Batuk Kering @ TB

Cara Merawat Tibi (TB) atau Batuk Kering Dengan Cepat Agar Tidak Berjangkit

Sekitar tahun 1945-1957, penyakit tibi (Tuberkulosis) atau batuk kering telah menjadi pembunuh utama kepada penduduk negara kita. Untuk merawat tibi ini, setiap anak yang lahir, mereka diwajibkan untuk mengambil vaksin. Ini bertujuan untuk mengelak daripada penyakit tibi ini berjangkit.

Akan tetapi sejak akhir-akhir ini makin ramai pula yang terkena penyakit tibi ni. Mungkin kerana terkena jangkitan daripada imigran yang masuk ke dalam negara kita. Atau mungkin juga terkena sewaktu kita mengunjungi negara luar yang tidak mempunyai sistem vaksin ni.

 

Disebabkan penyakit ini sangat merbahaya dan boleh membawa maut, jadi kita perlu ambil kisah tentang penyakit ini. Kita kena tahu cara merawat tibi ini supaya penyakit ini tidak berjangkit pada orang disekeliling kita.

Jadi, untuk teruskan perbincangan ini, kita kenali dulu apa itu penyakit Tibi atau batuk kering ini.

 

Apa itu penyakit Tibi?

Penyakit tibi ini berpunca daripada jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari). Selain itu bakteria ini juga boleh menyerang organ-organ penting lain seperti tulang, otak, kelenjar, kulit, buah pinggang dan sebagainya.

Kebanyakan orang yang dijangkiti kuman tibi tidak menunjukkan gejala penyakit TB dalam masa yang singkat. Ini kerana mereka mempunyai sistem pertahanan badan yang kuat untuk menghalang jangkitan.

Akan tetapi kuman tibi ini akan berada di dalam badan dalam keadaan yang tidak aktif. Jika sistem pertahanan badan menjadi lemah, kuman tibi yang terdapat di dalam badan itu tadi akan menjadi aktif dan membiak. Ini akan menyebabkan TB menjadi aktif.

Sebab tu penting untuk kita tingkatkan sistem pertahanan badan kita supaya kita susah nak jatuh sakit.

 

Cara kuman Tibi merebak

Kuman Tibi ini disebarkan melalui udara. Apabila penghidap bercakap, batuk atau bersin, mereka mengeluarkan bakteria dalam udara yang akan dihidu oleh orang sekeliling.

Apabila seseorang menghidu bakteria ini, bakteria tersebut akan bertapak di dalam paru-paru dan membiak. Selain itu, bakteria ini juga boleh menjangkiti organ-organ lain seperti tulang, otak, kulit, kelenjar, buah pinggang dan sebagainya.

Petanda penyakit Tibi yang perlu anda tahu

Petanda awal batuk kering ini adalah batuk yang berpanjangan. Tetapi kita selalu tak ambil kisah bila kita mengalami batuk-batuk ni kan. Kita hanya menganggap bahawa itu adalah batuk biasa yang akan sembuh dalam seminggu dua dan tidak mengendahkan untuk mendapatkan rawatan. Sesetengah orang memang tak dapat nak bezakan antara batuk biasa dengan batuk kering.

Antara tanda-tanda yang perlu diberi perhatian adalah:

  • Batuk berpanjangan melebihi dua minggu
  • Batuk berdarah atau berkahak
  • Sakit dibahagian dada
  • Lemah dan keletihan
  • Susut berat badan
  • Hilang selera makan
  • Menggigil
  • Demam
  • Berpeluh pada waktu malam

Jadi sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti dibawah ni, segera ke hospital berdekatan untuk menentukan bahawa anda mempunyai kuman Tibi atau tidak.

 

Adakah penyakit tibi merbahaya?

Disebabkan penyakit Tibi ini boleh membawa maut, maka ianya sangat merbahaya. Ditambah pula apabila sistem imun badan kita lemah, kuman Tibi makin senang untuk membiak dan menjadi aktif.

