Tips bisnes

5 Tips Bisnes di Instagram Yang Wajib Anda Tahu

Assalamualaikum…

Sekarang ni dah jadi trend kan orang buat bisnes online menggunakan instagram. Dah ramai yang berjaya buat duit menggunakan medium instagram. Kalau dulu fungsi instagram ni adalah sebagai platform untuk berkongsi gambar bersama keluarga dan teman-teman, dan bukannya untuk berbisnes. Tapi sekarang makin ramai yang membuat bisnes di instagram.

Percaya atau tidak, lebih 300 juta pengguna aktif yang menggunakan instagram setiap hari. Jadi, memang rugi la kan kalau tak buat bisnes di instagram ni. Lagipun, penggunaan instagram lebih mudah. Pengguna lebih mudah untuk mencari apa yang hendak dibeli. Sekira betul caranya, memang boleh sangat buat duit dengan menggunakan instagram ni

Tips Bisnes Di Instagram

Jadi, Mia nak kongsikan 5 tips yang anda wajib tahu sebelummemulakan bisnes anda di instagram. Tips ini adalah berdasarkan pengalaman Mia yang sekarang ni dah ada 2 akaun di instagram untuk tujuan berniaga.

 

5 Tips Bisnes Di Instagram Yang Wajib Anda Tahu

1. Asingkan akaun instagram

Adalah dinasihatkan supaya anda tidak mencampurkan hal personal dan bisnes dalam satu akaun instagram. Kalau boleh asingkan akaun untuk personal dan akaun untuk berbisnes. Kan sekarang ni dah boleh buat banyak akaun tanpa gunakan apa-apa aplikasi pon kan. Jadi, banyak-banyak akaun pun tak pe. Lebih senang kalau diasingkan akaun tersebut supaya bakal prospek lebh senang untuk melihat produk yang diminati.

2. Optimumkan profile page instagram anda

Terdapat 3 elemen yang perlu dikemaskini supaya prospek yang datang ke kedai instagram kita tu terus jatuh cinta pandang pertama dengan kedai kita. Iaitu nama akaun instagram, gambar profile instagram dan perihal mengenai akaun instagram.

Gunakan nama yang mudah untuk orang ingat dan sebut. Untuk gambar profile pula, anda boleh gunakan gambar produk (sekiranya ada produk), ataupun gambar selfie anda sendiri. Dan pastikan anda tidak kerap menukar gambar supaya prospek lebih senang untuk ingat akaun instagram kita.

Untuk perihal mengenai akaun kita pula ataupun biography kita masukkan point-point yang menarik untuk pelanggan membeli (contohnya promosi yang sedang berlangsung), alamat serta waktu operasi (sekiranya ada bukit atau kedai), dan nombor untuk dihubungi.

3. Public akaun

Ini tips yang sangat penting. Ubah setting akaun anda kepada public supaya lebih ramai prospek yang akan follow akaun kita. Cuba bayangkan kalau ada prospek yang berminat untuk tahu tentang produk kita, tetapi kita telah privatekan akaun kita, akan buatkan mereka hilang semangat untuk membeli kerana terpaksa menunggu kita untuk approve dahulu dan mereka hanya boleh lihat instagram kita dikemudian hari. Belum tentu lagi mereka akan ingat untuk melihat akaun instagram kita setelah kita approve mereka.

4. Tingkatkan jumlah follower

Kalau dibandingkan dengan instagram yang mempunyai sedikit follower dan ramai follower, mesti kita akan membeli dengan instagram yang mempunyai ramai follower kan. Sebab dengan follower yang ramai, pembeli akan lebih yakin dan percaya bila berurusniaga dengan penjual.

Follower juga akan meningkatkan kredibiliti kita sebagai penjual. Tetapi harus pandai mencari follower, pastikan lebih ramai targeted follower yang follow akaun instagram kita.

5. Gambar yang cantik

Perkara pertama yang prospek akan lihat dulu adalah gambar. Selepas gambar, barulah mereka akan membaca caption kita. Jadi, sangat penting untuk meletakkan gambar yang cantik, yang boleh menarik perhatian mereka untuk membeli. Biarkan gambar ringkas, tetapi sampai mesej yang nak disampaikan tu. Kalau gambar testimoni pastikan meletakkan perkataan yang boleh menarik mereka untuk membeli. Dan pastikan gambar jelas dan tidak serabut

Sebenarnya senang je untuk buat bisnes melalui instagram ni. Kena rajin je update gambar. Ok, cukup la dulu 5 tips ni. Yang penting selalu update dan tingkatkan follower… hihi

Dan jangan lupa follow akaun instagram Mia k… @mia_mzain

Sharing is caring

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia
———————————————————————————

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge