Info Kehamilan · Masalah Ibu Hamil · Ostematrix · Vitamin Ibu Hamil

Suplemen Kalsium Paling Laris Yang Bagus Untuk Ibu Mengandung

Ramai yang tidak endah tentang kepentingan suplemen kalsium untuk ibu mengandung. Walaupun suplemen kalsium untuk ibu mengandung tidak diberi semasa kita cek kandungan di klinik, itu bukan bermaksud suplemen kalsium tidak penting untuk ibu mengandung.

Kalsium bukan sahaja membantu menyokong kekuatan tulang kita sahaja, malah banyak lagi manfaat kalsium yang lain terutama untuk ibu dan anak dalam kandungan. Untuk tahu apa lagi suplemen kalsium boleh bantu ibu mengandung ni, baca sampai habis artikel ini yea.

Kalsium untuk ibu mengandung

 

Kepentingan Kalsium untuk Ibu Mengandung

Ibu mengandung sangat memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutama pada trimester ketiga. Selain itu, kalsium juga sangat penting sepanjang kehamilan untuk mengelakkan kekejangan otot kaki ibu.

Sekiranya kita kekurangan sumber kalsium dalam badan, ia boleh menyebabkan kita kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Selain itu, kita lebih tinggi risiko untuk mengalami masalah osteoporosis dimana ketumpatan jisim tulang kita sudah menurun. Hal ini menyebabkan tulang kita senang membengkok dan mudah patah.

Haa, betapa pentingnya suplemen kalsium untuk ibu mengandung ni kan. Secara ringkasnya, kalsium sangat penting untuk ibu hamil kerana:

  • Membantu kekuatan tulang untuk menanggung berat bayi secara fizikal.
  • Kalsium penting untuk membantu pembekuan darah.
  • Menstabilkan transmisi impuls saraf dan merehatkan otot semasa berlakunya kontraksi.
  • Kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi
  • Pengambilan kalsium yang cukup boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.

 

Kalsium Dalam Makanan Harian

Badan kita tidak dapat menghasilkan nutrisi kalsium dengan sendirinya. Jadi kita perlu mengambil dari sumber luar samada daripada makanan harian atau makanan tambahan. Terdapat banyak pilihan makanan yang mengandungi kalsium antaranya susu, keju dan beberapa jenis sayuran hijau yang lain.

 

Kebiasaannya kita hanya mengambil segelas susu untuk mencukupkan keperluan kalsium kita. Akan tetapi pengambilan segelas susu sehari belum cukup untuk menampung keperluan kalsium untuk ibu mengandung. Ini kerana ibu mengandung memerlukan 1000 mg – 1200 mg kalsium sehari.

Dengan tambahan makanan lain juga belum tentu kita dapat memberikan sumber kalsium yang mencukupi untuk badan kita kerana kita perlu mengambil dalam jumlah yang banyak untuk setiap hidangan.

Jadi, pengambilan suplemen kalsium sangat penting untuk ibu mengandung walaupun dalam masa yang sama kita telah mengambil makanan yang kaya dengan kalsium. Kekurangan kalsium yang serius boleh menyebabkan ibu mengandung mempunyai risiko tinggi untuk mengalami masalah pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Jadi, apa suplemen kalsium yang paling bagus yang boleh diambil untuk ibu mengandung ni? Untuk tahu lebih lanjut, teruskan membaca yea.

 

Suplemen Kalsium Untuk Ibu Mengandung yang Paling Bagus

Bagi Mia yang telah mempunyai pengalaman mengandung dah masuk 3 kali ni, tentunya Ostematrix Shaklee adalah pilihan Mia. Bukan kerana hanya Mia menjual produk Shaklee, tetapi dek kerana keberkesanannya dan perbezaaan yang ketara apabila Mia ambil ostematrix dengan tidak mengambil Ostematrix membuatkan ia sangat bagus untuk ibu mengandung.

Waktu mengandungkan anak pertama, memang tak kenal lagi ostematrix ni. Mengandung kali kedua memang Mia ambil Ostematrix dari awal kandungan. Memang ternyata terdapat perbezaannya. Waktu mengandungkan anak pertama, setiap malam kaki Mia kejang.

Sakit sangat bila kejang kaki ni tau. Sampaikan bila bangun pon masih terasa otot seakan keras je. Bila nak berjalan makin terasa sakit. Tetapi waktu kandungan kedua, rasa magik sangat sebab tak kena langsung kejang kaki ni.

Selain tu badan pon terasa lebih cergas. Sebab ostematrix ni juga bantu untuk menenangkan ketegangan saraf. Rasa sakit pinggang dan lutut pun tiada waktu kehamilan kedua. Selepas anak kedua lahir, perkembangannya nampak berbeza dari anak pertama. Anak kedua nampak lebih tegap badannya, maksudnya kat sini, leher dan kakinya lebih kuat.

Banyak lagi perbezaan yang Mia alami ketika kedua. Anda kena cuba dan rasainya juga perbezaan ini dengan mengambil ostematrix. Tentu pengalaman mengandung anda akan jadi lebih luar biasa.

 

Perbezaan Ostematrix Berbanding Suplemen Kalsium Lain

1. Kandungan ostematrix bukan sekadar kalsium

Ostematrix berbeza daripada suplemen kalsium yang berada dipasaran kerana ia mempunyai formula yang unik. Kandungan di dalam ostematrix bukanlah hanya sekadar kalsium kerana ia dicampur dengan bahan mineral yang lain supaya ia lebih berkesan kepada penggunanya.

Suplemen kalsium kebanyakannya akan diformulasikan bersama vitamin D kerana ia dapat membantu penyerapan kalsium ke dalam badan kita. Sekiranya suplemen itu mengandungi itu hanya mengandungi kalsium sahaja, ia boleh membebankan buah pinggang kita.

Jadi, di dalam ostematrix bukan sahaja mengandungi kalsium dan vitamin D, malah terdapat sumber mineral yang lain juga. Selain kalsium dan vitamin D, ia juga mengandungi mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza.

Fungsi setiap bahan yang terdapat didalam Ostematrix

  1. Kalsium – Bahan asas untuk membina tulang
  2. Magnesium – Membantu menghantar kalsium kepada tulang
  3. Boron – Membantu metabolisme tulang
  4. Vitamin D – Merangsang penyerapan kalsium
  5. Kuprum, Zink and Mangan – Mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang

 

Kesemua nutrien diatas wajib ada dalam suplemen kalsium yang kita ambil bagi memastikan 99% kalsium menyerap ke dalam badan kita. Secara tak langsung, dengan adanya mineral lain dalam suplemen kalsium ini, ia dapat mengelakkan endapan mineral yang lain dalam badan kita.

Kebanyakkan suplemen kalsium yang berada dipasaran tidak mempunyai sumber mineral yang lain. Inilah keistimewaan ostematrix Shaklee ni dan inilah sebabnya apabila kita mengambil ostematrix ni, anda akan dapat merasai kesannya yang sangat cepat dan menakjubkan.

2. Tablet yang senang ditelan

Tablet ostematrix lebih kecil berbanding tablet yang lain supaya ia mudah ditelan. Selain itu, ostematrix juga adalah tablet bersalut yang diformulasikan supaya lebih licin untuk mudah ditelan.

3. Cepat diserap

Pengambilan hanya dua kaplet osteMatrix menunjukkan peningkatan dalam paras kalsium darah yang signifikan, diukur dalam tempoh 12 jam. Kalsium perlu diserap terlebih dahulu supaya badan boleh menggunakannya untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.

Cara Untuk Dapatkan Ostematrix Shaklee

Sekiranya anda telah jatuh hati dan berminat untuk dapatkan ostematrix ini, cepat-cepat hubungi Mia. Boleh klik icon dibawah untuk whatsapp Mia dengan segera.


Sekiranya anda atau orang tersayang anda sedang mengandung, pastikan anda mendapat keperluan kalsium yang mencukupi untuk meningkatkan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Jangan sesekali memandang remeh tentang keperluan kalsium dalam diet harian ibu mengandung.

Pilihlah suplemen kalsium yang bagus dan dapat diserap sepenuhnya oleh badan kita. Mia sarankan pilihlah ostematrix shaklee kerana ianya berkualiti tinggi dan dapat memenuhi 100% keperluan kalsium untuk badan kita.

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

PENAFIAN | Kenyataan dihalaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food And Drug Adminstration)
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit

———————————————————————————

One thought on “Suplemen Kalsium Paling Laris Yang Bagus Untuk Ibu Mengandung

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge