Ostematrix

Tips Memilih Suplemen Kalsium Yang Paling Bagus di Pasaran

Kalau kita lihat suplemen kalsium yang terdapat dipasaran, memang ada banyak jenis kan. Kadang-kadang kita tak tahu nak pilih yang mana suplemen kalsium yang paling bagus. Dan ramai juga yang tak tahu kepentingan suplemen kalsium ini untuk tingkatkan kesihatan badan kita terutamanya kesihatan tulang kita.

Ramai yang memandang remeh tentang keperluan suplemen kalsium dalam diet seharian. Mereka menyangka bahawa mereka telah mendapat sumber nutrisi kalsium yang mencukupi hanya dari makanan seharian sahaja.

Akan tetapi, kita sebagai orang dewasa memerlukan 1000 mg kalsium sehari (mengikut RDA) untuk menampung keperluan nutrisi badan. Melalui cara pemakanan kita sekarang, belum tentu kita dapat memenuhi keperluan 1000 mg kalsium sehari. Jadi sangat penting untuk kita mengambil nutrisi kalsium dari makanan tambahan.

Suplemen Kalsium

Tapi, bagaimana nak pilih suplemen kalsium yang paling bagus? Jadi, hari ni Mia nak kongsikan tips untuk memilih suplemen kalsium yang bagus untuk menampung nutrisi keperluan badan kita.

Tips Memilih Suplemen Kalsium Yang Paling Bagus
1. Jumlah dan sumber kalsium yang diambil

Terdapat pelbagai jenis sumber kalsium yang digunakan untuk membuat suplemen kalsium. Setiap satunya mempunyai jumlah kalsium yang berbeza, dan ianya dipanggil ‘elemental calcium’.

Kebiasaannya suplemen kalsium dihasilkan dari sumber:

  1. Kalsium Karbonat, Calcium Carbonate (40% elemental calcium)
  2. Kalsium Sitrat, Calcium Citrate (21% elemental calcium)
  3. Kalsium Lactat, Calcium Lactate (13% elemental calcium)
  4. Kalsium Glukonat, Calcium Gluconate (9% elemental calcium)

Selalunya sumber kalsium yang digunakan adalah dalam bentuk Karbonat dan Sitrat. Kalsium Karbonat lebih banyak digunakan oleh pengeluar suplemen kerana harganya lebih murah, akan tetapi ia lambat diserap di dalam perut berbanding Kalsium Sitrat. Kalsium Karbonat memerlukan asid dalam perut untuk membantu proses penyerapan, akan tetapi Kalsium Sitrat tidak memerlukan asid perut untuk membantu proses penyerapan. Jadi ia boleh diambil ketika perut kosong.

Untuk mengira jumlah kalsium sebenar yang terdapat dalam satu tablet, sebagai contoh, katakan untuk satu tablet yang mengandungi 1000 mg Kalsium Karbonat, maksudnya ia mempunyai 40% elemental calcium, iaitu di dalamnya mengandungi 400 mg kalsium sahaja.

Jadi kita perlu ambil tahu berapa kandungan kalsium yang terdapat dalam satu tablet supaya kita tidak mengambil kalsium secara berlebihan.

2. Kandungan lain di dalam suplemen kalsium

Selain kalsium, terdapat kandungan nutrisi lain yang dicampur di dalam suplemen kalsium. Kebiasaannya suplemen kalsium ini ditambah mineral lain seperti vitamin D dan Magnesium. Sebaiknya kita memilih suplemen kalsium yang mengandungi campuran mineral lain.

Ini kerana dengan adanya mineral lain, ia dapat membantu kalsium menyerap dengan kadar yang lebih optimum.

3. Suplemen kalsium yang mudah larut

Walaupun terdapat banyak jenis suplemen kalsium di pasaran, tetapi carilah suplemen yang mudah diserap oleh badan supaya ia diserap sepenuhnya ke dalam badan kita. Untuk mencari suplemen kalsium yang mudah larut, pastikan kita mengambil suplemen kalsium yang mengandungi dose yang kecil (500 mg atau kurang). Dengan dose yang kecil, ia lebih senang larut.

Boleh juga kita uji kadar keterlarutan suplemen kalsium itu dengan memasukkannya ke dalam air suam dan dikacau sekali sahaja. Sekiranya ia hancur dalam masa kurang dari 30 minit, bermaksud ia mudah larut dalam badan kita.

4. Sumber kalsium

Elakkan suplemen kalsium yang dihasilkan dari tulang dan dolomite kerana ia dikhuatiri mengandungi plumbum yang boleh menyebabkan keracunan. Selain itu, boleh pilih suplemen kalsium yang dihasilkan menggunakan Kalsium Sitrat. Ini kerana ia lebih mudah larut walaupun dalam keadaan perut kosong atau mengandungi asid perut. Ini sesuai untuk mereka yang telah berusia kerana kebanyakkan mereka yang telah berusia mempunyai asid perut yang sedikit.

Inilah beberapa tips yang perlu diambil kira sebelum membeli suplemen kalsium. Pastikan ianya menepati ciri-ciri diatas sebelum membeli suplemen kalsium. Tetapi yang tetap menjadi pilihan Mia tentunya adalah Ostematrix. Kerana ia menepati keempat-empat ciri-ciri diatas.

Kepentingan Suplemen Kalsium?

Untuk pengetahuan kita semua, kalsium telah disimpan didalam badan kita. Terdapat 99% kalsium berada dalam tulang dan gigi. Manakala 1% lagi terdapat di dalam darah kita untuk memastikan badan kita dapat berfungsi dengan baik.

Yang menjadi masalahnya adalah apabila kandungan kalsium dalam darah kita tidak mencukupi, ia akan menarik keluar kalsium yang terdapat didalam tulang. Lama kelamaan tulang kita akan kehabisan sumber kalsium dan akan menyebabkan masalah kerapuhan tulang kerana ketumpatan tulang kita dah berkurang. Masalah ini dikenali sebagai osteopenia. Semakin lama masalah ini akan menyebabkan kita lebih berisiko untuk menghadapi masalah osteoporosis dan patah tulang.

Keadaan ini selalunya terjadi kepada kaum wanita, kerana kaum wanita banyak kehilangan kalsium sewaktu haid, semasa mengandung (anak mengambil kalsium dari ibu), semasa menyusu dan sebagainya. Jadi, sangat penting untuk kaum wanita mengambil kalsium dari sumber luar untuk mengelakkan daripada masalah kekurangan kalsium berlaku dalam tulang dan gigi kita.

Sebelum ni Mia dah ulas lebih lanjut mengenai Suplemen Kalsium Terlaris Yang Bagus Untuk Ibu Mengandung. Jadi, ibu hamil wajib baca kenapa mereka perlu mengambil suplemen kalsium walaupun mereka tidak diberikan suplemen kalsium di klinik sewaktu membuat check up bulanan.

Oleh itu, jadikan suplemen kalsium sebagai makanan tambahan harian kita kerana ia sangat penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Kita tak nampak bagaimana keadaan tulang kita, jadi lebih baik kita berjaga-jaga sebelum perkara lebih buruk berlaku.

Sekiranya ada apa-apa pertanyaan tentang suplemen kalsium yang anda ragui, boleh hubungi Mia melalui whatsapp di 012-928 3726 k. Mia akan cuba menjawab pertanyaan anda sebaik mungkin.

——————————————————————————-
 
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda
 
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :
 
✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]
 
Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif 
☑️ Konsultasi percuma berterusan 
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp
 
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia
 
———————————————————————————

0 thoughts on “Tips Memilih Suplemen Kalsium Yang Paling Bagus di Pasaran

  1. betul2
    saya pun beli kalsium yang ada magnesium sekali sebab tak elok kalau ambil kalsium semata sebab kajian bagitahu nanti kalsium tu macam terkumpul dan tak membantu badan pun

Tinggalkan komen anda di sini: