Tips Berguna

8 tips mudah elak kain tak berlipat menimbun tinggi

Assalamualaikum semua…
 
Ramai yang tak suka melipat kain kan sampaikan kain tak berlipat menimbun tinggi macam gunung. Nak minta suami tolong lipat pun jarang ada yang nak lipat. Kalau lipat pun mesti tak kemas, kita pulak yang tak berkenan dihati. 
 
Lagi satu, pernah tak alami situasi macam ni. Tiba-tiba orang datang rumah, lepastu mula la kelam kabut sebab kain tak berlipat menimbun di ruang tamu. Cepat-cepat angkut masuk dalam bilik.
 
Memang selalu jadi macam ni. Kononnya letak kain berlonggok tak berlipat kat ruang tamu sebab nak lipat sambil tengok tv. Tapi bila takde mood nak lipat kain, memang akan duk situ je lah kainnya sampai dah bertimbun. Bila dah banyak sangat, memang terpaksa la melipatnya.
 
kain tak berlipat, cara lipat kain, tips untuk yang malas lipat kain, malas lipat kain
 
Jadi, untuk memudahkan kita supaya kain tak bertimbun setinggi gunung, boleh cuba mana-mana tips ini.

Cara Mengatasi Kain Tak Berlipat Menimbun Tinggi Pada Mereka yang Malas Lipat Kain

1. Menggunakan penyangkut baju

Ini tips paling mudah yang mia dapat waktu dengar talk tentang pengurusan masa. Semua baju, seluar tak perlu di lipat. Hanya gantung guna penyangkut baju dan masukkan dalam almari. Lagi senang apabila kita jemur kain pun guna penyangkut baju. Lepas baju dah kering terus masuk dalam almari masing-masing. 
 

2. Basuh dan lipat baju secara berkala

Kalau kain kotor banyak, pastikan basuh kain setiap hari. Bila mesin basuh dah berbunyi terus je masuk bakul dan sidai diampaian. Pada mereka yang berkerja, waktu bangun subuh tu, masukkan terus baju kotor dalam mesin basuh. Waktu nak bersiap pergi kerja, sambil-sambil tu boleh la sidai kain diampaian. Dah kering, terus lipat. Bila kain tak banyak, sekejap je dah siap lipat. Jangan tunggu hujung minggu baru nak basuh. Bila kain dah banyak, mula la malas nak lipat.
 

3. Terus lipat fabrik yang bersaiz besar dan tebal

Contohnya kain cadar, selimut atau kain pelikat. Lepas kering di ampaian terus lipat kain tersebut diampaian juga. Masukkan dalam bakul dan boleh terus simpan dalam almari. Sebab senang nak lipat kain yang besar kan. Ini supaya kain yang berlonggok tu tak nampak banyak sebab ada kain yang besar-besar. Bila nampak kain banyak, lagi la kita malas nak lipat. Tapi, jangan pulak buat macam ni bila hujan dah turun, baru nak angkat kain.
 

4. Bakul kain untuk setiap penghuni rumah

Ini boleh dipraktikkan sekiranya ada anak-anak yang sudah dewasa. Pastikan dalam setiap bilik mereka ada bakul untuk kain bersih untuk setiap seorang. Selepas mengangkat kain diampaian, terus asingkan kain dan masukkan ke dalam bakul masing-masing. Untuk anak yang dah dewasa tu boleh suruh mereka melipat kain sendiri. Secara tak langsung, ini boleh menjadikan mereka lebih berdikari untuk melakukan kerja rumah kelak.
 

5. Tiada gangguan apabila melipat baju

Selalunya kita lipat kain sambil tengok tv kan. Tapi masalahnya apabila cerita di tv dah habis, kain tak habis-habis lagi lipat. Akhirnya berlonggk lagi kain depan tv. Jadi, fokus dulu untuk melipat kain, baru lah boleh tengok tv dengan tenang. Lagi satu perkara yang selalu terjadi pada mia, ada je yang datang mengacau kain yang dah lipat tu. Emil la tu punya kerja. Dia saja nak kacau kain tu untuk tarik perhatian kita. Dah bersepah semula kain yang dah berlipat. Geram tau. Jadi, lipatla bila mereka dah tidur atau minta ayahnya alih perhatiannya dengan bermain.
 

6. Guna bakul yang bersaiz kecil

Guna bakul yang bersaiz kecil untuk meletakkan baju yang sudah bersih. Apabila bakul dah penuh, kita akan terus melipatnya, Jadi kain yang perlu dilipat tak banyak. Kalau kita gunakan bakul besar, selagi bakul tersebut tak penuh, selagi itulah kita tak kan lipat kain tu kan. “Eh, tak pe lah tunggu penuh dulu la bakul tu baru lipat”. Mentaliti kita sebenarnya perlu diubah.
 

7. Guna alat melipat kain

cara lipat kain, cara mudah lipat kain, malas lipat kain, kain menimbun, cara selesaikan masalah kain tak lipat
 
Cara ini sangat mudah dan murah. Kerja melipat baju menjadi lebih cepat dan lebih kemas sebab kain yang dilipat akan sama besar je. Dah banyak terdapat dipasaran. Mia pernah nampak alat ni ada dijual di Daiso. Murah je, kalau kat daiso tu semua barang RM 5.00 + gst RM 0.30. Boleh rambang mata bila pergi sana. Haha. Kalau nak DIY pun boleh. Guna kertas kadboard keras tu ja, potong dan lekat guna pita solefon je.
 

8. Perkhidmatan melipat kain

Ni cara terakhir kalau memang dah malas sangat-sangat nak lipat kain. Sekarang ni dah ada perkhidmatan untu melipat kain. Bukan setakat basuh baju je, lipat baju pun boleh suruh orang je. Harganya dalam RM 2.00 sekilo. Macam murah jugak tu. Dah mudah sangat gaya hidup rakyat Malaysia sekarang kan. 
 
Sekiranya ada kain bertimbun kat rumah tu boleh la cuba mana-mana tips kat atas nie. Sekiranya ada cadangan lain, boleh kongsikan diruangan komen. Kalau kita dah sekali biarkan kain menimbun, memang akan berkali-kali lepas ni kain tu akan menimbun. Kena rajin kemas rumah, supaya husband sayang… 🙂
 
-With Love-
MiA
012.928.3726

0 thoughts on “8 tips mudah elak kain tak berlipat menimbun tinggi

  1. magnificent put up, very informative. I ponder why the other
    specialists of this sector don't understand this.

    You must proceed your writing. I am confident, you've a huge readers' base
    already!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge