Tips bisnes

5 Tips Mulakan Bisnes Online Di Facebook

Makin ramai yang buat bisnes online menggunakan medium Facebook kan. Sampai ada yang jadi jutawan dengan hanya guna facebook sahaja sebagai medium pemasaran.

Terdapat banyak jenis produk yang dijual di facebook. Jadi, tak mustahil untuk kita juga menjual apa sahaja produk secara online di facebook itu. Tetapi, kita perlukan strategi yang betul supaya orang nampak dan berminat dengan produk yang kita jual. Jadi, disini Mia bongkarkan 5 tips permulaan untuk anda ikuti supaya boleh dapat banyak sales melalui medium facebook.

bisnes online di facebook

5 Tips Mulakan Bisnes Online Di Facebook

Anatra tips yang perlu anda ikuti untuk memulakan perniagaan anda di Facebook adalah:

1. Tingkat friend/follower yang berkualiti

Kalau ramai kawan, tapi kurang kawan yang berpotensi untuk beli produk kita, sangatlah rugi la kan. Untuk dapatkan kawan yang berkualiti, kenalah tahu targeted prospek kita.

2. Banyakkan softselling berbanding hardselling

Banyakkan post yang bercerita sambil bersahaja berbanding post yang menjual. Orang kita suka sangat baca cerita kan.

3. Banyakkan post dalam sehari

Kalau betul-betul buat bisnes dengan facebook,memang kena rajin untuk update status. Tak kisahlah pasal bisnes atau pasal peribadi, dan elakkan menceritakan tentang keburukan produk orang lain. Tak baik tau.

4. Bina engagement sesama kawan di Facebook

Rajin-rajin la like dan komen status kawan-kawan untuk bina engagement dengan mereka. Barulah diorang pon boleh lihat post kita. Tapi biarlah ikhlas kan… hihi

5. Bina branding sendiri

Ini penting supaya orang kenal kita, orang tahu kita jual produk apa. Kalau ada yang menyindir kita kat luar sebab buat bisnes itu ini di facebook, tu maksudnya branding kita dah nak berjaya, maksudnya orang dah tahu apa yang kita jual kat facebook tu kan. Jadi, tak perlu sentap kalau ada yang menyindir ke apa ke kan.

Cukuplah dulu tips untuk newbie yang nak buat bisnes kat facebook ni. Pesanan Mia, kalau nak berbisnes,biarlah jujur, cari produk yang boleh bantu orang ramai. Supaya nanti kita pon akan dapat pahala kebaikan. Insyaallah…

Jom buat bisnes bersama Mia menggunakan Facebook dan medium online yang lain. Sekurang-kurangnya ada pendapatan sampingan dan dalam masa yang sama boleh sihat juga kan.

Sekiranya anda berminat untukmenjalankan bisnes online dari rumah, boleh whatsapp mia segera. Siapa yang tak nak kan kalau kita boleh jana pendapatan 4 ke 5 angka sebulan hanya dengan menjalankan bisnes online.

Mia akan guide anda sehingga berjaya. Tak kan nak tengok orang lain je berjaya kan, kalau lambat bermula, lambat la berjaya.

 

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia
———————————————————————————

0 thoughts on “5 Tips Mulakan Bisnes Online Di Facebook

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge