Food Review

Hidangan Makan Malam Mudah Menggunakan Cheezy Fish Fillet dari Pacific West

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Dah penghujung tahun ni, pasti ramai ahli keluarga yang duduk berkumpul menghabiskan masa cuti bersama kan. Hujung tahun ni juga la ramai yang menghabiskan cuti tahunan untuk bersama anak-anak dirumah. Yang peningnya adalah golongan mak-mak yang dah ketandusan idea untuk masak apa. Haa, inilah yang buatkan mak-mak pening kepala tau. Nak masak menu yang sama mesti anak-anak dah jemu kan. 

Macam kami sekeluarga ni pon selalu juga tak tahu nak makan apa, terutama bila waktu makan malam. Jenis suami yang tak suka makan nasi pada waktu makan malam, terpaksalah si isteri ni memikirkan menu yang berbeza setiap malam. Jadi, kepada sesiapa yang dah ketandusan idea untuk memasak dan mengalami masalah yang sama macam Mia ni, Mia nak cadangkan hidangan yang mudah dilakukan untuk makan malam. Yang penting sedap, mudah dan ringkas.

Hidangan Makan Malam Mudah Menggunakan Cheezy Fish Fillet dari Pacific West 

Dengan menggunakan fillet ikan dari Pacific West ni pelbagai hidangan kita boleh buat. Ini adalah dua hidangan yang baru sempat Mia cuba. Antaranya adalah Fish & Chips dan Burger Fillet Ikan. Hidangan ni nampak macam yang dihidangkan di restoren-restoren tu kan. Tapi sebenarnya ianya boleh dilakukan di rumah dengan kos yang lebih jimat dan sedap. Dengan hanya menggunakan Fish Fillet dari Pacific West ni je kita dah mampu hidangankan makanan yang tampak mewah untuk seisi keluarga. Haa, kan best tu. 

cadangan hidangan makan malam
Fish & Chips ni walaupun ianya nampak ringkas, tapi terasa kemewahannya tu macam makan direstoren yang ternama tau. hihi.

cadangan hidangan makan malam
Burger Fillet Ikan – nampak lain dari yang lain kan. Selalunya kita asyik makan burger ayam dan daging je. Jadi, kita tukar sikit dengan isi ikan pula. Dah tak perlu letak cheese lagi dalam burger ni sebab dah ada cheese dalam fillet ikan ni. Memang mudah dan sedap!!!


Fish Fillet dari Pacific West ni lain sikit dari yang lain tau. Kat dalam fillet ikan ni ada cheese. Nampak tak dalam fillet ikan dalam gambar burger tu, ada cheese warna kuning tu. Haa, meleleh keluar je cheese tu tau. Isi ikan yang berwarna putih tu dihiasi dengan campuran keju premium Mozzarella dan Nacho kemudian disaluti dengan serbuk roti Jepun yang sangat rangup apabila digoreng. Jadi, bila makan fillet ikan ni takde la rasa plain sangat kan. Dan rasa cheese tu buatkan rasa ikan tu lagi sedap. 

fish fillets pacific west


Sebenarnya Cheezy Fish Fillet ni adalah produk terbaru yang dikeluarkan oleh Pacific West. Memang gabungan yang terbaik antara fillet ikan dengan cheese ni tau. Sebab cheese tu menaikkan lagi rasa ikan tu. Kalau makan fillet ikan sahaja tentunya rasa jemu kan. Dan salutan fillet ikan ni juga buatkan fillet ikan tu bertambah rangup. Bak kata orang rangup diluar dan lembut didalam. hihi

Produk Pacific West ni bukan je ada Cheezy Fish Fillets ni, tapi ada bermacam-macam lagi produk yang ada berasaskan makanan laut. Antaranya adalah Tempura Fish Fillets, Oven Baked Fish Fillets, Spicy Garlic Calamari Ring dan banyak lagi. Setakat ni Mia baru cuba dua produk iaitu Cheezy Fish Fillets dan Spicy Garlic Calamari Ring tu. Memang rasa kedua-dua produk tu tak menghampakan Mia. Terutama Calamari Ring tu, kalau makan dengan nasi putih sahaja pon sedap. 

Memang lepas ni, kena ada stok produk Pacific West ni dalam peti ais tau. Sebab senang nak sediakan, dan tentunya enak. Kadang-kadang kita kurang mengambil makanan laut seperti ikan ni kan. Jadi, produk Pacific West ni dah sediakan makanan laut yang berkhasiat dan senang disediakan. Macam-macam hidangan lain lagi yang kita boleh buat dengan produk Pacific West ni tau. Produk yang berkhasiat tentunya terbaik untuk keluarga kita. 

BELI & MENANG PERCUTIAN KE PERTH ATAU BALI!!!

Dan lagi satu perkara yang menggembirakan adalah, dengan hanya membuat pembelian satu produk Cheezy Fish Fillets ini atau satu produk Pacific West yang lain, anda semua berpeluang untuk memenangi sebuah percutian untuk 2 orang selama 4 hari 3 malam ke Perth atau Bali!!!

win your dream holiday


Wah, sangat seronok kan.

Sempena dengan pelancaran produk terbaru Pacific West, iaitu Cheezy Fish Fillets ini, mereka telah membuka peluang kepada kita semua untuk menyertai pertandingan ‘Win Your Dream Holiday’. Peraduan ini berlangsung dari 15 November 2017 sehingga 15 Januari 2018. Percutian idaman anda untuk ke Perth dan Bali selama 4 hari 3 malam untuk 2 orang bakal menjadi milik anda semua sekiranya memenangi pertandingan ini dengan hanya membuat satu pembelian mana-mana produk Pacific West ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini dan untuk menyertainya anda boleh klik pada link dibawah:


Untuk keterangan lanjut mengenai produk dan peraduan, boleh kunjungi laman web dan facebook Pacific West:

Official website: www.pacificwestfoods.com

0 thoughts on “Hidangan Makan Malam Mudah Menggunakan Cheezy Fish Fillet dari Pacific West

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge