Info Shaklee · Landmark Study Shaklee · Produk Shaklee

Landmark Study: Bukti Vitamin Selamat untuk Diamalkan

Banyak pilihan vitamin yang terdapat di pasaran tu kan. Tetapi susah kita nak tahu vitamin mana yang terbaik untuk diamalkan. Kita perlu kenalpasti vitamin selamat untuk diamalkan supaya vitamin yang diambil tidak memudaratkan lagi kesihatan kita.

Kita ambil vitamin untuk kekal sihat kan, tetapi kalau tersalah pilih vitamin, ia boleh merosakkan organ dalam badan kita pula. Jadi bagaimana untuk pilih vitamin selamat untuk diamalkan?

vitamin selamat untuk diamalkan

Untuk mengetahui sesuatu jenama vitamin selamat diamalkan atau tidak, kita tidak boleh mengujinya terhadap binatang. Untuk mengetahui kesan jangka masa panjang sesuatu vitamin tersebut, kita perlu mengujinya keatas manusia.

Jadi, inilah yang dinamakan sebagai Landmark study, dimana kajian ini dijalankan keatas manusia yang mengambil vitamin ini dalam jangka masa yang panjang. Kajian ini akan membuktikan kesan jangka masa panjang terhadap sesuatu vitamin tersebut untuk memastikan vitamin itu selamat diambil atau tidak.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai landmark study ni, teruskan pembacaan anda.

 

Apa itu LANDMARK STUDY?

Landmark Study adalah kajian yang dibuat untuk mengkaji manfaat dan risiko pengambilan pelbagai suplemen dalam tempoh waktu yang panjang. Jadi, untuk mengetahui sesuatu vitamin itu selamat diamalkan dalam jangka masa yang panjang, landmark study dijalankan keatas vitamin tersebut.

Kajian ini dijalankan oleh pihak ketiga, bukan pihak pengeluar vitamin. Jadi, keputusan yang kita dapat pastinya tiada unsur penipuan.

Landmark study dalam bidang vitamin ini memang penting untuk dijalankan kerana kita tahu sesuatu penyakit itu bukan kita boleh dapat dalam masa 2,3 hari kan. Tetapi sesuatu penyakit tu boleh terjadi dalam masa berpuluh-puluh tahun.

Selain itu, landmark study ini sangat bagus dijalankan kerana sesuatu penyakit itu bergantung kepada cara hidup dan gaya pemakanan kita. Jadi, dengan adanya kajian landmark study ni dalam jangka masa panjang, boleh buktikan vitamin memberi kesan yang buruk atau tidak sekiranya diamalkan pada jangka masa panjang.

Jadi, pastikan vitamin atau makanan tambahan yang anda amalkan itu mempunyai landmark study supaya kita tahu vitamin tersebut selamat diamalkan.

 

Landmark Study Vitamin Shaklee

Shaklee salah satu company yang menjalankan landmark study keatas produk mereka. Kajian ini dijalankan oleh pihak ketiga dimana mereka tiada kena mengena pun dengan shaklee. Syarikat Shaklee mengambil risiko untuk buat Landmark Study ini terhadap suplemen mereka untuk buktikan keberkesanan produk shaklee ni.

Apa yang menariknya, walaupun CEO Shaklee corporation, Mr Roger Bernett ni tahu risiko buat landmark study ni (sebab belum tahu keputusannya samada baik atau buruk), tapi dia tetap juga buat sebab dia memang yakin produknya adalah yang paling bagus.  Dan melalui landmark study ini la dapat membuktikan produk shaklee ni memang bagus.

Sebabnya bukan calang-calang saintis yang menjalankan kajian ini, pastinya yang terbaik dalam lapangan nutrisi. Landmark Study ini telah dijalankan oleh top saintis di UC Berkeley, Dr Gladys Block. Dr. Block telah mengusulkan kepada Shaklee untuk menjalankan kajian bagi menguji keberkesanan dan keselamatan pengambilan suplemen secara menyeluruh bagi tempoh waktu yang panjang.

Walaupun keputusan buruk pun, keputusannya tetap akan disiarkan. Tidak banyak syarikat yang membenarkan pihak ketiga untuk menjalankan kajian ke atas produk mereka kerana ia boleh memberi impak kepada syarikat sekiranya hasil dari kajian menunjukkan produk mereka tidak berkesan, berbeza dengan Shaklee yang yakin dengan keberkesanan produknya.

 

Cara Landmark Study Dijalankan

Landmark Study ni dijalankan kepada 3 golongan, iaitu:

  1. golongan yang tak ambil suplemen
  2. golongan yang ambil suplemen jenama lain
  3. golongan yang ambil suplemen Shaklee

Melalui reka bentuk kajian keratan rentas, maklumat diperoleh melalui soal selidik dalam talian dan pemeriksaan fizikal (paras darah ketika berpuasa, tekanan darah dan berat badan)  melalui sampel mudah dapat daripada pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen pemakanan Shaklee Corporation untuk jangka panjang (pengguna Berbilang Suplemen, n=278).

Data untuk bukan pengguna (Tiada Suplemen, n=602) dan pengguna suplemen multivitamin/mineral (pengguna Suplemen Tunggal, n=176) diperoleh daripada Tinjauan Pemeriksaan Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan (National Health and Nutrition Examination Survey, NHANES) 2001-2002 dan NHANES III 1988-1994.

Kaedah regresi logistik digunakan untuk menganggarkan nisbah ganjil dengan selang keyakinan 95%.

 

Keputusan Landmark Study Shaklee

Suplemen makanan yang diambil setiap hari oleh lebih daripada 50% pengguna Berbilang Suplemen merangkumi multivitamin/mineral, B-kompleks, vitamin C, karotenoid, vitamin E, kalsium dan vitamin D, asid lemak omega-3, flavonoid, lesitin, alfalfa, koenzim Q10 dengan resveratrol, glukosamina, dan suplemen herba untuk rangsangan imun.

Kebanyakan wanita juga mengambil asid gamma linolenik dan suplemen probiotik, manakala kaum lelaki pula dilihat kerap mengambil zink, bawang putih, saw palmetto dan suplemen protein soya.

Kepekatan nutrien di dalam serum secara amnya meningkat dengan penambahan suplemen. Selepas pelarasan umur, jantina, pendapatan, pendidikan dan indeks jisim tubuh, penggunaan suplemen yang banyak telah dikaitkan dengan bacaan yang lebih baik untuk serum homosisteina, protein C-reaktif, kolesterol lipoprotein berketumpatan tinggi dan trigliserida, serta pengurangan risiko tekanan darah tinggi dan diabetes.

 

Secara ringkasnya, dalam gambar tu menunjukkan produk shaklee ni bagus untuk meningkatkan kesihatan dan dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Pastikan anda mengambil vitamin yang selamat diamalkan

Penting sebenarnya sekiranya sesebuah syarikat yang menjual makanan tambahan atau suplemen untuk menjalankan landmark study ni.

Cuba cek suplemen yang korang makan, ada buat landmark study tak? Landmark study dari shaklee ni bukan dibuat oleh pihak shaklee sendiri, tapi dari pihak ketiga, yang takde kena mengena pun dengan shaklee. Dan result kajian ni dah diterbitkan dalam Nutrition Journal 2007.

Kita ambil suplemen untuk lebih sihat, jadi kena la cari suplemen yang membuktikan suplemen tu selamat & berkesan.

Jadi kami sebagai pengedar, bukan suka hati mengatakan produk ini berkesan tetapi ianya telah dibuktikan berkesan!

Nak dapatkan suplemen/vitamin yang SELAMAT dan TERBUKTI BERKESAN?
Boleh whatsapp/sms MiaZain di 012.928.3726. Atau terus tekan ikon dibawah untu whatsapp Mia

Pastikan anda mengambil vitamin atau makanan kesihatan yang betul-betul selamat diamalkan. Kajian yang setahun dua belum tentu lagi menjamin bahawa vitamin atau makanan tambahan tersebut selamat diamalkan.

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

PENAFIAN | Kenyataan dihalaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food And Drug Adminstration)
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit

———————————————————————————

One thought on “Landmark Study: Bukti Vitamin Selamat untuk Diamalkan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge