Info Kesihatan · Merawat Kanser · Serangan Jantung · Vivix

Bahaya Radikal Bebas: penyebab utama kita cepat tua dan cara mengatasinya

Assalamualaikum…

Perasan tak dulu orang yang dah berusia je ada penyakit kronik contohnya macam penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis. Tapi sekarang orang muda pun dah ramai yang ada penyakit-penyakit ni. Pernah tak korang terfikir sebab apa?

Sebenarnya ia dikaitkan dengan TEORI PENUAAN. Proses penuaan ini bukan fokus pada umur kita sahaja. Tetapi proses penuaan disini bermaksud sistem dalam badan kita telah menjadi tua. Semua ini kita boleh kaitkan dengan radikal bebas. Bahayanya radikal bebas ini sehinggakan ia boleh menyebabkan kita dapat penyakit walaupun usia kita masih muda.

Semua diantara kita akan jadi tua (kalau diizinkan). Bila usia kita meningkat, sel-sel badan kita pun jadi tua, dah tak produktif, aktivitinya merosot. Jadi kita mudah terdedah kepada penyakit degeneratif.

Apa itu Penyakit Degeneratif?

Penyakit degeneratif ni bukan disebabkan oleh kuman atau bakteria tapi disebabkan oleh kemerosotan pada sel itu sendiri. Antara penyakit degeneratif adalah penyakit jantung, alzheimer, kanser, darah tinggi, kencing manis, tumor, parkinson dan lain-lain lagi.

Contohnya macam kereta. Bila kereta dah lama kita guna, tak servis, macam-macam boleh rosak kan. Bila dah lama guna, mula la rasa tak best dah bawak kereta tu kan. Sama la juga dengan badan kita. Itulah yang dimaksudkan dengan penuaan atau ageing.

Selalunya penyakit-penyakit degeneratif ni dihidapi oleh warga tua. Ini kerana mereka dah guna badan mereka dah lama dah, aktiviti sel pun jadi merosot. Tapi sekarang, ramai pula yang dapat penyakit degeneratif ni tak kira usia. Sekarang ni kanak-kanak pun boleh ada penyakit kencing manis. Kenapa yea?

Sebabanya kita terlalu banyak terdedah dengan RADIKAL BEBAS. Bahaya ke radikal bebas ni? Baca seterusnya tentang bahaya radikal bebas dalam badan kita.

 

Bahaya Radikal Bebas Dalam Badan

Radikal bebas ni boleh jadi berguna pada badan kita dan boleh juga memusnahkan badan kita. Sebenarnya badan kita sendiri memerlukan radikal bebas untuk melawan anasir-anasir jahat yang masuk dalam badan. Dan badan kita boleh memusnahkan radikal bebas tu sendiri.

Tapi bila dah banyak sangat radikal bebas dalam badan, ia merosakkan pula sel-sel badan yang patut dilindungi. Sehingggakan badan kita dah tak mampu nak memproseskannya. Terlalu banyak radikal bebas dalam tubuh dapat membuat tubuh mengalami stres oksidatif.

Stres oksidatif merupakan kondisi dimana jumlah radikal bebas dalam tubuh lebih banyak daripada pertahanan antioksidan. Hal ini menyebabkan terjadinya berbagai kerosakan sel dalam tubuh, seperti lipid, protein, dan sebagainya.

Stres oksidatif ini akan merosakkan sel-sel badan dan melemahkan fungsinya sehingga mencetuskan pelbagai penyakit kronik/degeneratif. Bermula dari radang sendi, penyakit jantung, aterosklerosis, stroke, hipertensi, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, kanser, sehingga menyebabkan penuaan. Radikal bebas dapat merosakkan kod DNA, sehingga terhasilnya sel baru yang tidak normal.

 

Sumber Radikal Bebas

Radikal bebas banyak didapati dari sekitar persekitaran kita. Kita tak nampak radikal bebas dengan mata kasar, jadi kita susah nak akui kewujudan radikal bebas ni. Akan tetapi setiap hari, makin banyak radikal bebas berkumpul dalam badan kita. Secara tidak sedar, ia merosakkan sel badan kita dan mewujudkan sel yang tidak normal. Kita hanya akui kewujudannya setelah kita dihidapi penyakit.

Antara sumber radikal bebas yang wujud di persekitaran kita adalah apabila kita:

  1. Terdedah kepada sinar ultraviolet(UV) matahari
  2. Terdedah kepada pencemaran alam (asap kenderaan, asap kilang, asap rokok)
  3. Mengambil makanan segera dan makanan berproses
  4. Selalu stress

Jadi, untuk mengurangkan badan kita terdedah kepada radikal bebas ini, cuba jauhkan daripada sumber yang boleh menghasilkan radikal bebas. Tapi kita tidak boleh mengawalnya seratus peratus kan. Kita tetap perlu keluar berkerja, menguruskan hal-hal di luar dan sebagainya. Jadi, sangat penting untuk kita menghapuskan radikal bebas dalam badan kita.

 

Cara mengatasi radikal bebas yang berlebihan dalam badan

Radikal bebas yang dah masuk ke dalam badan kita boleh dimusnahkan, iaitu dengan pengambilan antioksidan. Antioksidan akan melawan proses pengoksidaan sel supaya mencegah daripada sel menjadi rosak.

Masalahnya, badan kita tak mampu nak hasilkan antioksidan ni, jadi kita hanya bergantung pada bekalan makanan yang kita ambil sahaja. Antara contoh antioksidan nia adalah Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E. Dan ada lagi power antara 3 vitamin ni adalah superantioksidan yang terdapat di dalam produk VIVIX.

Vivix ni diformulasikan dengan Resveratol dimana ia adalah antioksidan yang sangat berkesan yang dihasilkan dari tumbuhan untuk melawan perosak. Resveratol adalah sejenis polifenol yang tinggi kandungan antioksidan yang mampu untuk memelihara badan daripada kerosakan sel yang menyebabkan risiko penyakit kronik.

Fungsi Vivix adalah:

  1. Memperbaiki DNA
  2. Memperbaiki tenaga sel
  3. Mengaktifkan pengawalan genetik
  4. Melambatkan pembentukan protein AGE.

 

Kelebihan VIVIX Shaklee

    • Membantu mengelakkan KANSER
    • Mengurangkan risiko PENYAKIT JANTUNG
    • Menurunkan kadar gula dalam darah pesakit KENCING MANIS
    • Membantu mengawal TEKANAN DARAH TINGGI
    • Meningkatkan kesihatan ARTHRITIS & menyokong KESIHATAN SENDI
    • Membantu kurangkan insiden bagi penyakit NYANYUK
    • Menggalakkan PENURUNAN BERAT BADAN
    • Meningkatkan SISTEM IMMUNE
    • menyokong KESIHATAN MATA
    • Menggalakkan kesihatan KESELURUHAN
    • melambatkan proses penuaan LOCK YOUR AGE!! awet muda.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Vivix, boleh baca KANDUNGAN DAN MANFAAT VIVIX.

JANGAN TAKUT UNTUK TUA, TAPI TAKUTLAH SEKIRANYA PENUAAN BERLAKU PADA SEL BADAN KITA.

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia
———————————————————————————

0 thoughts on “Bahaya Radikal Bebas: penyebab utama kita cepat tua dan cara mengatasinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge