Tuesday, February 06, 2018
Rupa-rupanya ramai yang teragak-agak nak daftar ahli Shaklee ni. Memang tak dinafikan sekarang ni, bisnes Shaklee dah jadi fenomena dan trending sebab makin ramai yang dah menjadi ahli shaklee dan berjaya dalam bisnes ni. Dah ramai yang bebas hutang, bercuti sana-sini tanpa perlu guna duit gaji, dapat bagi elaun kepada mak ayah dan banyak lagi dengan hanya gunakan bonus dari bisnes Shaklee.

Ramai yang dah buka mata untuk daftar ahli shaklee. Tak kisah lah samada mereka nak jimat 10-15% dari harga retail atau untuk buat bisnes, kedua-duanya banyak manfaat. Tapi bagi yang ingin berbisnes, kena la pandai cari mentor yang boleh ajar kita untuk menjalankan bisnes shaklee.


Kenapa perlu cari mentor yang bagus?

Mentor sangat penting untuk beri tunjuk ajar pada kita. KIta sebagai newbies kadang-kadang takde background langsung tentang bisnes kan. Jadi, ini lah tugas mentor kita. Mereka lah yang akan bimbing kita cara yang betul untuk buat bisnes.

Sesetengah orang buat bisnes tanpa mentor, memang susah nak berjaya. Sebab kita tak tahu mana yang perlu dibuat, dan mana yang tidak perlu dibuat. Jadi, di situ kita dah habis masa untuk mencuba dan terus mencuba. Dengan adanya mentor ni, mereka dah tahu cara atau jalan yang mudah dan pantas untuk berjaya.

Jadi, sepanjang Mia berbisnes Shaklee ni, Mia nak kongsikan ciri-ciri Mentor yang perlu kita kenal supaya kita tak salah pilih mentor. Secara tak langsung, kita makin mudah untuk jalankan bisnes kita berkat daripada tunjuk ajar mentor kita tu.

cara pilih mentor


5 Tips Pilih Mentor Sebelum Daftar Ahli Shaklee, Barulah Bisnes Kencang


cara pilih mentor bisnes

1. Pernah buat sendiri

Mentor yang kita pilih tu, mestilah dah pernah buat sendiri bisnes Shaklee ni. Bila dia dah pernah buat, jadi dia tahu mana satu jalan terbaik untuk kita. Sebab mentor kita dah lalui semua ni dari awal, jadi sedikit sebanyak mentor akan tunjukkan jalan yang betul untuk kita. 

Jadi, ini adalah jalan pintas untuk kita bila dah ada mentor yang berpengalaman dalam menjalankan bisnes Shaklee. Menjalankan bisnes Shaklee dengan bisnes lain contohnya macam jual baju, alat make up semua tu tentunya berbeza. Dan hanya mereka yang dah pernah buat sendiri je akan tahu jalan pintas untuk kita semua berjaya.   

cara pilih mentor bisnes

2. Pakar dalam marketing

Ini sangat penting dalam sesuatu bisnes terutama kalau nak buat bisnes online. Ini kerana marketing cara online cepat sangat berubah. Contohnya macam medium media sosial Facebook, selalu sangat abam Mark tu tukar algorithm Facebook tu. Jadi memang kena selalu up to date.

Tetapi kalau mentor kita dah pakar dalam marketing, mereka dah tahu nak guna medium mana yang paling sesuai mengikut cara kita. Mereka juga pasti tahu cara marketing yang bagaimana yang boleh membuahkan hasil yang cepat dan boleh bertahan dalam jangka masa panjang.

cara pilih mentor bisnes

3.Bijak susun strategi

Untuk menjalankan sesuatu bisnes juga perlu ada strategi. Kalau kita bisnes ikut suka kita je, tentu sangat susah untuk kita konsisten dengan sesuatu bisnes tu. Sekejap-sekejap tukar produk sebab bisnes produk yang lama dah tak ramai pembeli. Itu adalah salah satu kelemahan kita.

Jadi, kita perlu bijak untuk kita menyusun strategi supaya bisnes kita akan semakin meningkat. Kalau bisnes kita asyik merudum je, itu maksudnya ada strategi yang tak betul. Jadi, memang wajib cari mentor yang bijak dalam menyusun strategi perniagaan. 

cara pilih mentor bisnes

4. Jujur dalam komunikasi

Zaman sekarang ni banyak scam atau tipu muslihat yang kita sendiri pon tak dapat nak fikirkan perkara sebegitu boleh berlaku. Tak kiralah orang tu bertudung labuh ke, songkok tinggi melangit ke, janggut sejemput ke, macam-macam perkara boleh berlaku. Kita tak boleh nampak dalaman dengan hanya melihat dari luar.

Memang susah nak tafsirkan sikap jujur dalam mentor kita. Tapi salah satu tips yang kita boleh buat adalah, cuba dekati bakal mentor kita tu. Bila dah kenal dengan lebih mendalam, baru kita tahu sikap mentor kita tu. Kalau ada yang mudah membuka aib orang, yang tidak mempunyai prinsip dalam bisnes, yang suka tunjuk baik depan-depan, tapi di belakang lain pula jadinya, ini adalah antara sikap yang kurang jujur. Jadi, carilah mentor yang tidak jujur supaya kita tak pening kepala di kemudian hari.

cara pilih mentor bisnes

5. Hebat tapi humble

Pernah tak tengok orang yang kaya raya, tapi dia tak menunjuk-nunjuk pon kemewahan beliau. Ada je yang berperwatakan sederhana, tapi beliaulah antara penyumbang terbanyak kepada masjid dan rumah-rumah anak yatim. Kadang-kadang kita tak jangka pon, duitnya berkepok dalam bank tu kan.

Jadi, carilah mentor yang hebat tapi humble. Sebab bila kita ada mentor sebegitu, kita pon akan turut jadi sebegitu jugak. Kalau mentor kita ni berbisnes sebab nak menunjuk-nunjuk kemewahan beliau, macam tu juga lah kita nanti. Bukan lah tak boleh nak tunjuk kemewahan kita, tapi dalam group shaklee kami, kami tak buat macam tu. Lebih kepada niat nak membantu orang. Bila kita membantu orang lain, Allah akan mudahkan kerja kita. 

Sama macam mentor Mia di iReach, mereka sangat low profile. Masih duduk bersama kami semua yang masih baru ni untuk mencurahkan ilmu bisnes kepada kami. Bukan setakat ilmu bisnes, ilmu agama juga turut diterapkan. 

...

Dah nampak kan, kenapa kena cari mentor yang ada kelima-lima ciri-ciri ni kan.

Kelima-lima tips ini memang diterapkan kepada mentor-mentor iReach. Jadi, sekiranya anda masih mencari-cari mentor yang boleh tunjukkan cara berbisnes dengan betul, memang wajib pilih mentor dari keluarga iReach macam Mia ni.  

Jadi, tunggu apa lagi. Makin lama kita menunggu, makin lambat kita akan dapat hasil. Banyak strategi yang telah dirancang oleh leader iReach untuk tahun 2018 ni. Jom tambah pendapatan pada tahun 2018 ni. Dengan keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu, memang wajib kita ada bisnes sendiri yang kita boleh lakukan dari rumah samada secara part time atau full time. 

Tahun ni Mia dah plan untuk bantu 20 orang yang nak tambah pendapatan di bawah Group Mia. Sangat best kan kalau setiap bulan kita dapat bonus 4-5 angka dan boleh bantu ramai orang. Ini juga lah peluang kita untuk tambah saham akhirat kita. 

Jangan tunggu lagi, cepat whatsapp Mia sekarang yea untuk tahu lebih lanjut tentang peluang yang anda boleh dapat dalam bisnes shaklee ni. 

-------------------------------------------------------------------------------
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif 
☑️ Konsultasi percuma berterusan 
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran ke seluruh Malaysia
---------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...