Tingkatkan Kesuburan · Vitamin Kesuburan Suami Isteri

Atasi Masalah Ketidaksuburan Suami Isteri dengan Cara Yang Betul dan Mudah

Sejak akhir-akhir ini, ramai pelanggan Mia bertanyakan tentang set kesuburan. Rupanya sekarang ni ramai yang mempunyai masalah ketidaksuburan dan sedang mencari cara untuk atasi masalah ketidaksuburan.

Masalah mereka menjadi lebih teruk apabila ramai orang disekeliling mereka yang suka pandang negatif kepada pasangan yang belum mendapat zuriat. Rezeki anak ini bergantung kepada kehendak yang Maha Pencipta, bukan kuasa kita untuk senang-senang dapat.

atasi masalah ketidaksuburan

Tetapi kita punya pilihan, kita punya cara untuk berikhtiar. Sekiranya anda yang ingin mendapat zuriat tu dah mencuba pelbagai cara untuk atasi masalah ketidaksuburan ini, cubalah dengan set kesuburan shaklee ini pula. Dah ramai yang mencuba set kesuburan Shaklee ini dan telah berjaya untuk hamil dengan izinNya.

Tetapi sebelum tu, adalah penting untuk mereka yang mempunyai masalah ketidaksuburan untuk mengetahui punca masalah ketidaksuburan ini. Kerana apabila kita mengetahui masalahnya, lebih senang dan cepat untuk kita menyelesaikannya.

Jadi, seeloknya sekiranya anda sudah setahun berkahwin dan masih belum ada petanda untuk mendapat zuriat, anda bolehlah membuat pemeriksaan terlebih dahulu, termasuk si suami. Ini kerana lebih 40 % masalah ketidaksuburan adalah disebabkan oleh pihak suami.

 

Punca Masalah Ketidaksuburan Bagi Lelaki dan Wanita

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah ketidaksuburan. Antaranya adalah:

Punca ketidaksuburan WANITA

  1. Haid yang tidak teratur
    • Masalah haid tidak teratur juga penyebab kepada masalah ketidaksuburan. Haid yang tidak teratur akan menyebabkan kita sukar untuk mengetahui waktu subur kita
  2. Saluran tiub fallopio tersumbat
    • disebabkan jangkitan kuman yg menyebabkan tuib fallopio tersumbat atau kandungan luar rahim dan juga disebabkan endometriosis.
  3. Endometriosis
    • terjadi apabila tisu dari selaput rahim (endometrium) berkembang dan tumbuh di luar rahim. Terdapat tisu endoetrium yang melalui tuib fallopio ke ruang perut semasa kitaran haid yang menyebabkan radang setempat yang menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesame sendiri dan menyebabkan kesakitan haid.
  4. Gangguan telur
    • hormon tidak seimbang menyebabkan gangguan dalam proses ovulasi hingga menyebabkan telur tidak matang. Ketidakseimbangan hormon boleh berlaku disebabkan berat badan yang berlebihan atau kurang berat badan, mengalami perubahan berat badan mendadak dalam masa yang singkat dan juga boleh disebabkan oleh kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik.
  5. Masalah rahim
    • ketumbuhan pada rahim (fibroid) iaitu terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang terbentuk daripada lapisan otot dan tisu penghubung di dalam rahim. Ia bole membesar dan menyebabkan kesakitan semasa period.

 

Punca ketidaksuburan LELAKI

  1. Sperma tidak matang
    • masalah ini berlaku apabila lelaki tidak dapat menghasilkan sperma normal yang mencukupi dan dapat bergerak bebas. Kegagalan ini mungkin disebabkan jangkitan kuman semasa kanak-kanak.
    • Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin juga menyebabkan masalah ini.
    • Penyebab lain adalah seperti gangguan hormon, masalah keturunan dan faktor persekitaran.
    • Selesema juga boleh membawa kesan kepada kekurangan kualiti sperma.
  2. Gangguan pengangkutan sperma
    • kekurangan sperma yang dapat memasuki tubuh wanita kerana salur duktus yang membawa air mani tersumbat.
  3. Bilangan sperma kurang dan tidak aktif
    • Bilangan sperma yang kurang juga menyebabkan ia tidak sampai kepada ovum untuk disenyawakan. Sperma juga tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk berenang ke ovum.

Terdapat banyak lagi faktor yang mempengaruhi masalah ketidaksuburan contohnya gaya pemakanan, tekanan, merokok, kesihatan dan lain-lain lagi. Jadi, adalah penting untuk mereka yang mempunyai masalah ini untuk mendapatkan rawatan dengan doktor dahulu untuk mengetahui punca-punca ketidaksuburan yang tepat. Selepas itu, bolehla mencuba set kesuburan Shaklee ini.

 

Vitamin Shaklee atasi masalah ketidaksuburan lelaki dan wanita

Secara umumnya vitamin ini membantu untuk meningkatkan nutrisi dalambadan kita. Tentunya melalui pemakanan kita belum tentu mendapat nutrisi yang cukup untuk keperluan badan. Apabila nutrisi badan kita telah mencukupi, organ dan sel dalam badan kita akan berkerja dengan lebih baik.

Jadi, secara khususnya, vitamin ini bagus untuk meningkatkan kesuburan bagi lelaki dengan cara:

  • membantu menyokong pengeluaran sperma
  • membantu mencegah kerosakan sperma
  • membantu pengeluaran sperma yang berkualiti
  • membantu memberi kekuatan kepada sperma
  • membantu menghasilkan sel sperma yang sihat

Manakala, bagi wanita pula, vitamin ini sangat penting untuk:

  • membantu untuk menstabilkan kitaran haid
  • membantu menghasilkan lendir serviks yang berkualiti yang meningkatkan lagi tahap kesuburan
  • membantu menstabilkan hormon
  • membantu untuk mencegah aktiviti sel yang abnormal seperti cyst
  • asid folik diperlukan untuk membantu persenyawaan telur oleh sperma
  • membantu mengatasi masalah keputihan
  • membantu membentuk tisu rahim
  • membantu membentuk sel telur ovum yang sihat

Antara yang dicadangkan dalam set ini adalah:

Vitamin untuk atasi masalah ketidaksuburan ISTERI:

  1. ESP
    • Mengandungi protein soya (non-GMO) adalah sangat penting untuk memastikan sel kita sentiasa sihat. Sel yg sihat dapat menyerap vitamin/nutrien lain dengan sempurna.
  2. B-Complex
    • Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 ( 40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Asid folik sangat diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida dan sangat digalakkan diambil bagi yang merancang kehamilan.
  3. GLA Complex
    • Memperbaiki masalah kitar haid tak teratur
    • menghasilkan cecair servikal yang memudahkan sperma untuk berenang ke ovum.
    • Membantu menstabilkan hormon
    • Melegakan PMS (sindrom pra-haid/senggugut) – abdominal pain,
      breast pain
    • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri bagi
      mengelak risiko keguguran

Vitamin untuk atasi masalah ketidaksuburan SUAMI:

  1. Vita-E Complex with Selanium
    • Meningkatkan keinginan seksual
    • Meningkatkan kualiti & meningkatkan bilangan sperma yang berkualiti
    • Membantu dalam masalah “mati pucuk”
    • Meningkatkan libido (keinginan seks)
  2. Zinc Plus
    • Mengaktifkan sperma & menjaga kesihatan testikal serta meningkatkan kuantiti sperma.
    • Membantu kesihatan kognitif
    • Membantu sistem pembiakan yang sihat
    • Meningkatkan fungsi, kualiti dan kuantiti sel sperma

 

Cara Dapatkan Vitamin Atasi Masalah Ketidaksuburan

Untuk mendapatkan vitamin atasi masalah ketidaksuburan ini, anda boleh membuat pembelian secara online dengan menekan ikon dibawah. Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan kad debit atau kredit. Kemudian, terus whatsapp Mia untuk dapatkan penerangan tentang cara pengambilan yang betul.

Anda tidak semestinya mengambil satu set kesemuanya, boleh pilih mengikut keperluan dan bajet anda

Atau, sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai vitamin ini, atau tidak tahu vitamin mana yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda, atau nak dapatkan vitamin ini dengan harga yang lebih murah, boleh segera whatsapp Mia sekarang dengan menekan ikon dibawah. Mia akan berikan konsultansi kepada anda secara percuma.

Jangan biarkan masalah sukar untuk dapat zuriat ini membelenggu hidup anda. Tak salah kita berikhtiar. Disebabkan dah ramai yang dapat kesan yang positif, jadi tak salah untuk anda juga mencubanya.

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

PENAFIAN | Kenyataan dihalaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food And Drug Adminstration)
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit

———————————————————————————

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge