat terlalu banyak mengeluarkan hormon insulin. Jadi, untuk memperbetulkan semula fungsi buah pinggang tersebut, antioksidan sangat diperlukan supaya kita tidak lagi bergantung pada insulin yang dicucuk dari luar, tetapi kita nak hasilkan sendiri insulin oleh pankreas kita.

4. Resveratrol bantu mengurangkan keradangan

  • Keradangan yang berlaku di pankreas akan diatasi dengan adanya antioksidan supaya sel-sel di pankreas dapat berfungsi seperti sediakala dalam menghasilkan hormon insulin

5. Resveratrol bantu meningkatkan keseimbangan metabolisme badan

  • Apabila metabolisme badan meningkat, lebih banyak gula dalam badan digunakan dan ditukarkan kepada tenaga.

turunkan gula dalam darah

Dengan bantuan resveratrol, bacaan gula dalam darah dapat diturunkan supaya ia berada dalam bacaan yang stabil. Boleh lanjutkan pembacaan anda tentang resveratrol di artikel ini Kandungan dan Manfaat Polifenol & Resveratrol 

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah #GreatLeaderTeam, #MummyPrenuer, #TeamMia

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

FB : Salmiah Md Zain

“Tingkatkan Kesihatan Untuk Jaminan Masa Depan”

“Bantu Orang Lain Untuk Membantu Diri Sendiri”

———————————————————————————

3 thoughts on “Bagaimana Resveratrol Bantu Turunkan Paras Gula Dalam Darah

  1. insyaAllah barang berkualiti memang harganya mahal sikit. hihi.
    Jom la cuba, InsyaAllah setakat ni memang ini yang terbaik…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge