Produk Review

Manfaat Sabun Aura & Sabun Bidara Keluaran SUZY HONEY HERBS

Sekarang ni makin banyak produk sabun yang terdapat di pasaran kan. Tetapi kadang-kadang kita tak tahu apa kandungannya, adakah ia selamat digunakan? Tak ramai yang ambil tahu kandungan produk yang mereka ambil. Bila dah guna, banyak pulak kesan sampingan negatif pada kulit kita kan. 

Tapi sekarang, korang tak perlu risau lagi. Sebab Mia dah jumpa produk yang selamat digunakan kerana ianya dihasilkan dari bahan semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia merbahaya pon. Tambahan lagi, ini adalah produk muslim yang dihasilkan oleh orang tempatan. Jadi, boleh la kita gunakan sabun organik ini tanpa was-was. 

Produk sabun organik ini adalah keluaran SuzyHoney Herbs dimana mereka hanya mengeluarkan produk herba alami dan organik yang berkualiti di pasaran Malaysia

Produk Keluaran Suzy Honey Herbs

Untuk pengetahuan semua, pengasas kepada produk ini iaitu Kak Suzy yang tinggal di kawasan pedalaman hutan simpan di Terengganu hanya menggunakan bahan asli yang terdapat di kawasan sekitar hutan tersebut. Haa, menarik kan. Mesti banyak tumbuhan herba dan akar-akar kayu yang banyak manfaat untuk kesihatan kita yang kita tak tahu kelebihannya kan. 

Selain produk berasaskan sabun, mereka juga mengeluarkan produk untuk kegunaan ibu bersalin, set kempiskan perut, akar-akar kayu dan beberapa produk khas untuk kegunaan kaum wanita. 

Antara produk yang sempat Mia cuba adalah Sabun Aura dan Sabun Bidara. Kedua-duanya ada fungsi yang tersendiri. 


Nak tahu apa khasiat setiap satunya? 

Teruskan membaca k.

SABUN AURA

Sabun Aura adalah antara produk yang paling disukai ramai. Ia diadun daripada 7 jenis bunga iaitu, Rose, Iris, Lily, Saffron,Ylang ylang, Melati, dan Jasmine. Ia  juga telah ditambah dengan Vitamin E, Vitamin C, dan Evening primrose oil untuk meningkatkan lagi kualiti Sabun Aura ni.

Antara kelebihan Sabun Aura ini adalah:

  • mampu memberikan aura yang menarik, awet muda dan membersihkan diri dari anasir negatif.
  • menegangkan dan mencantikkan kulit dengan khasiat Vitamin E dan Vitamin C.
  • Dapat meredakan stress dan boleh memberikan perasaan emosi yang stabil dan menceriakan
  • Gabungan antara molekul bunga dengan aura tubuh dapat memberi rangsangan yang istimewa dalam mengembalikan kesegaran dan kecantikan seseorang.
Jadi, Sabun Aura ini sangat sesuai sangat digunakan oleh bakal-bakal pengantin kerana ia mampu menaikkan seri wajah kita. Selalunya bakal-bakal pengantin ni akan mandi bunga dulu kan untuk menaikkan seri wajah, sekarang ni dah tak perlu susah-susah lagi nak kena cari 7 jenis bunga untuk buat mandi bunga, cuma guna sabun ni pun dah mencukupi. 

Selain itu, mereka yang mahu kelihatan segar ceria sepanjang masa pon sangat digalakkan untuk menggunakan sabun ini kerana ia boleh mengubah emosi kita daripada stress kepada yang lebih baik.

Sabun ni sangat wangi. Ditambah pula ada kelopak bunga-bungaan yang diletak didalam sabun tu sangat menarik perhatian Mia. Dan yang paling penting, sabun ini tidak mempunyai warna tambahan tau. Hanya menggunakan warna semulajadi daripada bunga yang digunakan.


Sabun Bidara

Sabun Bidara diadun sepenuhnya menggunakan daun bidara dan beberapa jenis minyak yang lain, iaitu minyak kelapa dara, minyak biji anggur dan minyak matahari. Sejak dari dulu lagi daun bidara ni dah digunakan sebagai herba tradisi. Kalau ditanya pada orang zaman sekarang, mesti tak kenal macam mana rupa daun bidara tu kan. hihi

Jadi, dengan adanya Sabun Bidara keluaran Suzy Honey ni, dah tak perlu susah-susah lagi kita nak cari daun bidara ni. Boleh terus guna sabun ni kan. Kebiasaannya daun bidara ini digunakan untuk perawatan pengubatan, akan tetapi ia juga boleh digunakan untuk membersihkan diri juga.

Antara manfaat Sabun Bidara adalah:

  •  Boleh digunakan sebagai sabun harian untuk membersihkan dan menyegarkan badan
  • Juga bertindak sebagai anti bakteria yang boleh mematikan kuman
  • Mencegah kulit kusam, badan berbau, gatal dan berjerawat
  • Melembutkan kulit dan membuang sel sel mati
  • Sesuai digunakan untuk mandian wanita sedang haid, mandi junub dan sebagai perawatan terkena gangguan sihir / jin.
Yang menariknya sabun bidara ini adalah, selain ia tidak menggunakan pewarna tambahan, ia juga tidak menggunakan pewangi tambahan. Baunya adalah semulajadi daripada daun bidara tersebut. Jadi, sabun ni memang sangat bagus digunakan setiap hari. 


Jadi, sekiranya anda berminat untuk mencuba produk ini atau ingin menambah pendapatan dengan menjadi agen atau membuat secara dropship produk Suzy Honey ini, anda boleh menghubungi mereka di FB atau IG seperti dibawah. Mereka sekarang ingin mencari agen di seluruh Malaysia untuk mengembangkan lagi bisnes mereka supaya orang lain pun boleh dapat manfaat daripada produk organik ini.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini yea

0 thoughts on “Manfaat Sabun Aura & Sabun Bidara Keluaran SUZY HONEY HERBS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge