Produk Review

Majlis Upacara Perasmian Cawangan Terbaru MBH Medispa Sungai Petani

Baru-baru ni berlangsungnya pembukaan cawangan MBH Medispa yang terbaru di Sungai Petani, Kedah pada 1 April 2017. Dan kami dari Blogger Utara dipanggil bersama untuk turut serta dalam menjayakan majlis perasmian cawangan terbaru MBH Medispa Sungai Petani ini. 

Meriah sangat majlis perasmian MBH Medispa Sungai Petani ni, siap ada artis lagi tau. Siapa artis tu? 

Ok, kena baca sampai habis yea. hihi…

Sebelum tu Mia nak terangkan skit tentang MBH Medispa ni.

MBH Medispa Sungai Petani
Mia bersama pengasas MBH Medispa, Pn Yaya Mohamad

MBH Medispa

MBH Medispa atau dahulunya dikenali sebagai Maya Beauty House Medispa merupakan sebuah syarikat perniagaan didalam bidang rawatan kecantikan dan kesihatan yang telah bermula sejak tahun 2009 lagi. Puan Yaya Mohamad merupakan pengasas MBH Medispa ini. Dahulunya adalah seorang jurutera dan kini telah mengorak langkah kedalam bidang kecantikan kerana minatnya yang mendalam dalam bidang ini. 

MBH Medispa sungai petani

 

Perkhidmatan yang disediakan fokus kepada aspek rawatan kecantikan wajah dengan sedikit tambahan elemen moden dan tradisional. Terdapat pelbagai rawatan yang disediakan oleh pihak pengurusan MBH Medispa di pusat kecantikan ini seperti rawatan Micro needle Dermapen untuk parut, rawatan Clinical Acne untuk jerawat, Oleous skin treatment untuk kulit yang berminyak, Stem Cell Anti-aging untuk rawatan anti-penuaan dan pelbagai lagi rawatan yang lain. 

Antara keunikan yang terdapat di pusat rawatan kecantikan MBH Medispa ini adalah, mereka menggunakan produk organik buatan sendiri yang dijamin halal, selamat kerana telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

 

Majlis Upacara Perasmian Cawangan Terbaru MBH Medispa Sungai Petani

Pada hari tersebut, sejak dari jam 9 pagi lagi telah ramai yang membanjiri MBH Medispa untuk mendapatkan pelbagai tawaran yang telah disediakan. Yang menariknya, pelanggan boleh membuat analisis kulit muka secara percuma. Dan sebanyak 90% potongan diberikan kepada mereka yang ingin mendapatkan rawatan pada hari tersebut. 
MBH Medispa sungai petani
Tetamu yang memeriahkan majlis
MBH Medispa sungai petani
Tetamu yang hadir


Upacara perasmian cawangan terbaru MBH Medispa di Bandar Amanjaya, Sungai Petani ini telah dirasmikan oleh pelakon terkenal iaitu Lisdawati Nazarudin. Majlis ini juga turut menjemput Qody (Naib Juara Mentor) sebagai juruacara majlis dan Fareez (Juara Mentor) untuk membuat persembahan pada majlis tersebut.

Majlis perasmian MBH Medispa ini bermula pada jam 2 petang, dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengasas MBH Medispa iaitu Puan Yaya Mohammad, sedikit ucapan daripada pelakon terkenal Lisdawati Nazarudin dan seterusnya upacara pemotongan kek, serta persembahan daripada artis. 

MBH Medispa sungai petani
Ucapan alu-aluan dari Pn Lisdawati

 

MBH Medispa sungai petani
Barisan VIP dan Warga MBH Medispa

 

MBH Medispa sungai petani
Acara potong kek

 

MBH Medispa sungai petani
MBH Medispa dirasmikan oleh pelakon terkenal Pn. Lisdawati

 

MBH Medispa sungai petani

 

MBH Medispa sungai petani
Pn Yaya Mohamad, Lisdawati, dan Duta MBH Medispa, Afiq (kanan sekali)

Untuk pengetahuan semua, MBH Medispa di Sungai Petani ni adalah cawangan MBH Medispa yang ke 11. Dan 10 lagi cawangan MBH Medispa ini berada di:

  • Ampang – Galaxy Ampang Shopping Centre
  • Bangi – Taman Putra Kajang
  • Cheras – Bandar Sri Permaisuri
  • Johor Bharu – UDA Business Centre
  • Kota Damansara – The Strand Damansara
  • Melaka – Koya Fesyen MITC
  • Negeri Sembilan – Pusat Bandar Senawang
  • Shah Alam – Alam Avenue 2
  • Wangsa Maju – Taman Seri Rampai
  • Ipoh – Meru Bestari
Haa, kalau ada cawangan berhampiran anda tu, boleh la buat appointment untuk dapatkan konsultansi dari mereka. Dan, berita gembira kepada warga penang, sebab cawangan seterusnya akan dibuka di Bertam, Pulau Pinang. Makin maju tau MBH Medispa ni. Makin banyak cawangan yang dibuka. 
 
Semoga MBH Medispa bertambah maju dikemudian hari

MBH Medispa sungai petani
Sebelum balik, kita wefie dulu dengan Qody dan Fareez
Ok, sampai disini dulu cerita tentang majlis pembukaan perasmian cawangan terbaru MBH Medispa ni. Majlis yang sangat meriah dengan pelbagai aktiviti menarik. Nanti Mia akan ceritakan tentang pula lebih detail tentang rawatan yang boleh dibuat di MBH MediSpa ini yea. 

Lokasi MBH Medispa Cawangan Sungai Petani Kedah

Sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan atau khidmat nasihat dari MBH Medispa Sungai Petani, Kedah boleh terus ke Cawangan Sungai Petani lokasi adalah seperti di bawah
 
 
19, Jalan Cempaka 1, 
Bandar Amanjaya, 
08000 Sungai Petani, 
Kedah
 
018-299 9039
 
Untuk lebih maklumat lanjut mengenai MBH Medispa sila layari laman sesawang beserta media sosial MBH Medispa seperti di bawah :
       Blog: www.mbhmedispa.com
Facebook:MBH Medispa 
Instagram: mbh_medispa
-MiaZain-

0 thoughts on “Majlis Upacara Perasmian Cawangan Terbaru MBH Medispa Sungai Petani

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge