CoQ-Trol Plus · Vitamin Tambah Tenaga

Mampukah Kafein Hilangkan Mengantuk Dan Letih?

Telah menjadi kebiasaan kan kalau kita mengantuk atau letih je, mesti kita akan ambil minuman yang mengandungi kafein. Terutama bagi mereka yang sering tidur lewat, pasti ada minuman berkafein buat peneman. Tetapi betul ke kafein ni boleh menghilangkan mengantuk dan letih?

Seperti yang kita tahu kafein adalah bahan semulajadi yang dikeluarkan pada bahagian daun dan biji kebanyakkan tumbuhan. Malah ia juga boleh dihasilkan secara tiruan dan ditambah ke dalam makanan dan minuman yang tertentu sebagai penambah rasa. Sifat kafein adalah tidak berbau, rasa pahit dan sangat cepat larut dalam air panas.

kafein hilangkan mengantuk dan letih
Minuman berkafein yang paling popular tentunya adalah kopi. Tetapi ramai yang ingat hanya dalam minuman kopi sahaja mengandungi kafein, tetapi di dalam teh, minuman bercoklat, minuman ringan dan soda juga turut mengandungi kafein.

Bagaimana kafein boleh menghilangkan rasa mengantuk dan letih?

Kafein merupakan zat stimulant. Jadi, ia berkerja dengan cara menstimulasikan sistem otak dan sistem saraf pusat tubuh sehinggakan kita berasa lebih bertenaga, tidak mengantuk, dan lebih fokus. Kafein bertindak dengan menghalang reseptor adenosin di otak yang berfungsi untuk mengurangkan aktiviti sel saraf. Molekul kafein akan mengikat pada reseptor tersebut dan menyebabkan adenosine tidak dapat diambil oleh reseptor tersebut.

Maka aktiviti otak akan meningkat dan mengakibatkan hormon epinefrin dirembes. Hormon ini akan meningkatkan kadar denyutan jantung, meninggikan tekanan darah, menambah penyaluran darah ke otot-otot, mengurangkan penyaluran darah ke kulit dan organ dalam serta mengeluarkan glukosa dari hati.

 Kafein Menghilangkan Mengantuk Dan Letih

Selain itu, kafein juga akan meningkatkan jumlah adrenalin dan membebaskan asid lemak ke dalam aliran darah. Hal ini membolehkan otot menyerap lebih lemak untuk dijadikan sebagai bahan bakar dan menjadikan badan kita boleh menggunakan tenaga secara efektif untuk melakukan aktiviti harian.

Akan tetapi manfaat kafein ini hanya kita boleh rasai sekiranya kita mengambilnya dalam jumlah yang terhad sahaja. Mengikut pengamal perubatan, kita hanya boleh mengambil antara 100 mg kafein sahaja setiap hari, iaitu bersamaan dengan 1 cawan kopi setiap hari.

Kafein akan diserap dan akan bertindakbalas di dalam badan kita setelah 30-60 minit kita mengambilnya. Dan kesannya boleh bertahan sehingga 5-6 jam lamanya. Akan tetapi, kesan kafein ini adalah berbeza bagi setiap orang bergantung pada metabolisme badan kita dan berapa banyak kafein yang telah kita ambil.

Jadi, memang benar kafein mampu menghilangkan rasa mengantuk dan letih. Akan tetapi, pengambilan kafein yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan kita dan boleh menjadikan kita ketagih.

Awas!!! Kafein boleh menyebabkan ketagihan

Pengambilan kafein yang tidak terkawal boleh menyebabkan seseorang itu menjadi ketagih. Apabila sudah ketagih, memang susah untuk mengawal pengambilan kafein ke dalam badan kita. Bukan mudah untuk menghentikan masalah ketagihan ini. Sesetengah individu akan mengalami simptom tarikan seperti sakit kepala.  Selain itu, ia juga mungkin akan menyebabkan rasa gementar, sakit-sakit badan, tidak berupaya untuk bekerja, mengantuk serta lesu.

Bahaya kafein sekiranya berlebihan

Kepada penggemar minuman berkafein, harus diingat bahawa pengambilan kafein yang berlebihan boleh memberi kesan negatif kepada sistem badan kita. Pada tahap lebih rendah, kafein akan membuatkan kita berasa lebih peka, cergas dan tidak mengantuk. Akan tetapi, pengambilan terlalu banyak kafein boleh memberi kesan sampingan yang negatif kepada badan kita.

Antara kesan negatif pengambilan kafein yang berlebihan adalah:

  1. Denyutan jantung meningkat dan laju kerana darah dipam dengan cepat.
  2. Mempengaruhi sistem saraf iaitu anggota tubuh badan menjadi terketar-ketar.
  3. Kerap membuang air besar dan kecil serta boleh menyebabkan dehidrasi
  4. Penyebab sakit kepala atau migrain
  5. Pengambilan kafein oleh ibu hamil secara berlebihan boleh menyebabkan keguguran.
  6. Boleh menyebabkan terhasilnya asid yang tidak diperlukan oleh tubuh badan.
  7. Mengganggu proses pencernaan.
  8. Mengganggu penyerapan suplemen.
  9. Ibu menyusu tidak digalakkan minum minuman berkafein kerana boleh menyebabkan susu merudum tapi tiada kajian boleh dibuktikan setakat ini.

 

Cara untuk kekal bertenaga, tanpa pengambilan kafein berlebihan

Walaupun minuman berkafein ini mempunyai manfaatnya yang tersendiri, akan tetapi lebih banyak kesan negatifnya sekiranya kita mengambil secara berlebihan. Apabila sudah diambil secara berlebihan, makin susah pula kita nak berhenti daripada mengambil kafein.

Jadi, sekarang Mia nak kongsikan salah satu cara untuk kekal bertenaga, tanpa rasa mengantuk dan letih setiap hari walaupun kita tidak mengambil sebarang minuman berkafein. Terlebih dahulu kita kena faham cara badan kita berfungsi.

Secara analoginya, badan kita ni boleh diumpamakan sebagai bateri. Apabila dah guna terlalu lama bateri tersebut, pastinya akan habis kuasanya kan. Sama juga dengan badan kita. Semakin kita meningkat usia, badan kita sudah kurang bertenaga, sebab tu kita lebih mudah rasa megantuk dan cepat letih.

Di dalam badan kita terdapat sel-sel yang membekalkan tenaga kepada tisu dan organ dalam badan kita. Dan di dalam sel tersebut terdapat mitokondria iaitu pusat jana tenaga. Akan tetapi, untuk membolehkan mitokondria tersebut menghasilkan tenaga, ia memerlukan nutrien yang dipanggil sebagai koenzim Q10 atau singkatannya adalah CoQ10.

 

Coenzyme Q10
Sumber

 

Walaupun CoQ10 ini dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita, akan tetapi semakin usia kita meningkat, penghasilan CoQ10 ini akan berkurang. Jadi, tenaga yang dihasilkan oleh mitokondria tersebut semakin berkurang. Daripada pemakanan seharian kita sendiri pon belum tentu boleh dapat CoQ10 yang mencukupi untuk menghasilkan tenaga yang banyak.

Jadi, kita perlu mengambil CoQ10 ini dari sumber luar, iaitu melalui makanan tambahan. Apabila kita mengambil CoQ10 yang mencukupi, makin banyak tenaga boleh dihasilkan di dalam mitokondria dan secara tak langsung, badan kita akan lebih bertenaga dan dalam masa yang sama masalah mengantuk dan letih akan selesai.

Untuk tahu lebih lanjut tentang CoQ10, boleh rujuk entri CoQ10 ini.

Apabila kita faham tentang cara kita berkerja, lagi senang untuk kita selesaikan masalah mengantuk dan letih ni. Tak semestinya dengan hanya mengambil kafein, tapi kita ada cara yang lebih mudah dan menyihatkan supaya kita kekal bertenaga. Jadi, dah tiba masanya untuk kita dapatkan CoQ10 untuk badan kita. Jangan biarkan badan kita sentiasa penat dan tidak bermaya.

Sekiranya anda mempunyai persoalan atau ingin berkongsi tentang masalah mengantuk dan letih anda, boleh segera whatsapp Mia seperti maklumat dibawah yea. Mia sedia membantu untuk menyelesaikan masalah mengantuk dan letih anda.

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia
———————————————————————————

10 thoughts on “Mampukah Kafein Hilangkan Mengantuk Dan Letih?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge