Tips Berguna

11 Kesalahan yang selalu kita buat ketika berpuasa

Assalamualaikum…
 
Tinggal berapa hari je lagi nak puasa kan. Tak sabar rasanya nak berpuasa kali nie. Tapi, sebelum tu jom kita semak balik apa kesalahan yang selalu kita buat semasa berpuasa. Ingat balik masa puasa tahun lepas, semoga Ramadhan tahun ini kita tak ulang kesalahan yang sama.

Perkara yang selalu kita buat di bulan puasa

1. Tidak bersahur

Cara berpuasa orang yahudi dan orang Islam lebih kurang sama je, kecuali puasa orang Islam ada sahur, tapi puasa orang yahudi tiada sahur. Bersahurlah walaupun dengan segelas air kosong dan beberapa biji kurma. 

2. Sahur terlalu awal

Selalu orang bujang atau pelajar sahur awal kan. Sebab dah malas nak bangun pagi. Pukul 2-3 pagi turun kedai mamak untuk sahur. Lambatkan lah bersahur, kerana ada padanya berkat.

3. Terlebih tidur

Banyak tidur hanya merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak menjadi lemah dan tak cergas. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau dah seharian tidur, itu bukan nama ibadah dah tu. 

4. Berbuka puasa macam sepuluh hari tak makan

Berpada-pada lah kita dalam berbuka puasa. Amalkan berbuka dengan buah tamar atau juadah yang manis. Bila dah makan banyak waktu berbuka, mula lah kita rasa penat dah cepat mengantuk. Mula la cari alasan untuk tidak berterawih. 

5. Kurang bersedekah

Gandakan amalan bersedekah ketika bulan berpuasa. Bersedekah lah kepada fakir miskin dan anak-anak yang kurang bernasib baik. Kalau dulu kita kasi duit raya pada bulan syawal kan, sekarang cuba kasi duit raya pada penghujung ramadhan sebagai sedekah. InsyaAllah pahalanya lagi banyak. Atau niatkan sejumlah wang memang untuk sedekah bagi budak-budak masa raya

6. Puasa tapi tak solat

Puasa kita hanya mendapat lapar dan dahaga, dan kita menanggung dosa yang sangat besar, yang mana kita berada di sempadan antara iman dan kufur.

7. Bercakap perkara yang tidak berfaedah

Mengumpat dan bercakap perkara yang tidak berfaedah hanya akan mengurangkan pahala puasa. Banyakkan membaca al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan adalah lagi baik.

8. Ramadhan sebagai pintu rezeki

Masa bulan puasa baru sibuk nak berniaga di bazar ramadhan. Sebenarnya tak salah kalau nak berniaga pada bulan puasa, sebab itu juga adalah sumber rezeki kita. Tapi, berpada-pada lah, jangan sampai ibadah kita dibulan Ramadhan terganggu dek sibuk berniaga. Niatkan berniaga kita kerana Allah.

9. Ramadhan meriah dengan letupan meriam dan bunga api

Rosak ramadhan kerana budaya yang bercanggah ini seperti membakar mercun, bermain bunga api dan sebagainya. Budaya main mercun dan meriam adalah budaya Cina untu menghalau hantu, budaya memasang pelita mirip orang Hindu. 

10. Sambutan Hari Raya mengalahkan Ramadhan

Kita selalu membuat persiapan yang grand untuk sambut hari raya kan. Tapi, langsung tiada persiapan untuk sambut bulan ramadhan. Kalau yang ada plan nak buat open house masa raya, tukar plan buat makan-makan waktu bulan puasa. Lagi berkat memberi makan pada orang yang berpuasa.

11. Gagal tingkatkan iman selepas melalui bulan Ramadhan

Masa bulan puasa kita dah buat macam-macam ibadah seperti baca al-Quran, bersedekah, berzikir, tinggalkan perkara yang tak elok. Tapi bila selesainya Ramadhan, kita jadi seperti kita yang dulu sebelum bulan Ramadhan. Sepatutnya amalan di bulan Ramadhan kita tak tinggalkan, tapi terus-menerus lakukan dibulan-bulan yang lain.
 
Sama-samalah kita bermuhasabah diri agar kita menjadi insan yang lebih baik dan berguna pada masa akan datang. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita. Dan anggaplah bulan Ramadhan yang akan tiba nie adalah Ramadhan terakhir buat kita supaya kita lebih bersemangan untuk melaluinya disamping melakukan amal ibadat yang dituntut…

 

-With Love-
MiaZain

0 thoughts on “11 Kesalahan yang selalu kita buat ketika berpuasa

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge