Info Kesihatan · Tips Berguna · Vitamin Tambah Tenaga

Tips Kekal Cergas Bertenaga ketika Berpuasa di Bulan Ramadhan

Pejam celik pejam celik tinggal berapa hari je lagi nak puasa kan. Inilah bulan yang ditunggu-tunggu untuk tingkatkan amal ibadat kita. Jadi, kita haruslah kekal cergas bertenaga ketika berpuasa di bulan Ramadhan.

Ini supaya kita dapat berpuasa dengan sempurna dan menjalankan ibadah yang dituntut di bulan penuh barakah ini. Bulan Ramadhan nie hanya sekali, rugi sangat kalau kita tak manfaatkannya. Itulah pentingnya kita kena sentiasa cergas bertenaga ketika berpuasa.

Bertenaga ketika berpuasa

Selalunya, kalau masa puasa badan terasa penat, tak bermaya, lemah jek macam mana kita nak tingkatkan pahala kita kan. Asyik tido & baring je sambil tengok jam berapa lama lagi nak buka puasa. Tambahan pula kalau ada yang hamil atau menyusukan anak waktu bulan puasa ni kan. Lagi la memenatkan.  Jadi sangat penting untuk kita kekal bertenaga ketika berpuasa.

Sebenarnya ada cara untuk mengelakkan cepat rasa lapar, penat, letih dan tidak bertenaga ketika puasa. Ikuti tips ini dan amalkan supaya kita kekal cergas dan bertenaga ketika berpuasa.  

Tips Kekal Cergas Bertenaga ketika Berpuasa

1.Melewatkan waktu sahur, kerana glukos (sumber tenaga) daripada karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.

2. Ambil makanan yang lambat dihadam ketika waktu sahur seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur, dan buah-buahan. Makanan ini mengandungi karbohidrat yang kompleks dan serat yang akan berada dalam perut dalam jangkamasa yang lama dan melambatkan rasa lapar.

3.Lebihkan makanan yang cepat dihadam ketika berbuka, seperti roti putih, kuih-muih, jus buah, sup dan bubur. Makanan nie mengandungi kandungan gula dan karbohidrat yang cepat dihadam.

4. Ambil 3-4 biji kurma sewaktu berbuka. Selain makanan sunnah ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan. Kurma dapat memberikan tenaga dengan segera yang diperlukan oleh badan kita setelah seharian penat berpuasa.

5. Elakkan makan bergoreng dan berlemak. Makanan ini menyebabkan ketidakhadaman dan senang berlakunya pedih ulu hati.

6. Kurangkan makanan manis. Makanan manis tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat dan hanya akan membuatkan kita cepat berasa letih.

7. Tingkatkan pengambilan air. Minum 2 gelas air sewaktu berbuka, ini termasuklah jus buah-buahan atau susu rendah lemak. Minum 2-3 gelas air putih sebelum tidur, Minum 2 gelas air putih sewaktu sahur.

8. Elakkan makanan berempah dan pedas. Makanan ini akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. Meraka yang mempunyai masalah gastrik eloklah mengelakkan makanan sebegini.

9. Elakkan minuman berkafein dan air berkarbonat kerana minuman ini akan menyebabkan kita lebih kerap membuang air dan mempercepatkan kehilangan cecair dalam badan.

Tips Tambahan untuk Bertenaga ketika berpuasa

Ini adalah tips tambahan yang MiaZain lakukan sepanjang bulan berpuasa. Dan ternyata ia dapat membantu saya kekal bertenaga sewaktu berpuasa walaupun pada masa tersebut saya sedang mengandung dan menyusukan anak. Tiada lagi rasa terketar-ketar, rasa mengantuk yang teruk, rasa penat yang berpanjangan.

Semua ini saya dapat lakukan dengan adanya bantuan makanan tambahan yang diambil secara konsisten. Makanan tambahan itu adalah Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink.

ESP biasanya saya ambil sewaktu sebelum bersahur, manakala Performance drink pula saya akan ambil sewaktu berbuka. Setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza dimana ia akan memastikan badan kita sentiasa mempunyai air yang mencukupi dan memberikan rasa kenyang yang lama.

Bertenaga ketika berpuasa

ESP dan Performance Drink Memberi Tenaga Ketika Berpuasa

ESP adalah sumber protein berasaskan tumbuhan soya. Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, 12x ganda susu rendah lemak. Ia bertindak sebagai pembekal tenaga dengan segera. Sangat sesuai diminum waktu sahur untuk membantu mengurangkan rasa lapar disiang hari.

Disebabkan ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah ia dapat memlambatkan proses pertukaran glukosa kepada tenaga. Jadi, ia boleh memberikan kita rasa kenyang yang lama walaupun tidak sempat bersahur ketika berpuasa. Kalau dah terlambat untuk bersahur tu, kita minum ESP ni pun dah cukup untuk bertenaga ketika berpuasa.

Manakala, Perfomance Drink adalah minuman elektrolit yang membantu mengelakkan penyahhidratan ketika berpuasa dan membantu mengurangkan rasa haus. Ia mengandungi formula karbohidrat unik iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb adalah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.

Perfomance drink ni sama macam minuman isotonik lain diluar sana seperti air 100 plus tu. Tapi kandungan gula dalam perfomance drink ni sangat rendah, sangat berbeza dengan air isotonik diluar sana yang mengandungi banyak gula. Sangat sesuai diminum ketika bersahur dan berbuka. Kalau waktu berbuka tu, campur kan je perfomance drink ni ke dalam air sejuk, terasa segar je waktu berbuka.

Inilah penyelamat ketika saya berpuasa. Saya masih kekal bertenaga walaupun berpuasa sambil menyusukan anak.

Pengalaman Pengguna Bertenaga Di Bulan Puasa

Ramai yang dah cuba minum esp dan performance drink ini sewaktu berpuasa. Semuanya berpuas hati seperti akak kat bawah nie:

Testimoni #1:
Testimoni bertenaga di bulan puasa

“Saya ibu yang menyusu baby 16 bulan yang sangat kuat menyusu tapi dengan ESP & PD, badan saya jadi bertenaga bila berpuasa hingga berbuka. Alhamdulillah saya dapat menjalani puasa dengan sihat selalu. Kalau dulu saya memang betul-betul tak larat bila berpuasa menggigil 1 badan dengan lesu dan tak bertenaganya, tapi degan ESP saya dah tak bimbang nak puasa . Badan bertambah sihat, baby pon sihat. Rasanya tak mahu miss beli ESP ini. Minuman wajib saya setiap pagi bersahur”
~Fazlillah Khalisyah~

Testimoni #2:

“Puasa hari ini, rasa segar je. Rasa macam tak puasa pulak. Perut kenyang dengan air je. Minum ESP + milo, lepas tu minum PD + Oren, lepas tu air masak. Memang penuh tangki dan alhamdulillah hasil tuaian pagi ni pun masih maintain…”
~Azilah A Rashid~

Memang highly recommended 2 produk nie untuk bulan puasa. Mia pun dah ada simpanan untuk dibuat stok. Memang sangat sesuai untuk semua tak kiralah ibu menyusu, ibu hamil, yang berkerja, surirumah, pelajar, semua pun boleh ambil.  Kedua-dua produk ini boleh bertahan sehingga sebulan ke sebulan setengah. Sangat berbaloi. Berpuasa sambil dapat meningkatkan pahala dengan cergas dan bertenaga ketika berpuasa.

Sekiranya anda juga ingin mengekalkan tenaga ketika dibulan puasa seperti Mia, dan berminat untuk mendapatkan dua produk ini, boleh segera hubungi Mia melalui whatsapp di 012-928 3726. Mia sedia membantu anda untuk terus kekal bertenaga di bulan puasa.

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

PENAFIAN
Kenyataan dihalaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food And Drug Adminstration).
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit
———————————————————————————

0 thoughts on “Tips Kekal Cergas Bertenaga ketika Berpuasa di Bulan Ramadhan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge