Set Kulit Cantik · Tips Berguna · Youth Skin Care

Kempen Kesedaran Kulit Cantik Tanpa Kimia Berbahaya

Sekarang sudah ramai yang buka minda untuk mendapatkan kulit yang cantik tanpa kimia berbahaya. Walaupun terdapat banyak produk untuk kulit cantik di pasaran, orang kita sekarang dah pandai untuk memilih produk yang dapat menjadikan kulit mereka cantik tanpa kimia berbahaya. Kerana rata-rata telah tahu bahawa produk kecantikkan yang mengandungi bahan kimia berbahaya ini akan merosakkan lagi kulit muka mereka.

Jadi, disebabkan masih terdapat banyak lambakan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya didalam produk kecantikkan, kempen kesedaran kulit cantik tanpa kimia berbahaya ini diteruskan. Ia adalah sebagai salah satu inisiatif untuk menyedarkan orang ramai tentang bahayanya penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya.

Cantik Tanpa Kimia

Kempen kesedaran kulit cantik tanpa kimia berbahaya ini telah dianjurkan oleh Pengedar Shaklee Malaysia dan disertai oleh beberapa blogger yang lain.

Bahan kimia berbahaya yang terdapat didalam produk kecantikan kulit
Sebagai pengguna yang bijak, kita harus tahu bahan apakah yang boleh merosakkan kulit muka kita. Jadi, disini MiaZain nak kongsikan beberapa jenis bahan kimia berbahaya yang biasa digunakan dalam produk penjagaan kulit muka.

Kebiasaannya produk yang menjanjikan kulit cerah seawal beberapa hari mengandungi bahan logam berat yang sangat beracun iaitu merkuri. Penggunaan produk yang mengandungi tinggi kandungan merkuri akan menyebabkan kulit kita mudah sensitif dan menjadi merah.

Akibat daripada itu, kulit akan mengeluarkan minyak yang berlebihan dan boleh menyebabkan masalah jerawat berlaku. Selain itu, kulit akan kelihatan kusam kerana kulit kita makin menipis. Yang lebih membimbangkan apabila merkuri ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan gangguan saraf pada organ lain kerana ia mudah menyerap masuk ke dalam saluran darah.

Bahan kimia lain yang biasanya terdapat didalam produk kulit cantik adalah hidrokinon. Walaupun bahan ini dapat mencerahkan kulit kita, akan tetapi ia juga bertindak untuk menghalang pengeluaran melanin pada kulit dan menjadikan kulit kita semakin menipis. Pendedahan kepada cahaya matahari yang berlebihan akan menyebabkan kulit kita menjadi merah dan pedih. Selain itu, hidrokinon ini juga akan menyebabkan sakit kepala, sukar bernafas, mual dan muntah sekiranya ia masuk ke dalam saluran darah kita.

Selain itu, terdapat banyak lagi bahan kimia merbahaya yang terdapat didalam produk penjagaan kulit muka, antaranya adalah:

  • Paraben
  • Formaldehyde
  • Phenoxyethanol methlchloroisothiazolinone
  • Phthalates
  • Synthetic colors
  • Quaternium-15
  • Sodium lauryl/laureth sulfate
  • Imidazolidinyl urea
  • Glycols
Sumber: American Academy of Dermatology
 
Sumber

Tanda-tanda produk kulit cantik mengandungi bahan kimia berbahaya
Seperti yang kita tahu, produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya ini akan merosakkan kulit muka kita apabila kita berhenti memakai produk tersebut. Jadi, sebelum ia merosakkan kulit muka kita, anda perlu mengetahui tanda-tanda produk tersebut mengandungi bahan kimia berbahaya.

Salah satu cara yang paling mudah adalah dengan melihat label kandungan pada produk tersebut, akan tetapi kadang-kadang pengeluar tidak menulisnya dengan terperinci. Jadi, sekiranya terdapat tanda-tanda ini pada produk anda, MiaZain nasihatkan supaya anda berhenti memakai produk tersebut. Antara tanda-tandanya adalah:

  • Warna kulit asal bertukar menjadi cerah dalam masa yang singkat. Ini menandakan produk tersebut mengandungi bahan merkuri yang sangat tinggi. 
  • Pori-pori mengecil dan halus dalam masa yang singkat
  • Dalam tempoh seminggu penggunaan produk, kulit muka mengelupas dengan teruk
  • Terasa gatal atau panas apabila produk tersebut disapu pada bahagian tangan/lengan
  • Bersifat melekit apabila dipakai
  • Bau produk tersebut sangat kuat dan menyengat

Jadi, perhatikan perubahan pada kulit muka anda dalam tempoh seminggu awal penggunaan produk kulit cantik ini. Sekiranya terdapat tanda-tanda ini, periksa semula kandungan yang terdapat dalam produk ini.

Cara dapatkan kulit cantik tanpa kimia berbahaya
Terdapat banyak cara untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat tanpa kita menggunakan produk kulit cantik yang mengandungi bahan kimia berbahaya tersebut. Salah satunya adalah dengan menggunakan produk-produk alami yang ternyata dapat mencantikkan kulit kita berdasarkan pengalaman orang dulu-dulu.

Contohnya, kita boleh menggunakan bahan yang terdapat disekitar rumah kita sahaja, seperti buah lemon, kulit kayu manis, ais dan sebagainya. Sebelum ni MiaZain dah kongsikan

Petua Mencantikkan Kulit Muka Dengan Hanya Menggunakan Bahan Yang Ada Di Rumah

Semoga dengan perkongsian ini, dapat membantu anda memilih produk yang selamat digunakan supaya kulit kita kelihatan lebih sihat dan cantik tanpa memberikan kesan sampingan yang buruk.

 
 

 

——————————————————————————-
 
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda
 
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :
 
✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]
 
Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif 
☑️ Konsultasi percuma berterusan 
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp
 
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia
 

 

———————————————————————————

0 thoughts on “Kempen Kesedaran Kulit Cantik Tanpa Kimia Berbahaya

Tinggalkan komen anda di sini: