Produk Review

Online Gift Shop Malaysia: Design Sendiri Hadiah Anda Untuk Orang Tersayang

Assalamualaikum semua… Pernah tak korang rasa buntu sangat tak tahu nak bagi hadiah apa pada orang yang anda sayang?

Mia selalu sangat lalui situasi ini. Contohnya nak bagi hadiah hari lahir untuk ahli keluarga kita, macam-macam idea berlegar-legar dikepala, tetapi semuanya nampak macam biasa-biasa sahaja. Kalau nak cari hadiah untuk kawan yang melangsungkan perkahwinan pon sama juga, mesti dah ramai yang akan bagi hadiah yang sama kan.

Jadi, untuk cari kelainan tu, Mia lagi suka hadiahkan barang yang kita boleh buat sendiri. Baru lah nampak kelainannya kan. Tapi, kadang-kadang dengan kesempitan masa yang ada, kreativiti yang kurang, rasa terbantut pula nak hasilkan hadiah itu sendiri kan.

Online Gift Shop Malaysia: Design Sendiri Hadiah Anda Untuk Orang Tersayang

Tapi, korang jangan risau, Mia ada penyelesaiannya. Mia sangat tertarik dengan satu website ni di mana kita boleh design sendiri hadiah yang kita nak tu. Tentunya Mia memilih ‘Online Gift Shop Malaysia yang paling terkenal iaitu di Printcious.com

Online Gift Shop Malaysia

Di Printcious.com ni kita boleh hasilkan hadiah mengikut kreativiti kita sendiri, barulah nampak kelainan pada hadiah yang kita beri tu kan. Mereka yang menerima hadiah kita juga pasti akan rasa terharu dengan hadiah yang diterima. Ini kerana hadiah yang dihasilkan sendiri menggunakan idea kita akan menjadi lebih bermakna kepada si penerima. Memang sesuai sangat dengan tagline nya iaitu Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart.

Antara kelebihan yang kita boleh dapat apabila menghasilkan ‘personalized gifts’ ini adalah, kita bebas untuk menggunakan gambar peribadi kita sendiri, memilih design yang cantik, meletakkan kata-kata yang sesuai dengan gambar dan memilih tulisan yang cantik mengikut kreativiti kita sendiri. Jadi, seratus peratus adalah hasil karya kita sendiri dan pihak Printcious akan merealisasikan hadiah tersebut dalam bentuk barangan atau produk. Haa, bestkan.

Di Printcious, terdapat banyak pilihan hadiah yang kita boleh design sendiri. Antaranya adalah T-shirt, cawan, jubin seramik, gambar kanvas, bag, rompers bayi, rantai kunci, tag bagasi dan banyak lagi. Korang boleh lihat gambar dibawah untuk mengetahui kategori pilihan korang.

Online Gift Shop Malaysia

Ada banyak sebab anda perlu layari website ‘Creative Gifts Shop Malaysia’ ni tau. Kita ada banyak majlis keraian yang memerlukan kita untuk memberi hadiah. Contohnya majlis hari jadi, majlis perkahwinan, majlis ulang tahun perkahwinan dan banyak lagi. Selain itu, kita bebas untuk memberi hadiah kepada pasangan kita kerana di Printcious juga ada menawarkan produk untuk katogeri ‘Gift For Him’, ‘Gift For Her’, ‘Gift For Husband’, dan ‘Gift For Wife’. Barulah romantik kan apabila kita dapat design sendiri hadiah untuk orang yang kita sayang. Bertambah romantik apabila kita letakkan gambar kita bersama pasangan pada produk tersebut.

Online Gift Shop Malaysia

 

Cara Membuat Pesanan di Printcious

Ok, sekarang Mia nak kongsikan cara untuk membuat pesanan pula. Senang je nak buat pesanan ni tau.

1. Daftar akaun
Perkara pertama yang wajib anda lakukan adalah membuat akaun di Printcious. Klik pautan kat bawah ni dan isikan maklumat yang diperlukan. Senang je kan.

 
Online Gift Shop Malaysia

2. Pilih produk yang ingin dibeli
Katakanlah Mia nak hasilkan Magic Mug. Apa yang magic nya tentang mug ini adalah ia boleh bertukar warna apabila air panas dimasukkan ke dalam mug tersebut. Hebat kan. Semua ni kita boleh dapat dengan mudah di ‘Mug Printing Service‘ ni je tau.

Jadi pilih butang Create > Mugs, kemudian pilih icon Magic Mugs.

Online Gift Shop Malaysia

3. Hasilkan design mengikut kreativiti sendiri
Klik pada icon <<Start Designing>>. Di Magic Mug ni kita boleh letak gambar dan ayat kita sendiri. Jadi, anda boleh tambahkan ayat dan gambar yang sesuai. Kemudian klik <<Done>> dan <<Add to Cart>>

Online Gift Shop Malaysia

4. Membuat pembayaran
Akhir sekali, anda boleh terus membuat pembayaran. Pembayaran boleh dibuat secara atas talian atau dibuat di mesin atm. Cara pembayaran di Printcious. Sekarang dah selesai order anda. Cuma tunggu beberapa hari je untuk barang yang dipesan sampai dihadapan rumah anda.

Haa, mudah je kan nak buat pesanan di Printcious ni. Klik-klik je dah siap.

Apa tunggu lagi, sekarang ni ada diskaun 30% untuk semua produk dan promosi penghantaran percuma untuk pembelian melebihi RM70. Memang rugi kalau tak hasilkan hadiah sendiri di Printcious ni tau. Produknya sangat berkualiti dan tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan produk yang dipesan.

Selain itu, pihak Printcious juga menawarkan perkhidmatan ‘photo booth rental‘ untuk digunakan sebagai tujuan keramaian samada untuk majlis korporat ataupun majlis perkahwinan, sambutan hari lahir dan sebagainya. Jadi, di bawah satu bumbung kita boleh menggunakan perkhidmatan di Printcious kerana dah perkhidmatannya sangat lengkap dari sewaan photobooth hinggalah ke hadiah dan sebagainya.

Dan sekarang ni Printcious dah melebarkan sayapnya ke SingaporeAustraliaHong KongCanadaPhilippines & Taiwan. Jadi,makin mudah untuk berikan hadiah kepada orang yang tersayang kan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge