Keputihan · Masalah Wanita

Punca Masalah Keputihan yang Kerap Berlaku Dikalangan Wanita dan Cara Merawatinya

Masalah keputihan adalah perkara biasa pada kaum wanita. Selalunya masalah keputihan ini berlaku kepada golongan remaja dan golongan ibu hamil. Akan tetapi, selalunya perkara yang berkaitan dengan kawasan intim ini dirahsiakan, malu untuk berkongsi dengan umum. Akhirnya masalah yang kecil ini menjadi makin teruk kerana tidak dikawal dan dirawat.

Malah, masalah keputihan ini juga boleh menyebabkan kita sebagai golongan wanita mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks. Jadi, jangan pandang ringan masalah keputihan ini. Masalah keputihan ini menjadi lebih mudah sekiranya dirawat dari awal.

masalah keputihan

Jadi, hari ni Mia nak kongsikan punca berlakunya masalah keputihan ini supaya ia dapat dielak dan dicegah dari berlaku. Sebelum tu kita ketahui dulu apa itu keputihan.

 

Apa itu Keputihan?

Terdapat dua jenis keputihan iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik. Ataupun dengan nama mudahnya keputihan yang normal dan tidak normal.

Keputihan fisiologis

Biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan seperti ini selalunya berlaku pada waktu wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair.

Keputihan patologik

Bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) dan ia perlu dirawat dengan segera.

 

Punca Masalah Keputihan

Antara punca yang menyebabkan berlakunya masalah keputihan antaranya adalah:

1. Mengambil mudah tentang kebersihan

Kebersihan di bahagian alat sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku. Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan pastikan kawasan tersebut kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti bersama suami.

Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria. Jika kebersihan di bahagian sulit tidak dijaga dengan rapi, bakteria dan kulat mudah membiak dan menyebabkan keputihan.

Kebersihan seluar dalam juga perlu dijaga, kerana pemaikaan seluar dalam yang tidak bersih boleh menyebabkan pembiakan bakteria berlaku. Perkara yang sama juga perlu dititik beratkan ketika memakai pantyliner. Pastikan pantyliner ditukar sekerap mungkin sekiranya masalah keputihan berlaku.

2. Gangguan hormon

Ketidakseimbangan hormon dalam tubuh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah keputihan. Antara perkara yang menyebabkan hormon kita tidak stabil adalah:

  • Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
  • Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan mikroorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
  • Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak untuk menghasilkan hormon yang seimbang.
  • Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah.

3. Gaya pemakanan yang tidak sihat

Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula juga menyebabkan masalah keputihan semakin merebak. Ini kerana kandungan gula dalam makanan akan menyebabkan bakteria yang menyebabkan keputihan akan lebih cepat membiak. Pengambilan makanan yang berasid juga menjadi punca masalah keputihan kerana bakteria yang menyebabkan keputihan ini lebih mudah membiak apabila kawasan keintiman kita pada keadaan berasid.

4. Masalah kesihatan

Wanita yang menghidapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai sistem daya tahan badan yang rendah juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan pada faraj.

 

Cara Merawat Masalah Keputihan

Terdapat banyak cara untuk merawat masalah keputihan. Akan tetapi, dengan cara pengambilan suplemen, masalah keputihan ini dapat dirawat dengan cepat. Seperti testimoni dibawah, belum sampai sebulan lagi masalah keputihan sudah tiada. Mungkin lebih awal kerana pengguna sampaikan tak perasan bila lagi masalah keputihannya dah tiada.

Sekiranya konsisten dengan suplemen ini, masalah keputihan ini dapat dikawal dalam jangka masa panjang. Kemungkinan masalah keputihan untuk kembali semula adalah sangat rendah. Dan yang paling best, dapat kesan sampingan pula iaitu kulit makin lembut.

Haa, siapa yang tak suka kalau ambil suplemen untuk atasi masalah keputihan, tetapi dapat kesan pada kulit juga kan.

Terdapat 3 produk yang dapat membantu anda semua yang mengalami masalah keputihan ini, iaitu Alfalfa complex, Garlic complex, dan GLA complex. Dan setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza.

Alfafa Complex

Bersifat anti kulat. Mempunyai phytoestrogens yg mempunyai fungsi seperti kacip fatimah dan digelar raja segala herba. Sangat baik diamalkan oleh kaum wanita dan membantu menyemarakkan cinta dalam hubungan suami isteri

Garlic Complex

Mempunyai kendungan yang anti kulat dan merupakan antibiotik semulajadi yang sangat hebat. Garlic boleh membantu menaikkan sistem imun dan membantu memulihkan masalah keputihan

GLA Complex

Membantu mencegah kulat daripada merebak. GLA juga digunakan utk membantu menyuburkan wanita dan menstabilkan hormon selain bagus utk masalah senggugut dan sebagainya.

Rawatlah keputihan sebelum ia merebak kekawasan yang lain. Jangan biarkan masalah keputihan membelenggu diri anda sehingga ia menyebabkan anda tidak selesa dan berasa gatal.

Sebelum ni Mia ada kongsikan juga bahaya masalah keputihan ini. Terdapat 4 keburukan sekiranya kita tidak merawat masalah keputihan ini. Cerita lanjut mengenai keburukan keputihan ini anda boleh baca di artikel dibawah.

 

Cara dapatkan Suplemen Merawat Keputihan

Sekiranya anda mempunyai masalah keputihan, dan berminat untuk mencuba produk Shaklee boleh terus membuat pembelian secara online dengan menekan ikon bergambar dibawah.

Pembayaran boleh dibuat secara kad debit atau kad kredit. Produk akan dihantar terus kerumah anda. Jumlah harga untuk ketiga-tiga produk ini adalah cuma RM 205 sahaja. Akan tetapi sekiranya anda mempunyai bajet yang terhad, boleh whatsapp Mia sekarang supaya Mia dapat cadangkan produk yang sesuai dengan bajet anda.

Boleh terus tekan ikon bergambar dibawah untuk terus whatsapp Mia. Sekiranya ada sebarang pertanyaan tentang produk atau ingin dapatkan produk pada harga yang lebih murah, boleh whatsapp Mia sekarang.

Dah ramai yang menggunakan set keputihan ini dan berjaya menyelesaikan masalah mereka. Anda juga boleh menyelesaikan masalah ini dengan mudah.

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

PENAFIAN | Kenyataan dihalaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food And Drug Adminstration)
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit

———————————————————————————

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge