Omega Guard

Minyak Ikan Omega 3: Lemak Sihat, Baik Untuk Semua

Semakin hari semakin ramai yang sedar akan kepentingan minyak ikan omega 3 ini. Ramai yang cari minyak ikan untuk diberikan kepada anak mereka supaya lebih fokus dalam pelajaran. Ada juga yang mencari asid lemak omega 3 ini untuk kurus, untuk masalah gout, masalah sendi, untuk masalah asma dan macam-macam lagi.

Tetapi masih ramai juga yang tak tahu apa sebenarnya minyak ikan omega 3 ini. Ramai yang tahu minyak ikan ini hanya bagus untuk tingkatkan kecerdasan otak anak je. Betul ke? Sebenarnya minyak ikan ni bukan untuk anak je, tapi untuk semua golongan.

Kepada yang masih belum tahu lagi tentang minyak ikan omega 3 ni, MiaZain nak terangkan kepada anda apa itu minyak ikan omega 3 ni, apa kebaikannya dan siapa yang memerlukannya. Jom teruskan pembacaan.

 

Apa itu Omega 3?

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak yang paling sihat. Ia menyokong setiap sel, tisu dan organ dalam badan kita.

Asid lemak ini penting untuk metabolisma tubuh tetapi badan kita tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Bagi memenuhi keperluan ini, asid lemak Omega 3 perlu diambil melalui pemakanan dan suplemen.

Omega 3 terdiri daripada dua jenis asid lemak utama iaitu:

  1. Docosahexaenoic acid (DHA) dijumpai dalam minyak ikan. Kebanyakkan orang tidak mendapatkan DHA yang cukup. Dos pengambilan sebanyak 600-1000mg dari suplemen untuk kesihatan badan yang optimum. DHA boleh didapati dari suplemen minyak ikan atau tumbuhan (alga atau krill).
  2. Eicosapentaenoic acid (EPA) dijumpai pada minyak ikan. EPA akan diserap dengan baik jika mengambil DHA Omega-3 setiap hari.

 

Mengapa kita memerlukan Omega 3?

Terdapat banyak sangat manfaat omega 3 ini, jadi kita memang sangat-sangat memerlukan omega 3 supaya kesihatan badan kita sentiasa berada pada tahap yang bagus. Antara manfaat omega 3 adalah:

  1. Menyokong kesihatan jantung
    • Mengurangkan keradangan- Keradangan pada badan boleh merosakkan salur darah dan menyebabkan penyakit jantung dan strok
    • Menurunkan tahap trigliserida dan tekanan darah
    • Mengekalkan peredaran darah dan irama jantung yang sihat
  2. Menyokong Fungsi Otak yang Sihat
    • Memperbaiki fungsi kognitif dan perasaan
    • Meningkatkan ingatan, pembelajaran dan perhatian
    • Melambatkan kemerosotan mental yang berkaitan dengan penuaan
  3. Menyokong Fleksibiliti Sendi
    • Mengurangkan kekakuan sendi, meningkatkan fleksibiliti sendi
    • Pelincir semulajadi, menyenangkan pergerakan
    • Mengurangkan keradangan, melegakan simptom sakit
  4. Menyokong perkembangan bayi
    • Menyokong perkembangan otak dan mata bayi
    • Kajian terbaru menunjukkan pengambilan omega-3 semasa bulan-bulan terakhir kehamilan meningkatkan perkembangan sensori, kognitif, dan motor bayi
  5. Menyokong kesihatan kulit
    • Mengurangkan kekeringan kulit
    • Mengurangkan keradangan, yang boleh menyebabkan jerawat
  6. Meningkatkan kesihatan imun
    • Meningkatkan fungsi sel B
    • Meningkatkan kesihatan imun dalam aspek lain
  7. Meningkatkan kesihatan sperma
    • Memainkan peranan penting dalam badan sebagai komponen fosfolipid yang membentuk struktur membran sel termasuk sel sperma.

Terdapat banyak manfaat omega 3 nie. Tak hairan lah banyak susu formula yang berada dipasaran sekarang mengandungi DHA dan EPA nie kan. Jadi, masukkan omega 3 nie sebagai diet harian anda. Pastikan minyak ikan yang mengandungi tinggi omega 3 yang diambil adalah selamat dan terbaik.

