Fibroid & Cyst · Vivix

Punca Fibroid Dan Cara Merawat Fibroid Tanpa Pembedahan

Bulan lepas dapat perkhabaran dari kawan Mia yang ada masalah fibroid. Tak terkata bila dapat berita macam ni. Disangkakan mengandung, sebab perut nampak besar dan ada rasa mual, simptomnya sebijik seperti wanita hamil. Tetapi bila cek dengan doktor, tak mengandung pon, tetapi fibroid tu dah membesar 13 cm. Cara merawat fibroid yang dicadangkan oleh doktor hanyalah melalui pembedahan sahaja. Allahhu, hanya tuhan yang tahu betapa risaunya dia waktu tu.

Masalah fibroid ini adalah perkara yang paling menakutkan bagi kaum wanita. Ini kerana masalah fibroid ini boleh menganggu masalah kesuburan si isteri. Selain itu ia menjadi penyebab sukar hamil.  Kebiasaannya cara merawat fibroid yang sudah besar adalah melalui pembedahan sahaja.

Banyak risiko yang perlu kita tanggung apabila perlu membuat pembedahan. Bukan itu sahaja, sekiranya fibroid ini membesar dalam rahim, ada potensi untuk fibroid tersebut pecah. Dan kemungkinan besar untuk membuat pembedahan membuang rahim tu sangatlah tinggi. Bila dah buang rahim, memang dah takde peluang la untuk mengandung lagi.

Jadi,untuk mengelakkan daripada masalah fibroid ini berlaku, kita perlu tahu punca dan cara merawat fibroid ini. Anda ke cara merawat fibroid tanpa melalui pembedahan?

 

Punca Fibroid

Mia rasa terpanggil untuk berkongsi punca yang menyebabkan fibroib boleh membesar dalam rahim. Hal ini supaya kita boleh kawal sebelum ianya menjadi lebih besar sehinggakan kita terpaksa membuang organ pembiakan kita.

Antara faktor penyebab berlakunya fibroid adalah:

Faktor #1: Hormon Estrogen yang berlebihan

Kita semua dah tahu kan, badan kita ni mempunyai sistem hormon. Apabila kandungan sesuatu hormon tu tinggi dalam badan kita, akan ada hormon lain yang akan mengawalnya. Akan tetapi, apabila kandungan hormon estrogen berlebihan dalam badan kita, ia akan mengaktifkan fibroid ini.

Antara punca ketidakseimbangan hormon estrogen dalam badan kita adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tinggi gula dan karbohidrat, makanan berproses, makanan segera, faktor kegemukan, dan macam-macam lagi.

Faktor #2: Terdapat banyak xenoestrogen dalam badan

Ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen juga dipengaruhi dengan kehadiran xenoestrogen. Xenoestrogen ini adalah hormon yang menyerupai hormon estrogen (xeno) atau ‘estrogen sintetik’. Xenoestrogen ini bagaikan hormon estrogen yang palsu  yang boleh wujud dalam badan kita. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Sumber Xenoestrogen ini terdapat dalam persekitaran kita contohnya makanan, air, bahan kimia dari industri dan penternakan serta boleh didapati di dalam bahan makanan seharian kita.

Contohnya:

  • BPA – Bahan yang dicampur dalam produk berasaskan plastik
  • Phthalates – Bahan yang dicampur di dalam produk plastik dan getah
  • Racun serangga
  • Paraben – Bahan yang digunakan untuk mengawet produk kosmetik dan makanan
  • Produk berasaskan tembakau

Memang sukar untuk kita hindari dari sumber-sumber yang boleh meningkat kadar xenoestrogen dalam badan kita ni. Setiap hari kita memang terdedah dengan bahan plastik, getah, paraben, asap rokok, dan racun serangga semua tu. Jadi, amalkan cara hidup yang sihat

Faktor #3: Masalah kegemukan atau obesiti

Masalah kegemukan memang menjadi topik hangat sejak akhir-akhir ini kerana di Malaysia makin ramai yang mempunyai masalah berat badan berlebihan. Mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan tentunya akan mempunyai lemak yang berlebihan. Lemak-lemak inilah yang akan mengaktifkan ‘Endocanabinoid system’ dalam badan kita.

Sistem ini akan menganggu fungsi-fungsi hormon dan menyebabkan berlakunya keradangan yang tinggi dalam badan. Masalah ini akan bukan sahaja mencetuskan masalah ketumbuhan fibroid ini malah boleh menjadi masalah kanser juga. Jadi, pastikan berat badan kita sentiasa dalam julat normal sahaja.

Faktor #4: Genetik

Sekiranya mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah fibroid, kemungkinan kita untuk mendapat masalah yang sama adalah tinggi

sumber

Tanda-tanda Fibroid

Jadi, sangatlah kita perlu berjaga-jaga dalam pengambilan makanan, ubat-ubatan, aktiviti harian dan sebagainya kerana masalah fibroid ini boleh menjadi pembunuh senyap kaum wanita. Hal ini kerana kadang-kadang kita tak perasan pun atau tak sedar pon yang kita mempunyai masalah fibroid.

Akan tetapi, apabila fibroid ini makin membesar, ia akan memberikan tanda-tanda yang menunjukkan kewujudan fibroid ini, antaranya adalah:

  • Haid yang tidak teratur
  • Sakit perut
  • Berasa sakit ketika hubungan kelamin
  • Perut membuncit
  • Berlaku pendarahan yang tidak normal

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti diatas ini, cepat-cepatlah ke hospital berdekatan untuk membuat pemeriksaan supaya masalah fibroid ini boleh diatasi pada peringkat awal lagi. Jangan tunggu sehingga masalah ini berlarutan sehingga boleh menyebabkan fibroid semakin membesar dan doktor terpaksa membuat pembedahan untuk membuang fibroid tersebut.

 

Adakah dengan melakukan pembedahan adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah fibroid?

Sekiranya anda telah didiagnos mempunyai fibroid di dalam rahim anda, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Selalunya doktor akan kenalpasti berapa fibroid yang tumbuh, jenis fibroid dan berapa besar saiz fibroid tersebut.

Kebiasaannya doktor akan mencadangkan untuk membuat pembedahan membuang fibroid tersebut sekiranya saiz fibroid tersebut lebih dari 5 cm, berasa sakit, mengalami pendarahan yang berterusan serta fibroid tersebut telah menyebabkan kegagalan fungsi organ lain seperti saluran kencing, sistem usus dan sebagainya.

Akan tetapi, sebelum anda bersetuju untuk membuat pembedahan, anda mesti nak cuba cara lain yang lebih kurang risikonya kan? Ini kerana lagi tinggi risiko untuk melakukan pembedahan.

Ini adalah berita baik kepada mereka yang mempunyai masalah fibroid kerana terdapat satu kajian yang dijalankan pada tahun 2010 mendapati bahawa Resveratrol dapat mengawal berlakunya tekanan oksidatif dan peningkatan insulin di dalam tisu sekitar fibroid yang mengakibatkan pembiakan sel yang tidak terkawal.

Punca pembiakan sel-sel yang tak normal ini bukanlah hanya semata-mata kerana masalah hormon, akan tetapi kerana terdapat banyak radikal bebas dalam badan kita yang berpunca daripada pemakanan, pencemaran dan sebagainya.

Radikal bebas ini lah yang menyebabkan kerosakan berlaku pada sel sehingga menyebabkan ketumbuhan berlaku. Sebab tu untuk hapuskan radikal bebas ni, kita perlukan antioksidan yang tinggi seperti resveratrol ini.

 

Mana nak dapatkan Resveratrol terbaik ni?

Sekarang ni dah tak susah nak dapatkan resveratrol ini. Resveratrol ini terkandung didalam produk makanan kesihatan yang diberi nama Vivix. Vivix adalah makanan tambahan yang dihasilkan dari bahan semulajadi yang kaya dengan resveratrol.

cara merawat fibroid

Dan ia juga telah membantu ramai pesakit yang mempunyai masalah fibroid. Rata-rata yang mengambil vivix memberikan feedback positif terhadap saiz fibroid mereka. Walaubagaimanapun, Vivix ini bukan lah ubat, tetapi ia mencukupkan nutrisi dalam badan kita untuk melawan penyakit.

Selain itu, Vivix juga berfungsi untuk memperbaiki sel-sel yang tidak normal sehingga menyebabkan kemunculan fibroid tersebut. Jadi, pesakit fibroid wajib mengambil vivix ini untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.

cara merawat fibroid
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vivix ini, boleh lanjutkan pembacaan anda di entry ini

Vivix Shaklee: Kandungan dan Manfaat

 

Cara untuk dapatkan Vivix

Caranya sangat mudah. Anda boleh terus buat pembelian di laman sesawang esell. Hanya tekan gambar dibawah ini sahaja dan anda akan dibawa ke laman tersebut. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad debit atau kad kredit.

ATAU…

Untuk dapatkan vivix dengan harga yang lagi MURAH atau ingin membuat pertanyaan lanjut mengenai vivix, boleh whatsapp Mia sekarang. Terus ketik gambar dibawah.


Mia akan terangkan cara untuk mendapatkan vivix dengan harga yang murah. Dan Mia juga akan berikan konsultansi secara percuma kepada mereka yang bertanya. Kongsikan kisah fibroid anda dengan Mia sekarang.

Jangan lengahkan masa lagi, dapatkan vivix dengan segara. Memang terdapat banyak cara untuk menyelesaikan masalah fibroid ini, akan tetapi berikhtiar dengan vivix adalah jalan yang terbaik kerana ianya adalah suplemen semulajadi yang dijamin selamat dan berkesan.

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia
———————————————————————————

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge