Tips bisnes · Tips Keibubapaan

Tips Urus Anak sambil Buat Bisnes Online Supaya Bisnes Makin Maju

Menjalankan bisnes online merupakan salah satu alternatif untuk menambah pendapatan samada secara sepenuh masa atau separuh masa. Akan tetapi, anak merupakan cabaran yang besar apabila berniaga online. Ketahui tips urus anak sambil buat bisnes online supaya bisnes tetap kencang.

Kebanyakkan mereka yang membuat perniagaan online nie terdiri daripada para ibu yang tidak bekerja yang hanya membuat kerja rumah dan menjaga anak. Sesetengah ibu sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjaga amanah Allah yang tak ternilai nie.

tips urus anak sambil berbisnes

 

Tips Urus Anak Sambil Buat Bisnes Online

Anak-anak nie pantang tengok kita duduk depan laptop, mesti nak join sama kan. Pantang tengok kita pegang handphone lama-lama kan.

Kalau jenis anak-anak yang duduk diam tgk ibu buat kerja depan laptop atau guna handphone tak pe la jugak. Masalahnya kalau duk depan laptop tu mesti nak tekan-tekan keyboard jugak. Nak jadi keyboard warrior la katakan. Kalau ibu-ibu pegang handphone, anak pulak nak tengok video atau main game dalam handphone tu pulak. Kalau tak kasi confirm nangis.

Ape yang berlaku pada ibu-ibu yang berniaga online, camtu jugalah berlaku pada saya. Anak baru sorang dah tak boleh nak kawal kan. Belum lagi anak berduyun-duyun kan. Jadi, saya nak kongsikan tips urus anak sambil buat bisnes online melalui video ini dulu. Jom kita saksikan…

Dalam video ini ada dikongsikan 5 tips untuk urus anak sambil buat bisnes online. Semoga kita mendapat tips yang bermanfaat. Walaubagaimanapon, jangan abaikan anak-anak semata-mata kita ingin mengejar kebendaan dan kemahsyuran.

Sentiasa pantau perkembangan mereka supaya emosinya tidak celaru kerana ini boleh membuatkan mereka senang untuk memberontak.

Luangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak

Pada saya, cuba luangkan masa dengan mereka tanpa gangguan gadget yang kita guna untuk berbisnes. Itulah bonding time untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak. Jadi, masa yang terbaik untuk update medium pemasaran kita adalah pada waktu mereka tido. Tak salah kalau kita berkorban masa tido kita demi mereka yang kita sayang.

Untuk berjaga malam, badan mestilah sihat keesokan paginya kan untuk menguruskan anak-anak dan bisnes. Anda boleh ikut 5 Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Supaya Hidup lebih Produktif ini untuk lebih bertenaga. Ini kerana bila badan kita penat, tak bertenaga, mula la kita nak marah-marah pada anak. Yang penat nya kita, tapi kita lepaskan rasa penat kita tu pada anak. Sian pada anak kan.

Sekiranya anda mempunyai tips yang anda gunakan untuk menguruskan anak, boleh kongsikan diruangan komen supaya orang lain boleh gunapakai tips anda juga.

Dan kepada anda yang masih lagi tercari-cari bisnes online yang modal rendah, tapi untung yang lumayan, boleh segera hubungi Mia di 0129283726.

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah #GreatLeaderTeam, #MummyPrenuer, #TeamMia

Jika anda berminat untuk menjalankan bisnes Shaklee,
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

FB : Salmiah Md Zain

“Bantu Orang Lain Untuk Membantu Diri Sendiri”

———————————————————————————

0 thoughts on “Tips Urus Anak sambil Buat Bisnes Online Supaya Bisnes Makin Maju

  1. good info, utk berjaya kita kena dapat restu ahli keluarga kita teutama dlm berbisnes..itu yg terpenting. Jangan syok sendiri tapi hati suami/isteri, anak2 terabai…

    p/s nak pi bercuti ikut pakej, sila contact pcl.. 🙂 Travel & Tours

  2. ermmm… bagus video tu..
    paling terkesan bila dia kata "jangan jadikan anak2 sebagai halangan ataupun alasan…"

    huhuhuuu… semoga kita semua berjaya menjadi yang terbaik untuk keluarga… 🙂

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge