Wednesday, April 11, 2018
4
Soal kecantikan kulit muka sangat berkait rapat dengan kehidupan wanita. Terdapat banyak petua mencantikkan kulit muka yang ada diluar sana. Semuanya mudah untuk diamalkan. Kebiasaannya petua untuk mencantikkan kulit muka ini hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi sahaja. Tetapi untuk kelihatan cantik, tiada jalan pintas untuk dapatkannya. Ia memerlukan kesabaran dan perlu dilakukan dengan konsisten untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan.

Jadi, hari ini miazain.com nak berkongsi beberapa petua yang dikatakan berkesan untuk mencantikkan kulit muka kita. Dan yang paling best, bahan-bahan yang digunakan sangat lah mudah kita nak dapatkannya. Semuanya ada disekitar rumah kita sahaja.

Setiap orang mempunyai masalah kulit muka yang berbeza. Ada pelbagai jenis masalah kulit muka, antaranya kulit berminyak, berjerawat, kulit kering, berjeragat dan sebagainya. Jadi, untuk mencantikkan kulit muka ini, kita perlu memilih rawatan yang sesuai dengan masalah kulit muka kita.


Petua Mencantikkan Kulit Muka


Petua Mencantikkan Kulit Muka Dengan Menggunakan Bahan Yang Ada Di Rumah

Terdapat banyak bahan semulajadi yang ada di rumah boleh digunakan untuk mencantikkan kulit muka kita. Setiap bahan yang digunakan ada fungsi yang tersendiri. Tetapi harus berhati-hati dalam menggunakan bahan-bahan ini kerana kadang-kadang ia tidak sesuai dengan kulit muka kita.

Jadi, untuk langkah berjaga-jaga, sebelum mengenakan bahan-bahan ini ke kulit muka, sapu dulu sedikit bahan-bahan ini di bahagian tangan. Sekiranya tiada rasa pedih atau iritasi, boleh teruskan sapu ke muka.

Disini miazain.com nak kongsikan 5 bahan yang senang didapati di rumah untuk dijadikan bahan untuk mencantikkan kulit muka kita. 

1. Buah lemon - buang sel kulit mati dan kulit muka lebih glowing

Petua Mencantikkan Kulit Muka

Buah lemon sangat banyak khasiatnya. Kandungan asid sitrik yang terdapat di dalam buah lemon  dapat membantu untuk menyingkirkan sel kulit mati di muka. Secara tak langsung akan bantu memudarkan parut-parut lama, melembutkan serta melicinkan kulit. 

Selain itu, kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah lemon dapat membantu merawat bintik-bintik hitam dimuka dengan mempercepatkan proses penumbuhan sel-sel baru. Akan tetapi, kepada mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif, elakkan menggunakan buah lemon kerana keasidannya boleh menyebakan kulit kita pedih.

Cara-caranya: Campurkan 2 sudu besar jus perahan buah lemon dengan 2 sudu besar gula. Kemudian sapukan keseluruh kawasan muka, leher dan tangan. Gosok secara lembut kemudian biarkan selama 10 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua ke tiga kali dalam seminggu. 

2. Kunyit - kecutkan jerawat dimuka
Petua Mencantikkan Kulit Muka

Selalunya kita gunakan kunyit hanya untuk memasak je kan. Tetapi kita juga boleh menggunakan kunyit untuk mengatasi masalah jerawat. Disebabkan kunyit bersifat antiseptik, jadi ia dapat mematikan kuman yang menyebabkan jerawat tersebut dan dalam masa yang sama dapat mengecutkan jerawat di muka kita.  

Cara-caranya: Ambil 2 sudu serbuk kunyit. Campurkan bersama madu sehingga menjadi pes. Kemudian, sapu rata pada seluruh kawasan muka. Biarkan ia kering dan setelah kering bilas dengan air sehingga bersih. 

3. Kulit kayu manis - pudarkan parut jerawat dan pigmentasi
Petua Mencantikkan Kulit Muka

Selain digunakan sebagai rempah dalam masakan, kulit kayu manis juga sangat bagus untuk memudarkan parut jerawat dan pigmentasi. Ia dapat menyokong penjanaan semula kulit. Akan tetapi, harus berhati-hati menggunakan kulit kayu manis ini kerana ada juga kulit yang tidak sesuai menggunakan kulit kayu manis. 

Cara-caranya: Asah kulit kayu manis di batu yang bersih, atau boleh asah di lesung batu. Elakkan penggunaan serbuk kulit kayu manis. Kemudian campurkan kulit kayu manis yang telah diasah dengan sedikit air. Campuran yang sedikit berlendir ini kemudiannya disapukan ke bahagian parut jerawat atau pigmentasi. Setelah kering, bilas dengan air bersih dan keringkan kulit muka. Amalkan 2,3 kali seminggu.

4. Timun - menyegarkan kulit muka
Petua Mencantikkan Kulit Muka

Selain dibuat masakan dan ulam, timun juga sangat bagus untuk menyegarkan kulit muka kita kerana timun kaya dengan vitamin dan silika. Sifatnya yang sejuk akan membantu menyegarkan kulit muka kita. Selain itu, timun ini juga sangat bagus untuk membuang kulit mati dan memperbaiki sel kulit yang rosak.

Cara-caranya: Kisar dengan sedikit air, ataupun parut timun tersebut dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 10-15 minit dan bilas dengan air bersih. Boleh juga timun tersebut dihiris dan disapu keseluruh kawasan muka.

5. Ais - mengecilkan liang pori
Petua Mencantikkan Kulit Muka

Liang pori yang besar boleh menyebabkan kulit mudah ditumbuhi jerawat. Liang pori yang besar juga boleh menyebabkan pengumpulan minyak berlaku dan menyebabkan masalah whitehead dan blackhead. Jadi, dengan menggunakan ais, kita boleh dapat mengecilkan liang pori yang besar dan menghindari masalah kulit muka.

Cara-caranya: Masukkan beberapa ketul ais ke dalam tuala kecil yang bersih. Tekapkan tuala berisi ais tersebut ke muka. Aktiviti ini sesuai dilakukan sebelum anda ingin memakai alat solek, supaya alat solek yang dipakai tidak memasuki liang-liang pori yang terbuka kerana ini boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan boleh menyebabkan masalah kulit muka yang lain.

...

Demikian adalah 5 petua yang boleh diamalkan untuk mencantikkan kulit muka. Akan tetapi dengan gaya hidup kita sekarang yang sangat padat dan sibuk, tak semua orang boleh menyediakan bahan-bahan ini dengan mudah. Jadi, cara terbaik yang boleh kita lakukan adalah dengan mencari produk penjagaan kulit muka yang dihasilkan dari bahan semulajadi dan boleh memberi kesan positif kepada kulit muka kita dalam jangka masa yang singkat.


Berkesan vs Semulajadi, Mana satu pilihan anda?

Antara berkesan dan semulajadi, yang mana akan menjadi pilihan kita untuk mencari produk yang boleh mencantikkan kulit muka kita?

Semestinya kita akan memilih kedua-dua faktor ini ada dalam produk yang ingin kita guna kan. Akan tetapi, jarang kita boleh cari produk yang mempunyai kedua-dua kriteria ini sekaligus. Kebanyakkan produk hanya mempunyai salah satu sahaja kriteria ini. Ada produk yang berkesan tetapi tidak semulajadi, dan ada pula produk yang semulajadi tetapi tidak berkesan.

1. Berkesan (tetapi tidak semulajadi)

Kebiasaannya produk yang terdapat dipasaran terbukti berkesan berdasarkan testimoni-testimoni yang ditunjukkan. Tetapi apabila dilihat kandungan didalam produk tersebut, terdapat macam-macam bahan terlarang. Ini hanya kerana nak dapatkan kesan yang cepat.

Kalau kita menggunakan produk sebegini, memang akan dapat hasil yang cepat. Akan tetapi setelah kita berhenti menggunakan produk ini, kulit muka yang dan cantik tu akan menjadi makin teruk kesan daripada bahan terlarang yang terdapat di dalam produk tersebut. Yang lagi menyedihkan apabila racun yang terdapat di dalam produk tersebut mengakibatkan buah pinggang kita rosak.

2. Semulajadi (tetapi tidak berkesan)

Sekarang banyak pula lambakan produk yang mengklasifikasikan produk mereka sebagai produk yang semulajadi. Disebabkan pengeluar produk nak melariskan jualan mereka dengan tidak menggunakan bahan merbahaya dalam produk mereka, maka mereka mengeluarkan produk yang dihasilkan dari sumber semulajadi.

Akan tetapi, tanpa kajian yang mendalam mengenai produk semulajadi ini, kadang-kadang produk yang dihasilkan tidak memberi kesan untuk mencantikkan kulit kita. Umpamanya kita hanya meletakkan kulit kayu manis keatas parut jerawat. Tiada apa-apa perubahan yang akan berlaku. Jadi, kajian yang mendalam ke atas produk semulajadi ini untuk dijadikan produk penjagaan kulit muka sangat penting untuk memastikan produk tersebut berkesan ke atas masalah kulit muka kita.
...

Jadi, produk apa yang mempunyai kedua-dua kriteria ini? Iaitu yang berkesan dan dalam masa yang sama dihasilkan dari bahan semulajadi supaya kulit muka kita kembali sihat, cantik dan tidak merosakkan buah pinggang kita.


Keputusan Klinikal Tanpa Kompromi | Set Penjagaan Kulit YOUTH


Untuk pastikan sesuatu produk itu berkesan, tidak semestinya kita hanya perlu melihat dari testimoni mereka yang telah memakainya sahaja. Tetapi, produk tersebut perlulah mempunyai data secara klinikal yang membuktikan produk tersebut berkesan. 

Jadi, untuk memenuhi kedua-dua kriteria ini, YOUTH telah dicipta secara harmoni dengan alam semulajadi malah telah dibuktikan secara klinikal dan telah memberikan keputusan klinikal tanpa kompromi. Untuk membuktikan keberkesanan produk ini, Indeks Usia Kulit telah digunakan. 

Indeks Usia Kulit ini telah dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa. Ia digunakan untuk mengukur kehadiran tanda-tanda utama penuaan dengan data klinikal yang berasaskan fakta. Antara tanda-tanda utama yang dilihat adalah kedutan kulit, saiz pori, tona kulit, keanjalan, tekstur kulit, hiperpigmentasi, seri kulit dan kekenduran.

ujian klinikal youth

Kehebatan set penjagaan kulit YOUTH ini juga ia direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia yang merbahaya. Jadi, kita tak perlu nak korbankan keselamatan kulit muka kita untuk dapatkan produk yang berkesan. Untuk memastikan produk ini selamat digunakan, lebih daripada 100,000 ujian kualiti telah dijalankan setiap tahun. Jadi, tak perlu nak meragui lagi tentang keselamatan produk ini. 

Untuk penerangan lebih lanjut tentang YOUTH, artikel ini  menerangkan lebih lanjut tentang produk ini. Tentunya anda akan lebih teruja untuk mencuba produk ini setelah membacanya dan melihat  ini. 

Jadi, jangan abaikan keselamatan kulit muka kita hanya kerana kita nak mencari produk yang cepat memberi kesan tetapi mengandungi bahan-bahan yang terlarang. Kesihatan kulit kita lebih penting kerana apabila kulit muka kita dah rosak, ia akan mengambil masa untuk pulih semula. Jadi, pilihlah produk yang dapat memberi kesan positif dan dalam masa yang sama ia dihasilkan dari bahan semulajadi. 

-------------------------------------------------------------------------------

Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif 
☑️ Konsultasi percuma berterusan 
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia


---------------------------------------------------------------------------------

4 comments:

  1. mudah je kan nak rawat kulit muka dgn bahan2 semulajadi d dapur kita....

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    ReplyDelete
  2. Tips yang baik apatah lagi guna bahan semulajadi memang bagus

    ReplyDelete
  3. Bagus ni kalau nak bajet dalam perawatan muka. Banyak je bahan semulajadi leh guna. kalau rajin, tanam mana yang boleh .. huhu .. tak yah beli langsung.

    ReplyDelete
  4. Pernah guna kulit kaju manis tu tapi aduhai rasa macam nak terbakar mukan ! 😀

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...