Minyak ikan mana yang menjadi pilihan anda? Pilihan Mia tentunya adalah minyak ikan Omega Guard. Nak tahu kenapa Omega Guard menjadi pilihan terbaik Mia, teruskan pembacaan dibawah.

minyak ikan

 

Kelebihan minyak ikan Omega Guard berbanding minyak ikan yang lain

Terdapat 6 kelebihan yang menjadikan minyak ikan Omega Guard ini adalah pilihan terbaik untuk semua golongan, iaitu:

  1. Minyak ikan bergred Farmaseutikal
    • Omega Guard dihasilkan dari isi ikan, bukan hati ikan yang mengandungi toksik. Ia dikeluarkan mengikut gred farmaseutikal dimana minyak ikan ini terjamin dari segi kebersihan, bebas toksik, dan kualitinya terjamin.
  2. Penyulingan Molekul Tiga Peringkat 
    • Proses penyulingan molekul dijalankan sebanyak 3 peringkat untuk meningkatkan ketulenan minyak ikan ini.
    • Ia juga berfungsi untuk menyingkirkan komponen berbahaya seperti raksa, plumbum, arsenik, kadmium, dioxins dan lain-lain bahan cemar.
    • Proses penyulingan ini juga bertujuan untuk memekatkan minyak ikan ini.
  3. Berkepekatan Tinggi
    • Mempunyai EPA & DHA yang tinggi berbanding jenama lain
    • Satu sajian memberikan 999mg asid lemak omega 3 (546mg EPA, 360mg DHA)
  4. Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak Omega-3 tulen
    • Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak omega tulen yang terhasil secara semulajadi seperti EPA, DHA & banyak lagi
  5. Bau dan rasa kesan hanyir yang minimum
    • Bau dan rasa yang hanyir akan menyebabkan kita tidak selesa untuk mengambil minyak ikan ini. Tetapi berbeza dengan Omega Guard ini, bau dan rasanya kurang hanyir. Dan ini memudahkan kita untuk mengambilnya.
  6. Diiktiraf oleh Friends of the Sea
    • Hanya ikan yang mengikut piawaian sahaja ditangkap untuk menghasilkan minyak ikan ini.
    • Ianya untuk memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tanpa menjejaskan alam sekitar.

Jadi, tak perlu lagi nak cari minyak ikan jenama lain, ini kerana Omega Guard ini adalah pilihan yang terbaik. Ini kerana ia mempunyai ciri-ciri keselamatan dan kandungan yang sangat bagus.

 

Siapa yang memerlukan Omega Guard?

Minyak ikan Omega Guard ini boleh diberikan kepada semua golongan. Samada yang mempunyai masalah kesihatan atau yang ingin meningkatkan masalah kesihatan. Antara mereka yang memerlukan Omega Guard ini adalah:

Ibu Hamil

  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

Ibu Menyusu

  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

Kanak-kanak

  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan

  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Mereka yang sering dilanda masalah kesihatan

  • Batuk berkahak, selesema berterusan, kolestrol tinggi dan lain-lain lagi

Mereka yang mempunyai masalah sendi

  • EPA & DHA befungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi

Mereka yang ingin meningkatkan kesihatan jantung

  • Omega-3 dapat mengurangkan keradangan. Keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung.

Mereka yang mementingkan kehidupan sihat

Sekiranya anda atau orang yang anda sayang tersenarai dalam siapa yang memerlukan omega guard seperti diatas ini, cepat-cepatlah dapatkannya. Jangan bertangguh lagi demi kesihatan dan kelangsungan hidup mereka.

 

Cara dapatkan Omega Guard

Untuk mendapatkan Omega Guard ini, anda boleh membuat pembelian secara online. Anda boleh menekan ikon dibawah untuk membuat pembelian. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad debit/kredit. Produk akan dihantar terus ke rumah anda

Sebotol Omega Guard ini mengandungi 90 kapsul lembut dan berharga RM 136.25 sahaja. Pelaburan anda cuma berharga RM 1.51 sen sahaja untuk sebiji. Dibandingkan harga dengan minyak ikan jenama lain dipasaran, tentunya minyak ikan Omega Guard ini lebih berpatutan setanding dengan kualitinya.

Sekiranya anda ingin ketahui lebih lanjut mengenai Omega Guard ini atau ingin dapatkan Omega Guard ini dengan harga yang lebih rendah, boleh whatsapp Mia sekarang dengan menekan ikon dibawah. Mia akan memberikan konsultansi secara percuma.

Cepat dapatkan Omega Guard ini, minyak ikan terbaik, bebas bahan kimia, dan semestinya halal. Hubungi Mia untuk dapatkan harga istimewa dan khidmat nasihat adalah percuma.

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

PENAFIAN | Kenyataan dihalaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food And Drug Adminstration)
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit

———————————————————————————

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge