Bahaya Cahaya Biru di Hp: Boleh Menyebabkan Mata Rosak & Kanser?

Masalah cahaya biru ini sering diabaikan oleh ibu ayah sewaktu memberi anak gajet. Dan ramai ibu ayah yang tidak tahu tentang bahaya cahaya biru ini. Sekarang bahaya cahaya biru ini telah menjadi satu kebimbangan dikalangan doktor mata

Menurut kajian, pendedahan cahaya biru dari semasa ke semasa boleh menyebabkan retina mata menjadi rosak dan boleh menyebabkan kanser? Betul ke? Dan yang lebih menakutkan, bahaya cahaya biru ini kerana ia boleh menyebabkan mata menjadi buta. Ini mungkin berlaku kepada anak kita kerana mata mereka boleh menyerap lebih banyak cahaya biru dari skrin hp berbanding orang dewasa.

Bahaya cahaya biru

Sumber Cahaya Biru

Cahaya biru tergolong dalam kumpulan high energy visible light (HEV Light) yang mempunyai panjang gelombang yang pendek iaitu sekitar 415 hingga 455 nm. Cahaya biru yang dimaksudkan ini bukanlah cahaya yang semata-mata berwarna biru keluar dari gadget kita, akan tetapi cahaya putih juga seperti lampu LED juga mengeluarkan cahaya biru.

Sebenarnya, cahaya biru bukan hanya terdapat pada skrin hp sahaja, cahaya matahari juga mengeluarkan cahaya biru secara semulajadi. Selain itu, cahaya biru boleh didapati daripada skrin komputer, layar televisyen, atau mana-mana alat elektronik mahupun digital yang mempunyai fungsi keterangan dan kejelasan skrin.

sumber cahaya biru

Bahaya Cahaya Biru

Terdapat banyak keburukan sekiranya cahaya biru ini dipancarkan secara berlebihan kepada mata kita. Antaranya adalah:

a) Mengganggu putaran waktu tidur

Cahaya biru yang dipancarkan oleh cahaya matahari pada siang hari sangat bermanfaat untuk meningkatkan mood kita. Ia juga berperanan untuk mengawal waktu putaran tidur seseorang yang dikenali sebagai circadian rhythm.

Ia akan membuatkan kita akan berasa segar di pagi hari dan mengantuk di malam hari, akibat kerana stimulasi cahaya biru dari matahari. Akan tetapi, sekiranya cahaya ini dipancarkan secara berterusan, ia akan menyebabkan putaran waktu tidur kita berubah.

Cahaya biru akan menyebabkan badan kita menghasilkan hormon melatonin yang sedikit. Hormon ini berfungsi untuk mengawal atur kitaran tidur kita. Secara normalnya, badan kita menghasilkan hormon melatonin yang sedikit pada sinag hari, dan semakin bertambah pada malam hari.

Akan tetapi, apabila terdapat pancaran cahaya biru, otak akan menafsirkan ia adalah seperti waktu siang dan mengarah tubuh untuk mengurangkan perembesan hormon ini. Jadi ia akan membuatkan kita tidak mengantuk. Akibat daripada masalah ini, waktu tidur kita terganggu, sukar untuk tidur, mengalami masalah insomnia, dan mengalami masalah tidur tidak nyenyak.

b) Tekanan mata digital (Digital Eye Strain)

Mereka yang sering terdedah dengan cahaya biru ini juga akan mengalami tekanan mata digital. Antara tanda-tanda tekanan mata digital adalah seperti sakit mata, berlaku iritasi pada mata, penglihatan kabur. Mereka yang mengalami tekanan mata digital ini juga akan mengalami sakit kepala, leher, sakit belakang dan bahu.

c) Kerosakan Mata

Mereka yang terdedah dengan cahaya biru yang berpanjangan ini juga akan meningkatkan risiko kerosakan mata. Antara masalah yang sering dihidapi adalah masalah kerosakan retina dan kemerosotan makula yang berkaitan dengan usia. Masalah mata ini boleh menyebabkan kita boleh kehilangan penglihatan kerana ia boleh menyebabkan kita buta.

Masalah kerosakan mata
Masalah kerosakan mata
d) Meningkatkan risiko penyakit kronik

Ya, jangan terkejut. Ini kerana penyelidik Harvard telah mengaitkan bahawa pendedahan kepada cahaya biru yang berterusan pada malam hari boleh meningkatkan risiko untuk mendapat masalah kanser seperti kanser payudara dan prostat. Ini adalah berkaitan kadar hormon melatonin yang kurang dihasilkan hasil daripada pendedahan cahaya biru pada waktu malam.

Ia juga boleh meningkatkan risiko mendapat masalah diabetes, penyakit jantung, obesiti dan peningkatan risiko kemurungan.

Cara Melindungi Mata daripada Rosak

Terdapat banyak cara untuk melindungi mata daripada rosak. Antaranya adalah:

a) Hadkan masa skrin
Kurangkan jumlah masa yang digunakan di hadapan skrin dan / atau kerap berehat untuk memberi mata anda rehat. Mata yang penat akan meningkatkan lagi risiko berlakunya kerosakan mata.

b) Gunakan penapis skrin
Pasang penapis skrin untuk telefon pintar, tablet dan skrin komputer untuk mengelakkan cahaya biru berlebihan masuk ke mata. Setiap peranti digital yang kita gunakan akan ada penapis yang boleh digunakan. Akan tetapi, kita masih tidak mengetahui sejauh mana penapis itu berfungsi untuk menapis cahaya biru tersebut.

c) Ambil Suplemen Karotenoid
Karotenoids seperti lutein dan zeaxanthin mengandungi jumlah antioksidan dan sifat anti-radang yang tinggi untuk mengurangkan tekanan oksidatif pada retina dan menyaring imej serta mengurangkan cahaya biru yang dipancarkan untuk penglihatan yang lebih tajam.

Jadi, jangan abaikan kesihatan mata kita. Kurangkan mata kita dari terdedah kepada sumber cahaya biru yang berterusan terutama pada anak-anak kita. Ikuti cara melindungi mata kita seperti diatas. Amalkan juga pemakanan yang baik untuk kesihatan mata. Mata adalah pancaindera yang penting untuk kita jaga.

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah #GreatLeaderTeam, #MummyPrenuer, #TeamMia

Jika anda terdapat sebarang pertanyaan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

FB : Salmiah Md Zain

“Tingkatkan Kesihatan Untuk Jaminan Masa Depan”
“Bantu Orang Lain Untuk Membantu Diri Sendiri”
———————————————————————————

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

  1. Pingback: Rahsia Mata Sihat: Makanan untuk mata sihat bebas rabun

  2. SA la tu suka sgt tengok hp waktu malam masa nak tido…membaca online padahal dh tau dh x bagus dan totally x elok..la ni SA ada masalah mata silau..esok nak pi Sungei Wang plaza nak buat spec mata..padan muka kan…

    • Kena kurangkan tgk hp pada waktu malam tu. hihi. ataupun jangan baca dalam suasana yang gelap. Semoga silau mata SA tak teruk…

  3. wahh tak tau pun boleh menyebabkan ke arah penyakit kronik tu..sudahlah kita ni mmg jenis nak tido sure tengok memalam..lepas ni kena bukak lampu lah

  4. Wahh.. bahaya jugak ye. Nasib baik anak syira tak main hp. Cuma ibu dia jelah. Hehe patutlah syira kadang ada masalah tidur. Kesan daripada main hp jugak ni. Thank for sharing

    • welcome… cahaya biru tu yang buatkan kita susah nak tido. cuba try buat experiment tak tgk nset dalam 1-2 jam sebelum tidur. mesti rasa tidur lebih nyenyak. hihi

  5. Thank you so much for sharing. Very useful information for me especially for those use laptops and phones a lot. I need to be more cautious after this.

  6. Kalau yang jenis kerje menghadap komputer memang susah sikit nak had kan screen time tu kan. anak saya pun memang saya hadkan screen time. takut mata rosak. mak ayah dia dah pakai spek. tak nak lah anak anak pakai spek jugak

  7. Allahu, seramnya…kita ni dahlah paling banyak menghadap skrin laptop dan handphone sebab kerja, moga-moga dijauhkan la dari sakit yang tidak diingini, huwarrr

    • yea betul tu, moga dijauhkan dari kita. boleh ambil langkah2 awal pencegahan supaya tak mudarat kemudian hari.

  8. Setuju. Blue light memang bahaya. Sebab tu sekarang Nina tititkberatkan cahaya handphone dengan pakai cermin mata lens yang baik dan bagus.
    Baru – baru ni buat spek Murah kat Sungei Wang, ada offer Lens Alpha Blue 420 Harga RM125 jer sekali frame. 100% block blue light dan anti silau. EYE PRO VISION, cari William…

    • wah, hebat. spek mata pon dah ada yang boleh filter blue light ni yea. memang bagus ni. Salah satu cara jugak untuk halang cahaya biru ni.

  9. Bagus lah tips dan petua untuk penjagaan mata dengan mengguna gadjet ini kita selalu juga sebelum tidur akan mengadap phone sebelum tidur tak tahu macam wajib dah hehehe ok good kita akan ikut nanti…

  10. Sis memang suka wat keja malam..inilah masa tak sibuk untuk buat kerja ngadap laptop n phone. Tau tak bagus tapi tu lah..dah terpaksa..huhuhu. Now power cermin mata pun dah naik n silau pun turut naik..:(

    • hihi, samalah kita, waktu malam je free untuk buat kerja n bebas dari anak-anak. hehe. Sama-sama kita ikut langkah pencegahannya…

  11. Yang penting, kurangkan masa mengadap PC dan handphone kan. Tapi zaman sekarang nie susah la, dengan kerja pun mengadap PC memanjang ye tak. TQ sebab sharing, maka boleh la nak amalkan apa yang dikongsikan.

  12. thanks fo sharing. zaman sekarang memang masalah mata berpunca dari cahaya biru macam tak boleh nak elakkan dah. jadi kena bijak kurangkan penggunaan gadget setiap hari.

  13. i think can set the phone to night mode or the eye comfort setting with yellowish screen too right. but anyway the best way is to avoid using any phone or laptop 1 hour before sleep.