Masalah Ibu Menyusu · Penyusuan

8 Cara Banyakkan Susu Badan dengan Cepat

Setiap ibu tidak mempunyai nasib yang sama dari segi kuantiti susu badan. Ada yang susu badannya sangat banyak, dan ada juga susu badan yang sedikit. Ia bergantung pada keadaan ibu tersebut. Akan tetapi, kita boleh banyakkan susu badan dengan cepat. Terdapat banyak cara untuk banyakkan susu badan ini.

Banyakkan susu badan

Jadi, perkara pertama yang ibu menyusu ini perlu jelas untuk banyakkan susu badan adalah konsep permintaan & penawaran (demand & supply). Maksudnya di sini, apabila anak kita lagi kerap menyusu, lagi banyak kilang susu akan menghasilkan susu. Kagum dengan ciptaan Allah kan.

Perkara kedua yang ibu-ibu perlu tahu adalah saiz perut bayi. Bagi bayi yang baru lahir, perut mereka sangat kecil. Jadi, bayi hanya perlukan sedikit sahaja kuantiti susu untuk mereka kenyang.

Boleh lihat gambar dibawah nie sebesar mana perut bayi yang baru lahir hingga usia sebulan. Kuantiti susu akan bertambah dari sehari ke sehari mengikut keperluan bayi tersebut. Jadi, kita tak perlu nak fikir cukup atau tidak susu yang diperlukan oleh bayi kita. Waktu ini kita tidak perlu banyakkan susu badan lagi.

Akan tetapi sekiranya, anak menunjukkan tanda-tanda seperti tidak cukup susu, bermaksud susu kita tidak mencukupi untuk anak. Berbalik pada cara untuk banyakkan susu badan. Kita praktikkan satu-satu supaya susu kita kembali kepada keadaan normal semula.

Cara untuk Banyakkan Susu Badan Dengan Cepat

1. Tenangkan fikiran, banyakkan berehat & berfikiran positif

Tekanan boleh menghalang keupayaan semula jadi badan untuk melepaskan susu ibu. Cari tempat yang tenang untuk menyusu atau mengepam. Ibu boleh tenangkan fikiran ibu dengan mendengar muzik yang tenang, melihat gambar anak-anak, dan sebagainya.

Terlalu letih juga boleh menyebabkan susu berkurang. Jadi, banyakkan berehat dan sentiasa berfikiran positif bahawa susu kita cukup untuk anak kita.  

2. Kekerapan mengepam susu

Semakin banyak kali ibu mengepam susu lebih banyak susu yang akan dihasilkan. Jika ibu seorang yang bekerja sepenuh masa, cuba untuk mengepam setiap selang 3 jam sekali. Jika boleh , pam kedua-dua payudara pada masa yang sama . Ia akan menjimatkan masa ibu. Dengan menambah kekerapan menyusu/ memerah, anda meningkatkan kadar hormon prolaktin dalam tubuh.

*Hormon prolaktin berfungsi untuk menggalakkan kilang susu menghasilkan lebih banyak susu.   Sekiranya ibu ingin mengumpulkan stok susu, berikut adalah contoh jadual mengepam:

Sesi 1 – Sebelum Subuh. Pada masa ini, hormon prolaktin tinggi, biasanya kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain. 

Sesi 2 – Pam pada waktu tengahari, jam 12.

Sesi 3 – Pada sebelah petang sebelum pulang ke rumah.

Sesi 4 – Sebelum tidur (lebih kurang jam 11/12 malam)

*Jika ibu rasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, tambahkan sesi mengepam pada waktu malam. 

3. Susui bayi lebih kerap ketika bersama bayi

Lebih banyak ibu menyusukan anak, lebih banyak bekalan anda akan apabila anda mengepam. Saya nasihatkan agar tambahkan kekerapan menyusukan bayi pada waktu malam, awal pagi dan semestinya pada hujung minggu. Pam selepas sesi penyusuan boleh membantu meningkatkan bekalan susu juga – walaupun mungkin waktu itu hanya beberapa titis susu yang keluar pada awalnya.

4. Tandem pumping

Bagi membantu ibu menjayakan penyusuan, pada masa yang sama mendapatkan stok yang cukup untuk bayi sewaktu bekerja, ibu digalakkan juga untuk melakukan tandem pumping untuk banyakkan susu badan. Tandem pumping ni adalah teknik rangsangan payudara untuk menghasilkan susu lebih banyak, dimana ibu menyusukan bayi dan memerah susu serentak.

Selain melengkapkan penyusuan dan bonding session bersama bayi, ibu juga masih boleh mengumpul stok dengan cepat.

5. Power pumping (seminggu sekali)

Buat power pumping sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk menghantar signal kepada badan untuk menghasilkan susu yang lebih banyak. Waktu ideal adalah antara jam 12 malam hingga 6 pagi. Ibu pilihlah waktu yang paling lapang dan sesuai dengan ibu.

Pada waktu ini hormon prolaktin sangat tinggi, jadi ambil peluang untuk menjadikan kilang susu yang lebih produktif.  

6. Banyakkan pengambilan air

Kandungan utama susu ibu adalah air. Pastikan ibu minum air yang cukup setiap hari. Ibu digalakkan meminum AIR SUAM dan jika boleh elakkan minuman berais. Air suam membantu percepatkan pengaliran bendalir dalam badan. 

Periksa warna urin untuk menentukan ibu cukup air atau tidak. Tanda cukup air, urin berwarna jernih dan tidak berbau. Jika urin berwarna keruh dan berbau, bermaksud ibu tidak cukup air dalam badan. Hati-hati kerana ia boleh buat anda pitam dan pening kepala pada siang hari.

Air, jus dan susu boleh membantu anda kekal terhidrat dan menggalakkan pengeluaran susu. Walaubagaimanapun, ibu dinasihatkan agar menghadkan soda, kopi dan minuman berkafein yang lain. Terlalu banyak kafein boleh menyebabkan kerengsaan atau mengganggu tidur bayi anda. 

7. Jangan merokok

Tabiat merokok dikalangan ibu-ibu boleh mengurangkan bekalan susu anda. Kandungan nikotin dalam badan anda boleh mengubah rasa susu dan mengganggu tidur bayi. Jika anda merokok, tanya doktor anda untuk pilihan bagi membantu anda berhenti. 

8. Pemakanan yang seimbang

Elakkan makanan berminyak dan terlalu pedas. Seeloknya banyakkan makanan yang dimasak dengan cara panggang, rebus atau stim. Ini kerana badan kita akan mengesan makanan berminyak, pedas dan berempah sebagai makanan yang sukar dicernakan. Selain mengambil masa yang lama untuk diproses, ia juga akan menggunakan banyak air dalam tubuh kita. 

Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh. Lebihkan pengambilan sumber protein serta kalsium juga. Ibu yang menyusukan bayi memerlukan lebih kurang 2700 kalori sehari. Pengambilan makanan seimbang dalam kuantiti yang sedikit dan lebih kerap amat digalakkan.

Amalkan pengambilan supplemen juga bagi melengkapi nutrisi harian anda. Saya sangat menyokong penyusuan susu ibu, kerana banyak kelebihan menyusukan anak kita dengan susu ibu.

Semoga dengan perkongsian tips penyusuan ini dapat membantu ibu di luar sana yang mempunyai masalah kurang susu badan ini. Saya juga menggalakkan ibu yang menyusukan anak mengambil supplemen seperti SET MENYUSU SHAKLEE untuk membantu membanyakkan dan memekatkan susu ibu.

Set ini juga membantu anda sentiasa bertenaga supaya ibu-ibu tidak penat dengan tugasan harian dan menjaga anak serta dapat menyusukan anak dengan sempurna. Di artikel testimoni ini, mereka telah membuktikan bahawa set menyusu ini membantu ramai ibu untuk menjayakan proses penyusuan mereka.

Jika anda mempunyai masalah mengekalkan bekalan susu anda atau anda bimbang bahawa anda tidak menghasilkan susu yang cukup, sila hubungi saya untuk mendapatkan lebih informasi dan tips penyusuan melalui aplikasi whatsapp di 012-928 3726

Kita semua ibu yang hebat sekiranya berjaya menyusukan anak dengan susu ibu selama 2 tahun lengkap. 

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

PENAFIAN
Kenyataan dihalaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food And Drug Adminstration).
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit
———————————————————————————

0 thoughts on “8 Cara Banyakkan Susu Badan dengan Cepat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge