Kencing Manis · Vivix

Ketahui peringkat-peringkat kencing manis supaya dapat elak kaki dipotong

Semua sedia maklumkan bahawa masalah kencing manis ni boleh menyebabkan kaki kita dipotong sekiranya penyakit kencing manis ini tidak dikawal dengan betul. Jadi hari ni MiaZain nak kongsikan peringkat-peringkat kencing manis supaya kita dapat elak daripada kaki dipotong.

Masalah kencing manis dah menjadi perkara biasa dah bagi orang Malaysia ni. Dah macam tak kisah pun kalau ada kencing manis ni sebab ramai yang mengidapnya. Sehinggakan sekarang ni kanak-kanak pun dah ada yang mempunyai masalah kencing manis ni. Walaupun semuanya dah tahu simptom-simptom kencing manis ni, tapi ramai yang tidak ambik kisah, sehinggalah dah jadi makin teruk, barulah nak menyesal.

Jadi sangat penting untuk kita ketahui peringkat-peringkat kencing manis ini supaya kita dapat elak daripada kaki kita dipotong. Sebelum masalah kencing manis ini akan memudaratkan kita, kita perlu kawal sebelum terlambat.

Sebelum tu kita kenali dulu apa itu kencing manis.

Apa itu Kencing manis?

Kencing manis adalah satu keadaan dimana paras gula dalam darah (glukosa) yang melebihi nilai normal. Keadaan ini disebabkan oleh kekurangan insulin di dalam darah atau insulin yang ada tidak berkesan.

Insulin adalah hormon yang dihasilkan di pankreas dan dirembeskan ke dalam aliran darah. Insulin akan mengangkut gula keluar dari salur darah ke sel-sel badan. Apabila insulin tidak aktif, ia akan menyebabkan kandungan gula sentiasa berada dalam salur darah sahaja.

Kadang-kadang, kita tak tahu pun yang diri kita ni ada masalah kencing manis. Jadi, untuk mengelakkan dari kaki kita dipotong disebabkan oleh kencing manis ni, kita perlu ketahui peringkat-peringkat kencing manis ni supaya kita tak terlambat tahu yang kita ni ada kencing manis.

 

Peringkat-peringkat kencing manis supaya dapat elak kaki dipotong

Peringkat pertama: Darah Menjadi Pekat dan Gelap

  • Disebabkan paras gula dalam darah bertambah, dan insulin tidak dapat dihasilkan untuk memproses gula tersebut menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan pekat. Keadaan ini mengakibatkan perjalanan darah menjadi tidak lancar.

Peringkat ke-2: Kerap Rasa Panas dan Dahaga

  • Disebabkan kepekatan gula semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan menyebabkan air ‘diserap’ keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel akan menghantar signal dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air untuk menstabilkan keaadan fungsi badan.

Peringkat Ke-3: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk

  • Apabila darah dah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan, kandungan oksigen & nutrien yang dibawa dalam darah keseluruh organ badan berkurang. Jadi, otak tidak menerima bekalan oksigen yang mencukupi dan menyebabkan kita rasa penat & mengantuk.

Peringkat Ke-4: Tompok atau Bintik Mula Muncul Pada Kulit, Rasa Gatal atau Kebas-kebas

  • Sel badan kita memerlukan tenaga untuk berfungsi. Tetapi, apabila gula tidak dapat ditukarkan kepada glukosa (sumber tenaga), tenaga tidak dapat dihasilkan dan  menyebabkan aktiviti sel-sel badan mula merosot.
  • Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok.

Peringkat Ke-5: Bahagian Kulit, khasnya pada Kaki Mula Mati dan Menjadi Hitam dan Gelap.

  • Pengerasan darah pada tompok-tompok tadi menyekat bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel kulit. Sel-sel kulit akan mula mati dan keadaan akan bertambah semakin cepat.

Peringkat Ke-6: Gangrene Bernanah Mula Muncul di Hujung Jari Kaki

  • Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai dekat sana sudah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, keadaan ini akan mempercepatkan pertumbuhan bakteria.
  • Ini adalah kerana sel darah putih yang bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke tempat yang dijangkiti. Bakteria akan merebak dalam masa sangat singkat dan keadaan menjadi semakin teruk.

Peringkat Ke-7: Jakitan Gangrene Merebak, Bakteria Sudah Makan Daging Sampai Tulang Terdedah!

  • Jangkitan bakteria yang tidak terkawal akan menyebabkan doktor terpaksa memotong kawasan yang telah terkena jangkitan tersebut. Mula-mula potong tapak kaki je dulu. Tapi, Kalau jangkitan masih merebak naik, potong betis, kemudian paha… Scary sangat…

Peringkat Ke-8: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur

  • Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus. Jadi, bila pengaliran darah (yang pekat) terjejas, sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau boleh juga menyebabkan buta.

Peringkat Ke-9: Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder.

  • Buah pinggang menjadi semaking lemah kerana beban yang semakin bertambah untuk memproses darah yang mengandungi banyak toksin. Bukan sahaja ia perlu menanggung penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sisa kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang kita makan itu. Daripada masalah ini akan menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

Nampak tak, permulaannya disebabkan benda yang kecik je, akhirnya banyak kesan buruk yang boleh berlaku. Mulanya hanya disebabkan oleh kekurangan insulin je yang tak boleh nak proses gula dalam darah, tapi akibatnya boleh menyebabkan kaki dipotong, buah pinggang bermasalah, masalah batu karang, darah tinggi dan macam-macam lagi.

Jadi, sebelum terlambat, sebelum kena potong kaki, sebelum buah pinggang bermasalah, sebelum kena penyakit-penyakit lain, lebih baik kita bertindak awal. Seperti yang kita tahu penyebab penyakit kencing manis ni disebabkan oleh masalah insulin yang tidak mencukupi. Jadi, bagaimana untuk kita mengatasi masalah ini?

Salah satu cara untuk membantu pesakit kencing manis ini supaya tak kena potong kaki ini adalah dengan membantu pankreas menghasilkan insulin secara semulajadi. Masalah ini dapat diselesaikan dengan bantuan resveratrol.

Resveratrol merupakan sejenis antioksidan yang kuat yang dapat membantu menurunkan bacaan gula dalam darah. Untuk maklumat lanjut tentang antioksidan ini, lanjutkan pembacaan anda ke artikel Bagaimana Resveratrol Bantu Turunkan Paras Gula Dalam Darah

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah #GreatLeaderTeam, #MummyPrenuer, #TeamMia

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

FB : Salmiah Md Zain

“Tingkatkan Kesihatan Untuk Jaminan Masa Depan”

“Bantu Orang Lain Untuk Membantu Diri Sendiri”

———————————————————————————

7 thoughts on “Ketahui peringkat-peringkat kencing manis supaya dapat elak kaki dipotong

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge