Diari Emil · Tips Keibubapaan

Aktiviti bersama anak-anak yang boleh meningkatkan motor halus mereka

Terdapat banyak aktiviti bersama anak-anak yang boleh kita buat untuk meningkatkan skill motor halus mereka. kemahiran motor halus adalah kebolehan mereka menggunakan anggota badan membuat pergerakan. Pergerakan ini melibatkan otot-otot kecil di bahagian tangan, jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah.

Dengan melakukan aktiviti bersama anak-anak ini akan meningkatkan kemahiran motor halus mereka terutama dibahagian tangan. Kemahiran motor halus ini sangat penting untuk perkembangan anak-anak apabila mereka besar nanti.

aktiviti bersama anak-anak

Selain itu, aktiviti bersama anak-anak ini akan dapat mengurangkan pegaruh gajet kepada anak-anak. Ramai ibu bapa sekarang mengambil jalan mudah dengan memberikan gadjet kepada anak-anak supaya mereka duduk diam. Akan tetapi, gajet hanya memberi banyak keburukan pada anak dan akan membunuh sel otak anak.

Sebagai ibu bapa kita perlu mendedahkan mereka dengan aktiviti yang bermanfaat dan tidak bosan pada mereka. Ibu haruslah mempelbagaikan aktiviti dirumah dengan mereka.

Di sini Mia nak kongsikan idea menarik yang boleh di buat bersama anak-anak untuk merangsangkan motor halus mereka. Secara tidak langsung, aktiviti ini boleh meningkatkan fokus anak, dan merangsang minda mereka.

Idea Menarik Aktiviti Bersama Anak-anak

1. Fur Balls (Mengenal warna)

Ibu-ibu boleh menghasilkan fur balls ini sendiri. Minta anak mengasingkan fur balls ini mengikut warna yang sama. Secara tidak langsung mereka dapat mengenal warna. Sekiranya tiada fur balls, boleh gunakan bola-bola kecil, batang aiskrim berwarna (banyak dijual di kedai alat tulis), ataupun blok-blok kayu berwarna. Ibu bapa harus mengawasi mereka kerana takut mereka masukkan barang-barang tersebut ke dalam mulut.

2. Fur Stick

Cara main: Masukkan fur stick ke dalam lubang-lubang kecil. Contohnya boleh guna penyejat sayur yang ada lubang-lubang kecil tu. Suruh anak masukkan fur stick ke dalam lubang penyejat sayur tu. Ini melatih fokus anak-anak dan merangsang motor halus bahagian tangan anak. Fur stick tu boleh dapatkan di kedai-kedai alat tulis atau di kedai barang kawen. Mudah dan murah.

3. Cop cop cop

Aktiviti nie sangat menarik. Gunakan apa yang ada je kat rumah dan celupkan dalam pewarna kemudian cop atas kertas. Waktu kecik-kecik dulu kita selalu buat. Guna kentang, batang sayur, tangan. Kalau guna tangan boleh kreatifkan lagi untuk hasilkan gambar dinasour ke, arnab ke atau ulat beluncas macam gambar dibawah. Kalau ibi-ibu risau untuk menggunakan warna lukisan yang banyak bahan kimia tu, boleh cuba buat pewarna sendiri. Gunakan tepung, pewarna makanan dan air. Campurkan semua. Jangan buat trlalu cair, nanti lambat kering. Hanya guna sikit je pewarna makanan tu. Kena awasi anak selalu takut anak masukkan dalam mulut.

4. Cut and paste

Aktiviti ini memerlukan kertas berwarna, gunting dan gam. Gambar dibawah boleh dijadikan idea untuk ibu-ibu yang ingin melakukan aktiviti ini. Hanya menggunakan keratan kertas berbentuk love, boleh menghasilkan bentuk gambar yang menarik. Hasilkan gambar yang mereka suka. Ajar anak menggunakan gunting. Gunting senget-senget pun xpe. Ini merangsang tahap fokus anak anda. Emil suka sangat kalau dapat gunting. Memang nampak bahaya, berikan gunting yang hujung dia tak tajam tu.

 5. Car track

Anda tak perlu membeli car track yang mahal-mahal pun. Boleh buat sendiri. Gunakan tape berwarna untuk membuat track kereta. Lepas tu letak la kereta mainan anak-anak atas track tu. Minta anak jalankan kereta tersebut mengikut track yang ada. Aktiviti ini merangsang motor halus anak anda dan melatih anak menjadi lebih fokus. Tiap-tiap minggu boleh tukar corak track yang berbeza, mungkin yang lebih mencabar.

Menarik kan. Tak perlu keluarkan banyak modal pun untuk mengisi masa lapang mereka. Tak perlu pergi ke mall atau tempat hiburan untuk bermain dengan mereka. Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh kita buat. Cuma kita perlu kreatif. Dedahkan anak-anak dengan pelbagai aktiviti supaya mereka dapat belajar awal diusia muda.

Lagi satu, sila tampal karya anak-anak anda di dinding ke mana ke kan. Ini akan meningkatkan tahap keyakinan mereka. Anak akan lebih menghargai kita nanti. Dan jangan mengeluh kerana rumah bersepah selepas membuat aktiviti ini. Pendidikan anak-anak lagi penting pada masa depan berbanding rumah yang bersepah.

Diharap perkongsian ini bermanfaat pada semua.

With Love

-MiaZain-

6 thoughts on “Aktiviti bersama anak-anak yang boleh meningkatkan motor halus mereka

  1. wah, menarik juga kan buat xtvt macam ni.. memang kreatif.. memang boleh menguji minda anak2… nnti kalau ada anak, nak buat macma ni la.. x best la kasi gadget ja

    1. ohsem kan, tapi kalau org lain yang melukis atas sofa tu mau mengamuk kita. hehe.kalau kita yang lukis, its ok je. haha…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge