Kesihatan

4 Cara Kawal Bacaan Gula Pesakit Kencing Manis Supaya Tak Merosakkan Mata

Sekarang ni makin ramai orang disekeliling kita mengalami masalah kencing manis. Boleh dikatakan bahawa setiap 1 daripada 5 rakyat Malaysia ini mempunyai masalah kencing manis. Dan saban hari, pengidap kencing manis ini semakin bertambah bilangannya. Mereka perlu cari cara kawal kencing manis yang betul supaya tidak merosakkan organ lain.

Masalah kencing manis ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Sehinggakan ramai anak muda sekarang dah ada yang mempunyai masalah kencing manis. Jadi kita perlu cari cara kawal kencing manis ini supaya ia tidak menjadi beban kepada rakyat kita.

cara kawal kencing manis

 

Komplikasi Pesakit Kencing Manis

Sekiranya dibiarkan berlarutan masalah kencing manis ni, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain. Sebanyak 7% daripada pesakit kencing manis mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah penglihatan. Kalau dibiarkan berterusan, boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Kemungkinan untuk menjadi buta akibat kencing manis adalah 25 kali ganda lebih tinggi berbanding individu sihat. Kencing manis boleh mengakibatkan kebutaan dengan merosakkan salur darah dalam retina (saraf di belakang mata). Pandangan akan terganggu jika pembuluh darah pada retina tersumbat atau berlaku kebocoran yang menyebabkan pendarahan dan pembengkakan pada retina.

Selain itu, masalah kencing manis ini juga boleh menyebakan seseorang mempunyai risiko tinggi untuk mengalami masalah sakit jantung secara tiba-tiba dan luka yang tak sembuh-sembuh sehinggakan terpaksa dipotong anggota badan yang terlibat.

Bukan itu sahaja, pesakit kencing manis ini juga mempunyai risiko tinggi untuk mengalami masalah buah pinggang rosak lantas menyebabkan susah nak kencing dan terpaksa membuat proses dialisis dengan kerap.

Baru-baru ni, pak cik Mia baru sahaja meninggal dunia kerana mempunyai masalah kencing manis sehinggakan sudah sampai tahap perlu buat dialisis. Dia koma dan keesokkan harinya meninggal dunia. Dia gagal untuk membuat proses dialisis tu kerana terlalu penat. Memang lepas buat dialisis, mereka akan rasa sangat penat. Bayangkan mereka terpaksa buat dialisis sebanyak 3 kali dalam seminggu. Ambil masa berjam-jam juga untuk selesaikan proses dialisis tu. Selepas dialisis, memang mereka akan baring je sebab terlalu penat.

Sebelum nak buat dialisis, perlu buat tapak untuk buat proses dialisis yang memerlukan kos yang tinggi. Cuba bayangkan duit yang habis, kepenatan mereka, kesakitan yang mereka tanggung, masa mereka. Sebab tu kalau boleh jangan biarkan anda atau orang yang anda sayang yang mengalami masalah kencing manis ini berlarutan sehinggakan boleh merosakkan organ-organ yang lain.

 

Bergantung pada ubat seumur hidup?

Bila ke klinik atau ke hospital, semestinya ubat yang akan diberi kepada pesakit kencing manis ni kan. Kadang-kadang 3-4 jenis ubat yang perlu diambil oleh mereka setiap hari dan perlu diambil berterusan sampai bila-bila.

Sebenarnya ubat kencing manis ini diberikan sebagai salah satu ikhtiar untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Ia akan menarik gula untuk masuk ke dalam sel supaya ia dapat ditukarkan kepada tenaga dan secara tak langsung akan merendahkan kadar gula. Selain itu, ada juga pesakit kencing manis yang terpaksa mengambil suntikan insulin setiap hari.

Jadi, macam mana nak kawal bacaan gula dalam darah pesakit kencing manis ni supaya ia tidak berlarutan sehinggakan merosakkan organ-organ yang lain?

 

4 cara kawal bacaan gula pesakit kencing manis supaya tidak merosakkan mata

Ramai yang tidak percaya bahawa masalah kencing manis ini tidak boleh diatasi. Mereka sangkakan bahawa mereka terpaksa mengambil ubat-ubatan sepanjang umur mereka. Sebenarnya ada kajian yang membuktikan bahawa kadar gula dalam darah pesakit kencing manis ini masih boleh dikawal.

Mia nak kongsikan 4 cara ini supaya pesakit kencing manis boleh menjalani hidup mereka seperti sediakala. Biar sahaja doktor yang tentukan berapa lama lagi anda perlu mengambil ubat setelah mengikuti 4 cara ini.

1. Kawal pengambilan makanan harian

cara kawal kencing manis

Memang sangat penting untuk mengawal pengambilan makanan harian kita. Ramai yang salah anggap bahawa mereka hanya perlu kawal pengambilan gula sahaja. Salah sama sekali. Kencing manis sebenarnya berpunca daripada masalah pemprosesan atau metabolisma gula kurung efektif dalam badan.

Apabila gula atau glukosa tidak dapat ditukarkan kepada tenaga, ini yang akan menyebabkan kandungan gula dalam darah menjadi tinggi. Kencing manis adalah disebabkan pengambilan kalori yang berlebihan ditambah pula dengan kurang aktiviti senaman seharian.

Jadi kurangkan makanan yang tinggi kalori seperti karbohidrat. Banyakkan makanan yang berserat kerana serat mampu untuk memperlahankan proses makanan bertukar menjadi gula. Serat yang tidak larut di dalam badan juga mampu untuk membawa keluar gula yang tidak terpakai dalam darah melalui najis.

 

2. Kawal berat badan

cara kawal kencing manis

Jika seseorang mengambil atau memakan lebihan kalori dari yang sepatutnya, maka lebihan kalori ini akan bertukar menjadi lemak yang berkumpul dibahagian hadapan abdomen (sekelilingnya) yang kita namakan Central Obesity.

Lemak lebihan inilah akhirnya menyebabkan insulin iaitu hormon utama memproses gula didalam darah menjadi kurang efektif, lalu terjadi keadaan dimana paras gula menjadi terlalu tinggi. Jadi, kawal berat badan kita supaya kembali kepada BMI yang normal.

 

3. Jadikan senaman sebagai rutin harian

cara kawal kencing manis

Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi untuk membantu menggunakan kalori yang berlebihan, membantu mengurangkan berat badan dan dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita.

Apabila pesakit kencing manis ini lebih aktif bergerak semasa bersenam, sel dalam badan menjadi sensitif terhadap insulin supaya gula yang ada dalam badan dapat ditukarkan kepada tenaga.

 

4. Mengambil makanan yang tinggi antioksidan untuk mengawal gula dalam darah

Terdapat kajian yang dijalankan bahawa, antioksidan yang dikenali sebagai resveratrol dapat membantu mengawal kandungan gula dalam darah. Resveratrol dapat meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin.

Kita semua tahu rintangan kepada insulin adalah satu faktor penyumbang kepada penyakit kencing manis. Jika dapat meningkatkan sensitiviti terhadap insulin, maka kandungan gula dalam darah dapat dikawal. Justeru dalam hal ini resveratrol dapat membantu mengurangkan kandungan insulin yang diperlukan seterusnya mengawal kadar gula dalam darah.

Kebanyakkan antioksidan resveratrol ini boleh didapati dalam buah-buahan seperti anggur dan beri. Boleh lanjutkan pembacaan anda tentang antioksidan resveratrol ini di artikel ini  Bagaimana Resveratrol Bantu Turunkan Paras Gula Dalam Darah.

Jangan lengahkan lagi sekiranya anda atau orang tersayang mengalami masalah kencing manis. Ini kerana masalah kencing manis ini akan menyebabkan banyak lagi organ lain akan rosak kerana kita tidak mengawal kadar gula dalam darah. Ia akan membebankan kita dan orang yang kita sayang, dan dalam masa yang sama kita tidak dapat melakukan aktiviti lain seperti orang normal.

Sekiranya anda ingin berkongsi kisah kencing manis anda, atau ingin bertanyakan sebarang soalan mengenai masalah ini, boleh whatsapp Mia seperti dalam maklumat dibawah.

 

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah #GreatLeaderTeam, #MummyPrenuer, #TeamMia

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

FB : Salmiah Md Zain

“Tingkatkan Kesihatan Untuk Jaminan Masa Depan”

“Bantu Orang Lain Untuk Membantu Diri Sendiri”

———————————————————————————

8 thoughts on “4 Cara Kawal Bacaan Gula Pesakit Kencing Manis Supaya Tak Merosakkan Mata

    1. kena istiqomah bersenam kak, buat dalam rumah pon boleh.hihi. Contohnya lari setempat, tabata, buat senaman ringkas. Jangan lupa jaga pemakanan juga.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge