Merawat Jerawat · Set Kulit Cantik · Vitamin Kulit Cantik

Cara kecutkan Jerawat Dengan Cepat dan Berkesan

Masalah jerawat di muka memang tak asing lagi bagi semua golongan, tak kiralah samada lelaki, mahupun perempuan atau yang muda mahupun tua. Macam-macam cara kecutkan jerawat dah dicuba, tapi masih belum berkesan.

Bila muka ditumbuhi jerawat, mula lah tangan tu gatal nak kutil-kutil jerawat tu kan. Kalau kita picit jerawat tu, tidak akan membantu pun jerawat tu hilang, malah akan bertambah teruk jerawatnya. Ini kerana jerawat yang luka tersebut lebih mudah untuk terkena jangkitan. Jerawatnya akan lagi mudah merebak ke tempat lain.

cara kecutkan jerawat dengan cepat

 

Dan hari ini Mia nak kongsikan cara kecutkan jerawat dengan cepat supaya jerawat boleh hilang dengan cepat.

 

Punca-punca kulit muka berjerawat

Antara punca utama penyebab berlakunya masalah jerawat ini adalah perubahan hormon. Kebiasaannya kaum wanita akan mengalami perubahan hormon ketika datang bulan, ketika hamil, selepas hamil, sewaktu menopause dan sebagainya. Perubahan hormon ini akan memberi kesan kepada kilang minyak dibahagian kulit muka dan menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Antara punca lain termasuklah dari segi pemakanan, tekanan, penggunaan pencuci muka dan alat solek yang tidak sesuai, kulit sensitif dan sebagainya.

 

Cara kecutkan jerawat dengan cepat dan berkesan?

Sebelum tu Mia nak kongsikan dulu kisah kak farizan yang juga telah 7 tahun mempunyai masalah jerawat yang teruk sehinggakan malu untuk keluar rumah dan sebagainya.

Haa, dah tengok sampai habis? Bagaimana akak ni menyelesaikan masalah jerawat dan parutnya yang teruk akibat salah guna produk. Sehinggakan beliau malu nak keluar rumah berjumpa dengan orang ramai.

Jadi, kalau kulitnya yang teruk tu pon boleh hasilkan kulit yang licin, inikan pula kita hanya nak kecutkan jerawat. Memang cara ini sangat berkesan.

 

Cara Kecutkan Jerawat Dengan Cepat Berdasarkan Pengalaman Diri Sendiri 

Sekarang Mia nak kongsikan cara kecutkan jerawat dengan cepat berdasarkan pengalaman Mia sendiri. Dulu muka Mia memang setiap masa akan tumbuh jerawat. Belum lagi jerawat didagu tu kecut, dah keluar jerawat yang baru.

Jenis Mia ni suka sangat picit jerawat tu dengan tangan. Jadi, muka akan jadi lebih teruk bila kawasan jerawat yang dipicit tu dah terkena jangkitan. Makin besar kawasan lukanya dan makin lambat untuk pulih.

Tetapi setelah mengambil ESP(Energizing Soy Protein) dan Vitamin C, jerawat cepat je kecut. Dan memang jerawat dah jarang sangat keluar. Kalau keluar pun, jerawat tu cepat je kecut. Sekarang ni Mia tambah pula dengan Alfalfa dan Garlic complex.

Semakin jarang jerawat tu nak tumbuh. Kalau dulu setiap minggu akan tumbuh jerawat baru, tetapi sekarang dalam 2-3 bulan sekali baru jerawat tu tumbuh. Mia sangat suka dengan perubahan muka sekarang.

Walaupun masih berjeragat (jeragat memang ambil masa untuk pulih, tetapi beransur pudar), tetapi kulit muka bertambah cerah dan lembap sahaja tanpa sebarang jerawat.

Ternyata dengan hanya mengamalkan vitamin, jerawat boleh kecut dengan cepat. Bukan itu sahaja, jerawat pon susah nak naik, dan kulit lebih sihat, cerah, dan tonanya lebih sekata.

 

Bagaimana Vitamin Membantu Mengecutkan Jerawat dengan Cepat?

Terdapat banyak suplemen yang bagus untuk menghilangkan jerawat ni. Antaranya adalah ESP, Vitamin CVitamin EAlfalfa complex, B-complex, GLA-complex, Garlic complex dan Herblax. Banyak tu kan. Setiap satunya ada fungsi yang berbeza.

Akan tetapi, kena ambil semua vitamin ni ke?

Tidak… Kita hanya perlu ambil yang berkaitan dengan masalah kita sahaja. Jerawat ni berlaku disebabkan oleh banyak punca. Jadi, kita boleh ambil vitamin yang boleh merawat punca jerawat tu.

Contohnya sekiranya jerawat naik sebab kita stress, kita boleh ambil vitamin yang boleh kurangkan stress. Contoh lain kalau jerawat naik disebabkan masalah hormon, kita ambil vitamin yang bantu untuk stabilkan hormon.

Jangan risau, Mia akan bantu cadangkan suplemen yang sesuai dengan punca berlakunya jerawat anda tu.

Sebab itu pentingnya korang membeli suplemen dengan pengedar yang bertauliah dan berilmu. Tugas Mia bukan hanya menjual, tetapi Mia akan cadangkan suplemen yang bersesuaian dan akan terangkan cara pengambilan bersama tips-tips yang berkesan.

Jom kita lihat apa fungsi setiap satu suplemen yang Mia cadangkan tu.

ESP (Energizing Soy Protein)

  1. Mengawal pertumbuhan jerawat
  2. Memperbaharui sel kulit yang telah mati
  3. Memudarkan parut jerawat & jeragat
  4. Menghilangkan garis penuaan & kedutan
  5. Mengawal pengeluaran minyak di muka
  6. Kulit lebih lembap, tegang dan sihat

Vitamin C

  1. Merangsang pembentukan kolagen swmulajadi kulit
  2. Mencerahkan kulit muka
  3. Mengecutkan jerawat
  4. Melindungi daripada sinar uv matahari
  5. Tona kulit menjadi lebih sekata
  6. Membantu masalah kulit sensitif seperti masalah sensitif & eczema

Vitamin E

  1. Bersifat anti-penuaan
  2. Dapat mengurangkan garis-garis halus pada wajah.
  3. Mengurangkan jerawat dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka.
  4. Membantu memudarkan parut.
  5. Membaiki bengkak dan ulser kulit.

Alfalfa Complex

  1. Mencuci hati, darah dan usus untuk menyingkirkan toksin
  2. Melawan alahan (resdung)
  3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut

B-complex

  1. Penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda
  2. Kulit lebih licin dan kelihatan muda
  3. Melambatkan rambut beruban
  4. Membantu mencantikan kulit, rambut, mata, menguatkan kuku
  5. mengurangkan stress. kalau nak cantik tak boleh stress sebab stress akan buat hormon kita tidak stabil.

GLA complex

  1. Mengatasi masalah senggugut
  2. Melegakan sindrom PMS
  3. Menstabilkan kitaran haid & hormon
  4. Mengandungi campuran Vitamin E yang membantu untuk menghilangkan parut jerawat dan jeragat, serta menjadikan kulit lebih glowing secara semulajadi
  5. Memperbaiki inflamasi pada kulit

Garlic complex

  1. Antibiotik semulajadi
  2. Menghalang alergi dan jangkitan
  3. Menyingkirkan toksin dalam badan

Herblax

  1. Pembersihan usus supaya vitamin lain dapat meyerap dengan lebih bagus
  2. Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  3. Membantu masalah sembelit
Haa, terdapat perbezaan untuk setiap vitamin tu kan. Jadi, tak perlu untuk ambil semua pon. Ambil vitamin yang boleh selesaikan punca jerawat tu pun dah ok.

 

Pengalaman Mereka Yang Mempunyai Masalah Jerawat

Ini adalah antara testimoni mereka yang telah berjaya pulih dengan bantuan suplemen Shaklee.

Testimoni #1:

Testimoni #2:

Testimoni #3:

Testimoni #4: 

Sekiranya anda tidak suka untuk mengambil suplemen dalam bentuk pil dalam kuantiti yang banyak, dan mahukan kesan yang lebih hebat, boleh la mencuba VIVIX. Vivix adalah cecair merah yang dihasilkan dari tumbuhan semulajadi dan mampu merawat kulit anda. Kita tengok dulu testimoni vivix ini yang dapat mengatasi masalah jerawat kronik.

Dah tak sabar-sabar nak dapatkan vitamin ni? Jangan tunggu-tunggu lagi, makin lama dibiarkan masalah jerawat ni, boleh sebabkan masalah kulit yang lain pula. Bila jerawat ni tak dirawat dengan betul, lagi senang parut hitam nak tinggal di kulit kita. Lagi susah nak pulihkan parut berbanding jerawat tau. Jadi, cegahlah jerawat dengan segera.

 

Cara dapatkan vitamin untuk kulit bebas jerawat

Untuk mendapatkan vitamin-vitamin ini, anda boleh terus dapatkan secara online. Boleh terus tekan icon bergambar dibawah. Anda boleh memilih vitamin yang sesuai dengan anda. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad debit atau kredit. Pesanan akan dihantar terus ke rumah anda.

Sekiranya anda tidak pasti untuk memilih yang mana satu sesuai dengan anda, boleh whatsapp Mia untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai masalah jerawat ini. Konsultansi adalah percuma. Dan selepas pembelian anda layak untuk mendapat konsultansi secara esklusif dan tips yang berguna daripada Mia.

Terus klik ikon bergambar dibawah untuk memudahkan anda untuk whatsapp Mia.

Jangan biarkan keyakinan anda menurun akibat masalah jerawat. Atasi masalah jerawat dengan cepat dan berkesan.

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

PENAFIAN | Kenyataan dihalaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food And Drug Adminstration)
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit

———————————————————————————

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge