Tuesday, February 27, 2018
1
Hii semua!!!

Sekarang ni pembelian secara online dah menjadi pilihan semua orang untuk membeli belah, termasuklah Mia. Bukan sahaja mudah, tapi lebih menjimatkan. Menjimatkan wang dan masa juga kan. Tak perlu nak pergi ke kedai untuk mencari barang yang kita nak tu.

Tambah-tambah lagi kalau kita nak cari barang dari luar negara. Banyak produk dari luar negara yang kita nak beli online, tapi mesti akan rasa takut nak beli kerana risau barang tak sampai, proses pembayaran yang rumit serta kos penghantaran yang mahal kan. Dan yang lagi mengecewakan bila website mereka menggunakan bahasa yang kita tak faham, jadi susah untuk kita mencari produk yang kita inginkan.

Tapi sekarang ni dah tak perlu risau lagi sebab dah ada platform online di Malaysia ni yang kita boleh beli barang dari luar negara. Dah tak perlu nak risau barang tak sampai, tak perlu dah nak tukar harga ke Ringgit Malaysia. Semuanya anda boleh dapatkannya di ezbuy. Dan yang penting di ezbuy, bahasa Inggeris digunakan supaya kita mudah faham tentang produk yang kita cari. 

Produk daripada JD.com dan Mogujie kini berada di ezbuy

Haa, korang yang kaki online ni mesti dah kenal kan dengan ezbuy ni. Memang akan jadi rambang mata tau bila masuk website ni. Banyak pula tu potongan harga yang ditawarkan, memang sangat menarik perhatian Mia. Setiap minggu, pihak ezbuy akan kemaskini kan laman web mereka. 

Untuk pengetahuan semua, ezbuy adalah salah satu platform yang menawarkan pembelian produk secara online dari luar negara, terutama produk dari China, USA, Taiwan, Korea dan produk tempatan yang memaparkan berjuta produk! 


Produk JD.com dan Mogujie kini berada di ezbuy

Dan yang lagi best, sekarang ni ezbuy telah memasukkan lagi dua rangkaian online terbesar produk dari China iaitu dari JD.com dan Mogujie untuk memudahkan lagi orang Malaysia untuk membeli belah barangan luar negara secara online. Jadi, sekarang ni dah tiada masalah untuk orang Malaysia membeli barangan dari China, kerana website ezbuy ni dah paparkan harganya dalam Ringgit Malaysia (RM). 

Untuk pengetahuan semua, JD.com ataupun lebih dikenali sebagai Jing Dong adalah salah satu pusat e-dagang terbesar di China. Mereka mempunyai banyak rangkaian produk termasuklah gajet, aksesori digital, pakaian, barangan kelengkapan rumah dan sebagainya. 

Banyak produk dari JD.com ni yang menarik perhatian Mia tau. Gambar di bawah ni adalah antara produk JD.com yang terdapat di ezbuy. Memang rambang mata tau kalau nak pilih yang mana berkenan. Banyak pula potongan harga untuk setiap produk tu tau.


Produk daripada JD.com dan Mogujie kini berada di ezbuy
Aksesori kasut wanita dari JD.com

Produk daripada JD.com dan Mogujie kini berada di ezbuy
Aksesori gajet dari JD.com

Produk daripada JD.com dan Mogujie kini berada di ezbuy
Pelbagai jenis beg dari JD.com

Produk daripada JD.com dan Mogujie kini berada di ezbuy
Kelengkapan rumah dari JD.com

Kepada mereka yang mengikuti trend fesyen terkini, pasti akan tertarik dengan produk dari Mogujie yang terdapat di ezbuy. Terdapat banyak pakaian yang mengikut trend semasa boleh didapati pada harga yang sangat berpatutan. 

Paling Mia suka adalah pakaian kanak-kanak. Memang mengikut trend semasa dan sangat comel. Boleh lihat antara fesyen yang ada di ezbuy dibawah jenama Mogujie. 


Produk daripada JD.com dan Mogujie kini berada di ezbuy
Pakaian kanak-kanak dari Mogujie

Produk daripada JD.com dan Mogujie kini berada di ezbuy
Pakaian wanita dari Mogujie


Kelebihan berbelanja di ezbuy

Ada banyak kelebihan apabila anda berbelanja di ezbuy, antaranya adalah:

  1. ezbuy menawarkan produk luar negara yang berkualiti dengan membuat kerjasama dengan syarikat e-dagang antarabangsa terkemuka seperti JD.com dan Mogujie
  2. Harga yang berpatutan dan banyak diskaun yang ditawarkan
  3. Tiada lagi masalah halangan bahasa dimana kebanyakkan penjual online menggunakan bahasa rasmi mereka
  4. Website ezbuy yang sangat teratur dan memudahkan kita untuk mencari produk yang dihajati
  5. Yang paling best, kadar kos penghantaran sangat murah
Apa tunggu lagi, jangan lepas peluang untuk membeli belah di ezbuy. Dapatkan potongan harga yang sangat berbaloi dan dah tak perlu susah payah untuk membeli produk luar negara dari website mereka. Semuanya dah ada di ezbuy. 

Berita baik untuk anda semua ni!!!

Sekiranya anda mendaftar masuk sekarang di ezbuy, anda berpeluang untuk mendapat voucher sebanyak RM15 dan diskaun kos penghantaran sebanyak 15% tau. Jangan tunggu lagi. Daftar cepat yea.



Layari ezbuy untuk maklumat lanjut.

1 comments:

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...