Kuman Tibi paling suka berada dikawasan atas paru-paru kerana dikawasan tersebut mengandungi banyak oksigen. Jadi lebih senang untuk kuman tersebut membiak. Apabila ia menyerang bahagian paru-paru pesakit, ia boleh merosakkan struktur tisu paru-paru. Sehinggakan tisu tersebut menjadi keras atau mengalami fibrosis. Selain itu ia juga boleh menyebabkan pembentukan nanah di dalam paru-paru (dalam bentuk abses paru-paru atau ‘empyema’) dan paru-paru berair (‘pleural effusion’)

Sekiranya tidak dirawat, kerosakan ini boleh menjadi kekal dan melarat sehingga menyebabkan masalah paru-paru berlubang. Sehingga ke tahap ini, pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas.

Jadi, sangatlah penting untuk mendapatkan rawatan awal supaya kita dapat mengesan penyakit ini dari peringkat awal.

 

Cara merawat Tibi dengan cepat agar tidak berjangkit

Selepas seseorang didiagnos mengalami penyakit tibi, mereka perlu dirawat selama 6 bulan untuk memastikan supaya semua kuman Tibi telah tiada. 2 bulan pertama mereka perlu mengambil ubat setiap hari atau mengambil suntikan. Kemudian 4 bulan berikutnya mereka perlu mengambil ubat 2 kali seminggu untuk menyempurnakan rawatan Tibi tersebut.

Akan tetapi, ramai yang culas untuk mengambil ubat dalam tempoh yang lama. Apabila dah rasa sihat, mereka lebih selesa tanpa mengambil ubat. Sedangkan kuman Tibi tersebut masih ada dalam badan kita, tetapi berada dalam fasa tidak aktif. Kemungkinan untuk mendapat jangkitan pada kali kedua adalah sangat tinggi.

Jadi, sebagai satu langkah bijak, usaha rawatan yang lama ini boleh dipercepatkan dengan pengambilan suplemen. Tujuan pengambilan suplemen adalah untuk meningkatkan sistem imun badan kita. Ini dapat membantu supaya kuman tersebut tidak aktif dalam badan kita. Selain itu, suplemen ini juga membantu mengurangkan gejala penyakit Tibi ini.

Antara suplemen yang sesuai diambil oleh pesakit Tibi adalah Vivix, Nutriferon, Garlic Complex dan Omega Guard.

Cara Merawat Tibi

 

Setiap satu suplemen yang dicadangkan mempunyai fungsi yang berbeza. Disini, Mia senaraikan fungsi-fungsi tersebut:

  1. Vivix
    • Kandungan Resveratol dalam Vivix dapat mengurangkan inflamasi atau keradangan dan membersihkan salur pernafasan. Resveratol juga mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor di paru-paru. Vivix juga dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan atau imunisasi tubuh kita.
  2. Nutriferon
    • Nutriferon fungsinya dapat meningkatkan imunisasi tubuh dengan penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh kita.
  3. Garlic Complex
    • Garlic Complex dapat meningkatkan imun tubuh yang dapat mengurangkan infeksi paru-paru. Ia bertindak sebagai antibiotik semulajadi.
  4. Omega Guard
    • Omega 3 yang terkandung di dalam Omega Guard dapat mengurangkan inflamasi atau keradangan. Ia juga dapat membersihkan saluran pernafasan

Daripada kuman Tibi merebak kepada orang yang kita sayang, adalah lebih baik untuk kita tingkatkan sistem imun badan kita dengan suplemen-suplemen ini. Bukan senang nak matikan kuman Tibi ni. Perlukan masa yang lama.

Anak-anak la paling kesian kalau terkena pada mereka. Sistem pertahanan badan mereka masih lemah dan senang dijangkiti pelbagai jenis kuman. Jadi, ambillah langkah bijak supaya kuman Tibi ini tidak merebak kepada orang lain. Bila dah terasa sakit ni, barulah kita sedar yang sihat itu adalah satu nikmat.

 

Cara dapatkan suplemen untuk merawat Tibi

Seperti biasa, boleh hubungi Mia untuk dapatkan suplemen yang dicadangkan. Mia akan berikan konsultansi secara percuma.

Boleh terus tekan icon dibawah untuk menghubungi Mia melalui whatsapp

Jangan gadainya nyawa kita dan orang yang kita sayang. Bertindaklah dengan segera.

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia
———————————————————————————

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge