Info Penyusuan · Penyusuan · Vitamin Ibu Menyusu

8 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu yang Ibu Muda Wajib Tahu

Dalam tak sedar saya telah berjaya menyusukan ketiga-tiga anak secara esklusif sehingga 2 tahun. Banyak tips menjayakan penyusuan susu ibu secara esklusif telah dipraktikkan tanpa perlu top up dengan susu formula. Jadi, tugas MiaZain pula untuk berkongsi dengan anda tentang tips menjayakan penyusuan susu ibu kepada ibu semua supaya ibu juga dapat menjayakan proses penyusuan susu ibu ini.

Sebenarnya bukan mudah untuk menjayakan proses penyusuan susu ibu sehingga anak berusia 2 tahun. Banyak sangat halangan dari orang sekeliling dan diri kita sendiri untuk menjayakan proses penyusuan ini.

Tips menjayakan penyusuan susu ibu

Jadi, Mia akan kongsikan disini antara tips menjayakan penyusuan susu ibu yang dapat membantu anda untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara esklusif. Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu lain yang memahami betapa pentingnya susu ibu kepada anak kita.

8 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Hingga 2 Tahun

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi bagi ibu yang berkerjaya. Jadi, ilmu-ilmu tentang penyusuan adalah perkara wajib yang perlu kita cari sebelum melahirkan anak. Ramai ibu-ibu hanya try and error dan menyebabkan mereka gagal dalam usaha murni ini kerana ceteknya ilmu penyusuan ini.

Jadi, ikuti tips menjayakan penyusuan susu ibu ini supaya ibu semua dapat menyusukan anak ibu tanpa gagal. Antara tips yang boleh dipraktikkan adalah:

1. Buat Persediaan Mental & Fizikal Dengan Tanamkan Niat Dan Azam

Persediaan mental & fizikal sangat lah penting. Niat untuk menyusukan anak haruslah ke jalan Allah. Kita perlu set pada minda kita bahawa kita nak menyusukan anak selama 2 tahun. Sebarang halangan yang datang untuk menyususkan anak tak akan terkesan pada kita. Dari segi fizikal pula, pastikan badan kita sihat kerana masa rehat pasti akan digunakan untuk menyusukan anak tambahan pula tenaga kita berkurangan setelah melahirkan anak.

2. Tambah Ilmu

Kalau dah ada niat tapi tak tahu caranya pun susah juga. Jadi, kita harus banyakkan membaca tentang ilmu penyusuan. Artikel-artikel di internet, blog-blog ibu menyusu, forum penyusuan susu ibu boleh dijadikan sebagai rujukan. Bila ada ilmu kita akan rasa lebih faham dan yakin. Ibu juga boleh follow blog MiaZain ini untuk dapatkan ilmu tentang penyusuan sebab banyak lagi topik tentang penyusuan yang akan Mia kongsikan disini.

3. Sokongan Suami Dan Ahli Keluarga

Orang terdekat juga memainkan peranan penting untuk menjayakan proses penyusuan susu ibu ini. Beritahu kepada mereka bahawa kita nak menyusukan anak selama 2 tahun dengan susu ibu sahaja tanpa susu formula. Apabila mereka tahu tentang pendirian kita, mereka akan lebih menghormati pendirian kita.

4. Persediaan Material

Sediakan alatan penyusuan untuk memudahkan kita menyusu anak. Contohnya bagi ibu yang berkerja, mereka perlukan alatan yang lengkap seperti pump susu, botol untuk simpan susu, bekas yang sesuai untuk simpan susu. Disamping itu keperluan seperti nursing pillow, nursing bra dapat memudahkan kita menyusukan anak. Bila ada barang-barang ni, proses penyusuan tu akan jadi lebih mudah dan selesa.

5. Persediaan Rohani

Berdoalah semoga Allah memberi kekuatan pada kita untuk menyusukan anak sehingga usianya 2 tahun. Perbanyakkan amalan rohani untuk ikhtiar banyakkan susu.

6. Faham konsep asas penyusuan

Ibu menyusu perlu faham konsep demand & supply. Semakin banyak anak menyusu badan, semakin banyak susu akan terhasil. Ini selaras dengan keperluan bayi. Di awal kelahiran, perut bayi masih kecil dan hanya memerlukan susu yang sedikit. Jadi, susu yang dikeluarkan pun sikit. Bukan bermakna susu mereka tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan anak.

7. Elakkan Stress dan berfikiran negatif

Stress adalah perkara biasa bagi ibu yang baru melahirkan anak, ditambah pula dengan kurang rehat. Jadi, kena pandai uruskan tekanan yang datang supaya penghasilan susu tidak merudum. Ibu-ibu juga perlu sentiasa berfikiran positif yang mereka dapat menyususkan anak selama 2 tahun dan susu yang dihasilkan adalah mencukupi.   

8. Jaga Kesihatan Ibu Menyusu

Semasa menyusukan bayi, zat-zat dan nutrien penting daripada badan ibu akan disalurkan ke anak melalui susu ibu. Dalam masa sama proses penyusuan susu ibu tu sendiri banyak guna tenaga. Jadi, sangat penting bagi ibu menyusu untuk memastikan badan anda mendapat nutrien lengkap supaya badan boleh menghasilkan susu dengan baik, kesihatan terjaga, dan anak mendapat nutrien penting untuk membesar dengan baik. 

Cara untuk menjaga kesihatan ibu

Untuk memastikan kesihatan ibu sentiasa sihat dan bertenaga, makanan tambahan sangat diperlukan untuk membantu ibu menjayakan proses penyusuan susu ibu ini. Makanan tambahan dapat membantu menghasilkan susu yang banyak dan berkhasiat. Disamping itu, makanan tambahan juga dapat memberi tenaga kepada ibu menyusu. Jadi ibu akan sentiasa bersemangat untuk menyusukan anak.

Cuba bayangkan sekiranya ibu tidak bertenaga, letih, penat akibat terpaksa bangun malam untuk menyusukan anak, dalam masa yang sama terpaksa menjalankan tugas harian seperti biasa, ini akan menyebabkan ibu menyusu mudah stress.

Perlu diingat, stress adalah salah satu punca susu tidak dapat dikeluarkan dengan lancar. Apabila susu berkurang, kita lebih cepat untuk berputus asa. Jadi, hal ini akan membantutkan proses penyusuan anak anda.

Jadi, jangan abaikan pengambilan makanan tambahan ini. Sepanjang saya menyusukan emil, saya amalkan pengambilan vitamin-vitamin seperti dibawah:

menjayakan penyusuan
1. ESP

Bantu kurangkan rasa lapar dan bagi tenaga. Bekalkan protein yang penting untuk proses penghasilan susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Bantu pelihara kesihatan sel, kulit, kuku, rambut ibu dan bayi.

2. Vitamin C

Kuatkan sistem imun. Bantu perkembangan tulang dan gigi bayi.

3. B Complex

Baik untuk kesihatan saraf dan peredaran darah. Bantu redakan tekanan ibu dan memberi ketenangan serta keseimbangan emosi.

4. Ostematrix

Bekalkan sumber kalsium penting untuk perkembangam bayi dan ganti semula kalsium ibu yang hilang. Bantu ibu tidur lebih nyenyak dan bangun rasa lebih cergas.

5. Alfalfa Complex

Alfalfa adalah penggalak susu yang tak panas dan tak mudaratkan baby. Kaya dengan mineral dan serat untuk bantu kurangkan sembelit dan cuci usus untuk bantu ibu kurus dan kempiskan perut. Bagus untuk kesihatan dalaman wanita lepas bersalin.

6. Multivitamin Vita-Lea

Diformulasi dengan zat besi yang membantu penghasilan sel darah mana yang mana ibu lepas bersalin banyak kehilangan darah. Membekalkan dan mengisi kelompongan nutrien daripada diet harian untuk pemulihan sel dan kesihatan keseluruhan.

7. Omega Guard

Omega Guard memberi sumber asid lemak 3 yang bagus untuk keperluan ibu dan bayi untuk merangsang perkembangan saraf, mata dan otak yang baik. Ia juga membantu untuk ibu mengekalkan berat badan yang ideal dan badan yang sihat.

Telah ramai ibu yang dah cuba dah berpuas hati dengan set penyusuan ini. Antara testimoni yang berjaya setelah mengambil set ini adalah apabila seorang ibu ini telah dapat menghasilkan banyak susu dan boleh berjaya buat banyak stok EBM. Terdapat banyak lagi testimoni mereka yang berjaya telah Mia satukan di entry berikut:

Testimoni Set Menyusu Shaklee – Pengalaman Pengguna Set Menyusu Shaklee

Telah ramai ibu-ibu yang mengambil makanan tambahan ini berjaya menyusukan anak mereka hingga lengkap 2 tahun. Sekiranya anda ingin berjaya seperti mereka dan berminat untuk mendapatkan set vitamin ini, boleh hubungi Mia melalui whatsapp di 012-928 3726. Mia akan terangkan kepada anda dengan lebih lanjut tentang produk ini.

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

PENAFIAN
Kenyataan dihalaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food And Drug Adminstration).
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit
———————————————————————————

8 thoughts on “8 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu yang Ibu Muda Wajib Tahu

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge