Vitamin Tambah Tenaga

Kempen Tingkat Tenaga: 5 Cara Mudah Elak Mengantuk Dan Letih Di Siang Hari

Sekarang kami dengan warga blogger lain sedang menjalankan satu kempen tingkat tenaga. Di dalam kempen tingkat tenaga ini banyak tips yang dikongsikan kepada kami, antaranya adalah cara untuk meningkatkan tenaga harian kita supaya kita dapat elakkan rasa mengantuk dan letih di siang hari. Kempen tingkatkan tenaga ini telah dianjurkan oleh blogger terkenal iaitu kak ollies.

Jadi, bersempena kempen tingkat tenaga ini, Mia nak kongsikan beberapa tips yang boleh dicuba sekiranya anda memang mempunyai masalah mengantuk dan letih ini.

cara elak mengantuk dan letih

Memang tidak dinafikan, tugas dan tanggungjawab harian kita membuatkan kita sering penat. Masalah ini akan membuatkan sering rasa mengantuk dan cepat letih kerana kurang rehat. Tak kiralah aktiviti seharian kita melibatkan fizikal atau mental, kedua-duanya membuatkan kita cepat rasa mengantuk dan letih.

Ramai yang setuju bahawa sekiranya kita mengantuk dan penat, kita hanya perlu tidur. Tetapi, tak mungkin kita boleh tidur di tempat kerja kan. Kadang-kadang apabila dah terlalu penat, fikiran kita bercelaru, makin susah untuk kita dapatkan waktu tidur yang berkualiti untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih tu kan.

Tips Elak Mengantuk Dan Letih Di Siang Hari

1. Lakukan Senaman Ringan

Semasa di tempat kerja, kita boleh membuat senaman regangan yang ringkas. Dengan hanya duduk di kerusi di tempat kerja juga kita boleh membuat senaman. Selain itu, kita boleh menggunakan tangga untuk naik atau turun ke aras bangunan yang berbeza untuk melakukan senaman.

Elak Mengantuk Dan Letih

 

2. Ambil air kosong yang mencukupi

Kurang air dalam badan juga boleh menyebabkan keletihan. Jadi, kita disarankan untuk mengambil air kosong sebanyak 2-3 liter sehari atau bersamaan dengan 8 gelas air sehari. Apabila badan kita kurang bendalir, akan menyebabkan darah kekurangan oksigen dan oksigen tidak dapat dihantar kepada organ yang memerlukan. Sebab tu kita akan rasa cepat mengantuk dan letih. Elakkan mengambil air ais kerana ia akan membuatkan kita lebih cepat dahaga.
Elak Mengantuk Dan Letih

 

3. Jangan tinggal sarapan

Sarapan sangat penting untuk membantu kita kekal cergas sepanjang hari. Selalu orang cakap “Breakfast like a King” kan. Hal ini kerana, kita memerlukan glukosa, karbohidrat untuk menjana tenaga di waktu pagi. Sekiranya bekalan nutrien berkurang dalam badan, kita akan lebih cepat rasa letih dan mudah mengantuk

Elak Mengantuk Dan Letih

 

4. Dapatkan snek yang berkhasiat untuk mengunyah

Mengunyah snek yang berkhasiat adalah makanan terbaik yang boleh diambil di antara waktu makan. Antara pilihan snek yang berkhasiat adalah makanan yang menggabungkan protein, sedikit lemak dan beberapa serat seperti mentega kacang, biskut gandum (cracker) atau yogurt dengan segenggam kacang. Dengan melakukan aktiviti mengunyah ini juga anda dapat menghilangkan rasa mengantuk dan letih.

Elak Mengantuk Dan Letih

 

5. Minum minuman berkafein

Ini adalah cara yang paling mudah. Ambil minuman yang mengandungi kafein kerana kafein dikatakan boleh membuatkan kita rasa lebih segar dan bertenaga. Apabila ambil secawan kafein, rasa mengantuk boleh hilang. Tapi, benar ke kenyataan tentang kafein ni? Nak tahu lebih lanjut, boleh baca maklumat penuh di Mampukah Kafein Menghilangkan Mengantuk Dan Letih?

Jadi, kepada anda yang mempunyai masalah mengantuk dan letih ini, boleh la mencuba mana-mana tips yang telah dikongsikan ini. Semoga tips-tips ini dapat membantu anda menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih proaktif tanpa perlu menghadapi masalah mengantuk dan letih lagi.

Kalau nak tahu, selain Mia, kawan Mia iaitu Armani juga turut serta dalam kempen tingkatkan tenaga ni tau. Nak tahu lebih banyak lagi tentang tips tingkatkan tenaga, boleh singgah laman sesawang Armani juga yea.

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia
———————————————————————————

0 thoughts on “Kempen Tingkat Tenaga: 5 Cara Mudah Elak Mengantuk Dan Letih Di Siang Hari

  1. Bersenam dan minum air kosong yg mencukupi tu mmg berkesan terutama dlm pukul 2 ke 3 petang.. mmg time mengantuk tu lepas lunch, kena pula masuk tempat aircond huh.. thanks sharing tips bermanfaat ini 🙂

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge