Tips bisnes · Tips Kewangan

6 Tips Pengurusan Kewangan Untuk Mereka Yang Bijak

Disebabkan taraf hidup dah semakin tinggi sekarang, kita haruslah bijak untuk mengurus hal kewangan. Kalau takde pengurusan yang sistematik, duit kita semuanya habis dibelanjakan je. Lagi-lagi kalau yang berkerja sendiri yang takde income tetap setiap bulan. Bila dah sampai tengah bulan, habis semua wang dah dibelanjakan.

Jadi, untuk elakkan ketirisan wang sebegini, kita perlu ada sistem yang sistematik, supaya walaupun kita bergaji kecil, kita tetap punyai simpanan untuk kegunaan pada masa akan datang.

tips pengurusan kewangan

Jadi, Mia nak kongsikan sikit tips pengurusan kewangan ni supaya dapat manfaat untuk semua.

 

Tips Pengurusan Kewangan Untuk Mereka Yang Bijak

Antara tips yang wajib diikuti adalah:

#1 Dapat gaji, SIMPAN 10% dahulu sebelum BELANJA

Kalau belanja dulu baru nak simpan, alamatnya memang tak cukup la untuk menyimpan. simpanan ni untuk digunakan waktu kecemasan dan untuk jangka panjang.

 

#2 Ada perancangan kewangan

Listkan perkara wajib yang perlu digunakan dengan duit tu, contohnya bayar bil air, api, bayar rumah, kereta, nafkah, perbelanjaa, sedekah dll. Dari sini kita tahu kemana duit kita disalurkan.

 

#3 Belanja ikut keperluan bukan ikut kemahuan

Selalunya duit belanja kita habis membeli barang yang kita nak je, bukan barang yang kita perlu. Ramai yang keliru apa barang yang menjadi keperluan & kehendak. semuanya dianggapnya keperluaan…

 

#4 Minimumkan perbelanjaan

Apabila kita mengurangkan perbelanjaan dan jumlah komitmen bulanan, maka kita mempunyai lebih banyak wang lebihan setiap bulan. contohnya jimatkan bil elektrik, air, telefon dll.

 

#5 Banyakkan menderma

Peruntukkan sejumlah wang untuk kita menderma setiap bulan. Ini kerana, dengan menderma, Allah akan cukupkan keperluan kita dan tambahkan lagi berganda-ganda daripada sumber yang tidak disangka-sangka.

 

#6 Bina pendapatan sampingan dan pendapatan pasif

Contohnya buat bisnes online atau mula membina pendapatan pasif dengan hartanah, saham, pelaburan emas dan lain-lain.

Tetapi sekiranya anda mempunyai impian untuk hidup yang bebas daripada masalah kewangan dan masa, Mia nasihatkan untuk anda membuat bisnes secara separuh masa mahupun sepenuh masa. Boleh lanjutkan pembacaan anda tentang Cara Tambah Pendapatan Sampingan Dari Rumah Dengan Mudah supaya kita dapat menambah baik masalah kewangan kita.

Semoga tips ini bermanfaat. Sharing is caring

31 thoughts on “6 Tips Pengurusan Kewangan Untuk Mereka Yang Bijak

  1. I did that since I was in the 20s after start working. I seriously recommend this for all. Bersusah susah dahulu dan bersenang senang la kemudian. You won’t regret this.

  2. Alhamdulillah..walau kerjaya dan gaji tak seberapa, sampai terpaksa buat kerja sampingan SA dah ada simpanan juga..sikit- sikit untuk masa depan..nak harap duit pencen/kwsp lambat lagi kan..ada 19 tahun kerja lagi..anak- anak muda perlu tahu tips pengurusan kewangan…

    1. Thanks. betul tu kadang2 awal2 kerja ni la kena betul2 disiplin bab kewangan ni. selalu ramai yang habiskan duit gaji untuk berbelanja je waktu awal2 kerja kan

  3. Nice tips. betul tu, mmg kena rancang perbelanjaan kewangan, kalau terlebih guna dah parah pulak jadinya nanti bulan tu kan huhu.

  4. haritu I ada buat matematik apa tah…
    nombor I nombor sekian…
    dia cakap I duit selalu bocor sebab suka memberi hahahha…
    apapun I sangat setuju dengan..

    #5 Banyakkan menderma
    Peruntukkan sejumlah wang untuk kita menderma setiap bulan. Ini kerana, dengan menderma, Allah akan cukupkan keperluan kita dan tambahkan lagi berganda-ganda daripada sumber yang tidak disangka-sangka.

    Kadang-kadang betul… haritu masuk tabung seposen je… later jeng jeng jeng…

    1. pernah tahu jugak pasal nombor2 tu. hehe… betul tu, kalau niat kita ikhlas nak memberi, nanti kita akan dapat lebih lagi…

  5. Tips yg bagus. Memang zaman skrg kena bijak uruskan kewangan..kalu tak..cukup bulan makan teloq gan nasi je.
    Sis pun skrg sdg bjar2 buat busines online utk cr wang tambahan

    1. yups betul tu. lepas ni tiap2 hujung bulan still boleh makan steak lagi kan bila dah buat online bisnes. hehe

    1. Hehe, betul tu.nak istiqamah dan disiplin tu sangat susah. tapi kalau kita fikir masa depan kita, insyaAllah boleh istiqomah…

    1. welcome. Yup betul tu. Memang dah dijanjikan lebih banyak kita memberi, lebih banyak lagi yang kita dapat kan.

  6. Betul..zaman sekarang..kewangan kena pndai rancang..kalau tak memang nanti gigit jari lah jawabnya. Lagi satu kena bijak cari pendapatan tambahan…

  7. no 5 tu sgt aida setuju, miazain.
    tu kungi kepada kekayaan yg hakiki 🙂
    then, baru no 1. savings dulu baru belanja.
    aida sebaiknyer akan cuba minima kan belanja according to kehendak sendiri.
    more kpd anak-anak. itu pun yg wajib dipenuhi lah…

    1. Betul tu… lebih banyak kita bagi, lebih banyak yang kita akan dapat. Belanja anak2 pon satu sedekah jugakkan…

    1. betul tu. kena disiplin kalau bab-bab menyimpan duit ni. ada yang pantang ada duit, terus nak shopping. hehe

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge