Info Kesihatan

Bahaya Produk GMO: Produk GMO Menyebabkan Kanser?

Semakin ramai yang telah buka mata tentang teknologi makanan sekarang terutamanya tentang bahaya produk GMO. Ramai yang dah ambil tahu tentang kebaikan dan keburukan makanan sekarang. Salah satunya adalah masalah makanan berkaitan dengan bahaya produk GMO (Genetically Modified Organism). 

Produk makanan yang paling popular dikaitkan dengan GMO adalah soya. Ramai yang mengatakan makanan berasaskan soya boleh menyebabkan kanser kerana ia adalah GMO. Betul ke produk GMO ini bahaya? Betul ke soya boleh menyebabkan kanser? Untuk tahu jawapannya, teruskan pembacaan anda.

Bahaya produk GMO

Apa itu GMO?

GMO, Genetically Modified Organism, secara ringkasnya adalah organisma yang diubahsuai secara genetik. Contohnya, dalam pengubahsuaian genetik tumbuhan, para sainstis akan mengeluarkan satu atau lebih gen dalam DNA organisma lain seperti bakteria, virus, atau haiwan, dan menggabungkannya semula ke dalam DNA tumbuhan yang ingin diubah. 

Contohnya, gen dari bakteria Bacillus Thuringiensis, Bt telah dipindahkan ke dalam DNA jagung. Gen Bt merupakan protein yang membunuh serangga perosak. Jadi, dengan memindahkan gen Bt ke dalam jagung akan membolehkan pokok jagung tersebut akan menghasilkan racun perosak sendiri. 

Bahaya produk GMO

Antara contoh tumbuhan yang menjalani proses GMO ini adalah seperti kacang soya, tomato, jagung dan lain-lain lagi. Antara sebab-sebab tumbuhan ini menjalani proses GMO adalah supaya tumbuhan ini dapat mengeluarkan hasil yang banyak, dapat bertahan daripada serangga perosak, dan menghasilkan tanaman yang bersaiz lebih besar.

Walaupun, teknologi GMO ini boleh memberi keuntungan kepada pengeluar, akan tetapi ia memberi lebih banyak keburukan kepada pengguna.

Bahaya Produk GMO

Masalah utama produk GMO ini adalah apabila gen lain dimasukkan kedalam DNA sesuatu tumbuhan, para saintis tidak tahu pengubahsuaian gen tersebut berlaku dimana. Ini mungkin akan mengganggu fungsi gen yang lain. Proses ini akan menghasilkan protein baru yang tidak pernah ada dalam tumbuhan dan berkemungkinan akan menghasilkan toksin dan allergi dalam makanan. 

Keburukan Produk GMO

Terdapat banyak keburukan produk GMO ini, antaranya adalah:

  1. Keselamatan produk GMO tidak disahkan lagi.
    • Boleh dikatakan sebenarnya kita adalah “tikus makmal” untuk menguji keselamatan teknologi GMO itu sendiri. Ini adalah menyedihkan tetapi benar. Makanan GMO yang dimakan setiap hari tidak mempunyai kajian menyeluruh mengenai ancamannya yang berpotensi ke atas kesihatan manusia.
  2. Bahan-bahan yang diubahsuai secara genetik boleh menyebabkan kanser
    • Perunding histopathologest di Aberdeen Royal Infirmary, Dr Stanley Ewen , menimbulkan kebimbangan bahawa makanan dan air yang tercemar dengan bahan genetik boleh meningkatkan pertumbuhan tumor malignan apabila diambil oleh manusia.
  3. Ia boleh menimbulkan wabak alahan baru pada manusia.
    • Telah didapati bahawa kacang soya GMO yang mengandungi protein kacang Brazil menyebabkan alahan kepada manusia dan telah ditarik balik dari pengeluaran.
  4. Kesan buruk ke atas sistem imun
    • Satu kajian pada 2008 menunjukkan bahawa memberi tikus makan makanan berGMO 30 hari menyebabkan reaksi terhadap siatem imun. Ini kerana terdapat perubahan pada bilangan sel yang mengawal selia fungsi imun dalam badan.

Ternyata, makanan yang telah diubah genetiknya boleh menyebabkan kanser kerana ia melibatkan pertukaran gen diantara satu sama lain. Jadi, apa pilihan kita untuk terus amalkan hidup lebih sihat?

Adakah Masih ada Produk Non-GMO?

Antara produk tumbuhan GMO yang paling banyak adalah kacang soya. Berdasarkan fakta, kebanyakkan soya ditanam di US. Dan yang lebih membimbangkan, lebih 90% soya yang ditanam disana adalah GMO.

Akan tetapi, masih terdapat inisiatif sesetengah pihak untuk menghasilkan produk Non-GMO, iaitu sumber makanan yang tidak diubah genetiknya. Kebanyakan tumbuhan ini ditanam secara organik. Identity Preservation Program (IPP) merupakan salah satu program dimana mereka penghasilkan protein daripada soya Non-GMO, dimana kacang soya ini dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah kesaat pemprosesannya.  

Program ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Bermula daripada pengumpulan biji benih sehingga proses penyimpanannya. Jadi untuk memilih makanan yang baik, haruslah kita tahu dari mana sumber makanan tersebut.

Jenis Soya yang Terdapat dalam ESP Shaklee

ESP atau Energizing Soy Protein adalah salah satu produk makanan tambahan dari Shaklee yang berasakan soya. Akan tetapi, jenis soya yang terdapat didalam ESP adalah menggunakan soya jenis Non-GMO. Jadi, tak perlu nak bimbang lagi untuk ambil produk ESP ini untuk tambah nutrisi dalam badan kita.

ESP ni adalah sumber protein yang selalu kita dapat dalam ikan, daging, dan lain-lain lagi. Tetapi, setakat kita makan ikan kembung goreng sehari, tak cukup pun protein untuk tampung keperluan badan kita. Sebab tu kena tambah protein tambahan dari sumber lain, sebab protein adalah keperluan utama untuk tubuh badan kita

Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibodi, enzim, hormone, hemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya.

Contohnya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama/tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak/cedera dengan tisu-tisu yang baru. Jadi, kita perlukan lebih banyak protein supaya organ dalam badan kita dapat berfungsi dengan baik.

Bahaya produk GMO

Keistimewaan ESP Shaklee

1. Merupakan sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian

2. Berasakan tumbuh- tumbuhan (non-GMO soya, tidak diubahsuai genetiknya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, di samping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna

3. ESP juga mempunyai indeks glisemik yang rendah dimana ia membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah

4. Kandungan lemak dalam ESP sangat minimum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah

Jadi, tak perlu ragu-ragu lagi tentang kandungan soya yang terdapat didalam ESP. Ternyata ia dihasilkan daripada Non-GMO soya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan ESP, sehinggakan stok ESP sentiasa berkurang dan menjadikan ESP adalah produk kedua terlaris dipasaran, lanjutkan pembacaan anda ke entry berikut: Kebaikan ESP Shaklee Sebagai Sumber Protein untuk Keperluan Badan Anda

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah #GreatLeaderTeam, #MummyPrenuer, #TeamMia

Jika anda mempunyai sebarang persoalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

FB : Salmiah Md Zain

“Tingkatkan Kesihatan Untuk Jaminan Masa Depan”

“Bantu Orang Lain Untuk Membantu Diri Sendiri”
———————————————————————————

2 thoughts on “Bahaya Produk GMO: Produk GMO Menyebabkan Kanser?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge