Vitamin C

Harga Vitamin C Shaklee Lebih Murah Dari Vitamin C Jenama Lain

Rata-rata yang tanya Mia harga Vitamin C Shaklee ni mesti cakap mahal. Belum pun Mia terangkan keistimewaan Vitamin C ni, dah cakap harga vitamin C mahal kan. hihi. Kalau korang tahu keistimewaan Vitamin C Shaklee ni dan korang bandingkan dengan harga vitamin C yang ada di pasaran, mesti korang akan beli vitamin C jenama Shaklee ni.

Tak percaya? Baca omelan Mia ni sampai habis tau, baru korang boleh buat keputusan yea…

 

Kenapa kita perlu ambil Vitamin C?

Penting sangat ke ambil Vitamin C ni?

Bagi Mia memang sangat perlu. Selalu orang ambil untuk mencantikkan kulit. Tapi sebenarnya vitamin C ni lebih dari kecantikan sebab ia juga bagus untuk kesihatan. Disebabkan badan kita tak boleh hasilkan sendiri vitamin C ni, jadi bagi Mia, semua orang memang wajib untuk ambil vitamin C setiap hari.

Lain lah kalau kita ni adalah haiwan, kerana mereka boleh menghasilkan vitamin C dengan sendirinya. Lagi satu, vitamin C ni adalah sejenis vitamin yang larut air. Jadi, vitamin C yang tidak diserap oleh badan tu akan disingkirkan melalui urin kita. Jadi, memang patut ambil vitamin C ni setiap hari supaya badan kita mendapat cukup bekalan vitamin C setiap hari.

 

Faktor yang menyebabkan Vitamin C berkurang dalam badan

Selain itu sifat vitamin C yang senang hilang/menyusut memerlukan kita mengambil Vitamin C setiap hari. Contohnya, seorang perokok akan kehilangan 50-100 mg vitamin C selepas menghisap sebatang rokok. Katakan lah dia menghisap 3-4 batang rokok sehari, makin banyak vitamin C yang dilupuskan.

Selain itu perasaan resah dan stress juga akan mempercepatkan penyusutan vitamin C. Jadi, kena setiasa gembira je yea kalau tak nak vitamin C tu hilang dengan cepat. Penggunaan pil penahan sakit dan kontraseptif juga akan menyusutkan vitamin C dengan banyak.

Kekurangan zat Vitamin C boleh nampak apabila gusi kita selalu berdarah, kulit muka semakin berkedut, kulit selalu lebam, luka lambat pulih, kulit kering, kulit kasar dan selalu sangat jatuh sakit. Itulah tanda-tanda kita kekurangan Vitamin C. Kalau ada tanda-tanda ni pada korang, cuba amalkan vitamin C.

Ada yang kata, kita boleh dapat vitamin C daripada buah-buahan dan sayur-sayuran je! Betul tu. Memang dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ada vitamin C. Tetapi dalam satu hidangan buah-buahan contohnya, cuma membekalkan 50-60 mg vitamin C sahaja, sedangkan badan kita memerlukan lebih dari itu setiap hari.

Tambahan pula, buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu masak ranum. Tapi, selalunya buah-buahan yang kita makan selalunya dipetik awal dan diperam terlebih dahulu. Jadi, kandungan vitamin C cuma ada sedikit dalam buah yang tidak ranum.

Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. Jadi, kalau kita makan buah tu, tinggal berapa je vitamin C yang kita dapat dalam buah tu. Sebab tu kita kena tambah vitamin C dari makanan tambahan.

 

Keistimewaan Vitamin C Shaklee berbanding Vitamin C jenama lain

Terdapat beberapa perbezaan antara vitamin C Shaklee dengan vitamin C jenama lain. Dan ini menjadikan Vitamin C Shaklee sangat unik.

  1. Vitamin C Shaklee didatangkan dengan sistem ‘sustained release’. Iaitu dimana vitamin C ini dilepaskan ke dalam badan secara perlahan-lahan untuk memastikan supaya vitamin C ini sentiasa berada didalam badan kita. Ini kerana badan kita cuma boleh menyerap vitamin C sebanyak 100-300 mg vitamin C sahaja dalam satu-satu masa. Yang berlebihan itu akan disingkirkan melalui urin kita.Jadi, vitamin C shaklee ini yang setiap satu tabletnya mengandungi 500 mg vitamin C akan melepaskan 100 mg vitamin C dalam setiap jam. Jadi, tiada istilah pembaziran disini kerana semua vitamin C tersebut akan diserap oleh badan.
  2. Vitamin C Shaklee mengandungi bioflavanoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik. Didalam vitamin C ini terdapat 120 mg bioflavanoid yang berfungsi untuk:
    • meningkatkan penyerapan vitamin C dalam badan
    • bertindak sebagai anti radang, anti kanser, anti alergi dan anti virus
    • dapat mengelakkan salur darah daripada bocor, meningkatkan fungsi vitamin C dan mengelakkan vitamin C daripada cepat teroksida
  3. Vitamin C shaklee dihasilkan dari sumber semulajadi iaitu daripada ekstrak jagung. Sesetengah orang yang mempunyai gastrik yang teruk risau nak ambil vitamin C kan, sebab takut kandungan asid tinggi. Tetapi, vitamin C shaklee selamat diambil oleh orang yang ada gastrik kerana ia bukan dihasilkan dari buah-buahan citrus.

Inilah keistimewaan Vitamin C Shaklee yang tiada pada vitamin C jenama lain dipasaran. Yang penting, kita tidak membazir kerana vitamin ini mempunyai sistem ‘sustained release’. Haa, best kan.

 

Harga Vitamin C Shaklee

Harga vitamin C Shaklee (500 mg) cuma berharga RM 97.50 sahaja sebotol, mengandungi 180 tablet. Jadi harga vitamin C Shaklee cuma berharga RM 0.54 sahaja untuk satu tablets.

Kalau kita bandingkan dengan harga vitamin C jenama lain yang mengandungi 500mg setiap tablets, contohnya ada satu jenama ni yang famous juga berharga RM 37 sebotol, dan mengandungi 60 tablets. Jadi, setiap satu tablets jatuh pada harga RM0.62.

Banyak lagi vitamin C lain yang berharga RM seringgit ke atas untuk satu tablet. Kan lagi mahal tu dari harga vitamin C shaklee. Dan lagi satu, vitamin C ni belum tentu ada sistem ‘sustained release’ macam vitamin C Shaklee kan. Kalau kita ambil vitamin C ni, kesemua 500mg vitamin C tu terlarut pada masa yang sama. Jadi, yang lebih dan tak diserap oleh badan tu akan dibuang sahaja melalui urin kita.

Tetapi dengan vitamin C Shaklee, vitamin C boleh bertahan dalam badan kita selama 5 jam sebab vitamin C ni akan dilepaskan secara berperingkat melalui sistem ‘sustained release’ yang ada dalam vitamin Shaklee ni. Haa, tak de la rugi kan. Dan badan pon boleh menyerap vitamin C secara perlahan-lahan.

Siapa kata harga vitamin C shaklee mahal? tepuk dada, tanya poket… hihi…

 

Manfaat Vitamin C Shaklee

Terdapat banyak sangat manfaat vitamin C sekiranya kita mengambilnya secara konsisten. Antaranya adalah:

  1. Membentuk kolagen
    • merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik
  2. Memperbaiki Simptom Pendarahan
    • kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  3. Meningkatkan Sistem Imun
    • membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zar besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga mengurangkan simptom flu dan selsema.
  4. Memerangi Kanser
    • satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel2 kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel2 kita.
  5. Mencantikkan Kulit
    • pengambilan vitamin c setiap hari mampu menjadikan kulit lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama masalah jeragat.
  6. Memperbaiki Insomnia
    • memperbaiki insomnia, stress serta masalah berkaitan mental seperti keresahan.
  7. Mengekalkan Kolesterol Sihat
    • ia mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Banyak kan manfaat vitamin C Shaklee ni, harga pula sangat berpatutan. Malah selamat, semulajadi dan terbukti berkesan. Berminat untuk dapatkan Vitamin C Shaklee?

Sebelum tu kita tengok dulu beberapa testimoni mereka yang dah guna Vitamin C Shaklee ni.

Testimoni #1:

Testimoni #2:

Testimoni #3:

Testimoni #4:

Ramai lagi yang telah mencuba vitamin C ini dan mendapat kesan yang positif. Antaranya mereka yang mempunyai masalah kulit kusam dan berjerawat. Sebelum ni Mia ada kongsikan tentang Rahsia Merawat Kulit Kusam dan Berjerawat Dengan Cepat dan Mudah.

 

Cara dapatkan Vitamin C Shaklee

Untuk membuat pembelian Vitamin C Shaklee secara atas talian, anda boleh terus klik ikon dibawah. Harga vitamin C Shaklee cuma RM97.50 sahaja sebotol. Setiap botol mempunyai 180 tablets dan bertahan sehingga 3-6 bulan penggunaannya. Haa, sangat jimat kan. Lama boleh guna.

Pembayaran produk boleh dibuat menggunakan kad debit/kredit. Produk akan dihantar ke rumah anda dengan menggunakan perkhidmatan GDex atau Citylink.

Akan tetapi sekiranya anda nak tahu lebih lanjut tentang Vitamin C Shaklee ni, atau nak Mia tolong belikan untuk anda, boleh segera whatsapp Mia dengan menekan ikon dibawah.

Tak rugi kita melabur untuk tingkatkan kesihatan kita. Dan pilihlah produk yang memberi keuntungan kepada kita dan selamat digunakan. Harga vitamin C Shaklee sangat murah kalau dibandingkan dengan sistem yang ada dalam vitamin tersebut. 

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

PENAFIAN | Kenyataan dihalaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food And Drug Adminstration)
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit

———————————————————————————

5 thoughts on “Harga Vitamin C Shaklee Lebih Murah Dari Vitamin C Jenama Lain

    1. Alhamdulillah… Semoga terus konsisten dengan vitamin C ni. Bukan je untuk kulit cantik, tapi untuk tingkatkan kesihatan juga

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge