Tuesday, February 13, 2018
2
Pernah dengar tak tentang CoQ10 Shaklee ni? Mesti ada antara kita yang belum pernah dengar tentang CoQ10 dari Shaklee ni kan. CoQ10 ini sangat penting untuk proses penghasilan tenaga dalam badan kita. Organ jantung kita mengandungi 10 kali ganda lebih banyak CoQ10 berbanding mana-mana organ yang lain. Ini kerana jantung kita paling kuat berkerja kerana ia berdegup sekitar 100,000 kali sehari supaya darah boleh bergerak keseluruh badan kita. 

Jadi, tak dinafikan lagi CoQ10 ni memang sangat penting untuk meningkatkan kesihatan badan kita. Sebelum Mia cerita lebih lanjut lagi tentang fungsi CoQ10 ni dan bagaimana kita nak dapatkan CoQ10 dari Shaklee ni, kita kenal dulu apa itu CoQ10. 

Apa itu CoQ10?

CoQ10 atau dikenali juga sebagai Koenzim Q10 ini adalah sejenis koenzim larut minyak yang boleh dihasilkan sendiri oleh badan kita. Ia merupakan komponen penting yang diperlukan oleh badan untuk menghasilkan tenaga di dalam sel.
Fungsi CoQ10

Secara analoginya, badan kita ni umpama sebuah kilang. Setiap organisma yang hidup, ia bermula dengan sel(stesen penjana kuasa). Di dalam sel badan kita pula mengandungi mitokondria (penjana kuasa) yang berfungsi untuk menghasilkan tenaga supaya sel kita dapat berfungsi dengan baik.

Mitokondria ini memerlukan nutrien CoQ10 sebagai pekerja dan bahan api untuk menghasilkan tenaga di dalam mitokondria. Jadi, sekiranya terdapat lebih banyak mitokondria dan CoQ10 ini di dalam sel kita, maka akan lebih banyak tenaga akan terhasil untuk kegunaan aktiviti seharian kita.

Kandungan CoQ10 ini sangat tinggi ada dalam sel otak, jantung dan hati kita. Ia berfungsi untuk menukarkan lemak dan gula kepada tenaga.Selain itu ia juga berfungsi sebagai antioksida yang penting untuk melindungi sel badan kita daripada serangan radikal bebas.


Faktor kekurangan CoQ10 dalam badan

Walaupun badan kita dapat menghasilkan sendiri enzim CoQ10 ini, akan tetapi tahap CoQ10 dalam badan kita akan menurun apabila usia kita meningkat. Berdasarkan gambarajah dibawah, kadar CoQ10 dalam badan kita akan mula menurun setelah berumur 20 tahun keatas. Paling ketara, kadar penurunan CoQ10 ini berlaku pada organ jantung kita. 


Fungsi CoQ10
Semakin usia meningkat, CoQ10 semakin berkurang
Selain itu, dengan penggunaan ubat statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol juga boleh menyebabkan kandungan CoQ10 ini semakin rendah dalam badan kita. Dengan pengambilan makanan harian yang tidak seimbang juga dapat mempengaruhi kadar CoQ10 dalam badan kita juga.

Jadi, sangat penting sekiranya kita dapat mengambil CoQ10 daripada sumber luar. Kajian menunjukkan pengambilan 100mg CoQ10 setiap hari sangat memberi banyak manfaat pada kehidupan kita. Akan tetapi untuk mendapatkan 100mg COQ10 ni kita perlu mengambil:
  • 3 kg daging
  • 100 cawan brokoli yang direbus
  • 100 sudu makan minyak canola
  • 3.3 kg mentega kacang
Haa, tak larat kita nak makan semua ni dalam sehari kan, jadi kita sangat-sangat perlukan CoQ-Trol Plus ni untuk menampung keperluan CoQ10 dalam badan kita. 

Fungsi CoQ10 untuk kesihatan

1. Kekal bertenaga sepanjang hari

Dengan pengambilan CoQ-Trol Plus ini akan meningkatkan kandungan CoQ10 dalam badan kita. Jadi, semakin tinggi kandungan CoQ10 dalam badan kita, semakin banyak tenaga yang akan terhasil dan dibekalkan kepada sel badan. Badan kita akan lebih bertenaga dan semakin cergas. Secara tak langsung ia dapat meningkatkan kekuatan otot dan mempercepatkan penyembuhan luka. 


2. Meningkatkan kesihatan jantung

Jantung adalah otot yang paling kuat berkerja untuk mengepam darah keseluruh badan kita. Ia perlukan tenaga yang sangat banyak untuk berfungsi dengan baik dan memerlukan banyak CoQ10. Jadi, CoQ10 dapat membantu menguatkan otot-otot jantung dan menyokong fungsi jantung yang sihat. 


3. Meningkatkan kesuburan suami isteri

CoQ10 juga dapat membantu meningkatkan sistem reproduksi kita supaya lebih sihat. Ia dapat membantu meningkatkan tenaga di dalam sel sperma dan ovum. Dengan ini, jumlah sperma akan bertambah banyak dan lebih bertenaga serta meningkatkan kualiti ovum. Kepada pasangan yang sedang berikhtiar untuk mendapatkan zuriat, memang sangat digalakkan untuk mengambil CoQ10 ini. 


4. Kulit yang cantik dan sihat

Di luar permukaan kulit kita juga terdapat CoQ10 yang berfungsi untuk melindungi sel kulit kita daripada serangan radikal bebas terutama dari sinaran UV yang merbahaya. Ia juga memberi tenaga kepada sel kulit kita untuk memperbaiki sel-sel yang telah rosak. Dengan pengambilan CoQ10 yang mencukupi, kulit akan lebih anjal dan tiada kedutan.

5. Menguatkan daya ingatan

Antioksidan ini bertindak untuk melindungi saraf dalam badan kita. CoQ10 dapat membantu untuk mengurangkan pembentukan plak amiloid dimana pembentukan plak amiloid di dalam otak ini adalah salah salu punca terjadinya masalah penyakit Alzheimer. Jadi, ia dapat membantu menguatkan memori, lebih fokus dan membantu menjaga fungsi otak yang sihat. 


Cara untuk dapatkan CoQ10 yang mencukupi

Seperti yang kita tahu, memang badan kita boleh menghasilkan CoQ10 sendiri dalam badan kita. Akan tetapi, semakin meningkat usia, kandungan CoQ10 dalam badan kita akan semakin berkurang. Ditambah pula dengan pengambilan ubat-ubatan juga menyebabkan kadar CoQ10 dalam badan berkurang. 

Terdapat banyak makanan yang mengandungi kadar CoQ10 yang kita perlukan contohnya seperti ikan sardin, daging, minyak soya, kacang tanah, dan organ dalaman haiwan seperti jantung, hati dan ginjal. Akan tetapi, jumlah CoQ10 dalam makanan ini sangat rendah, dan kita juga tidak semestinya mengambil makanan ini setiap hari. 

Menurut kajian kita hanya mengambil 10 mg CoQ10 sehari dalam menu harian kita. Sedangkan badan kita memerlukan 100mg sehari untuk menampung keperluan sel badan kita. 

Jadi, untuk menampung keperluan 100mg CoQ10 yang diperlukan oleh badan, kita hanya perlu mengambil 1 capsule CoQ-Trol Plus ini sahaja setiap hari. Sangat mudah kan!!!

Tingkatkan kesihatan dengan CoQ-Trol Plus

CoQ-Trol Plus merupakan sebatian semulajadi yang mengandungi 100mg CoQ10 dengan campuan Resveratrol dan Tokoferol.

Fungsi CoQ10

Secara ringkasnya CoQ-Trol Plus ini dapat:
  1. Membantu kekal bertenaga
  2. Menyokong gaya hidup yang aktif dan cergas
  3. Membaiki perdaran darah yang sihat 
  4. Mengekalkan kolesterol yang sihat
  5. Menguatkan otot jantung
  6. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  7. Meningkatkan pergerakan dan kuantiti sperma
  8. Memperbaiki kualiti ovum
  9. Bertindak sebagai pelindung UV kepada kulit
  10. Memberi tenaga untuk penghasilan dan pembaikan sel kulit 
  11. Memperbaiki jerawat dan kesan parut pada kulit
  12. Kulit lebih anjal, sihat dan kurang berkedut
  13. Melambatkan proses penuaan kulit dan badan
  14. Meingkatkan daya ingatan & pembelajaran
  15. Lebih fokus dan peka
  16. Mengurangkan risiko penyakit berkaitan dengan penuaan, iaitu Alzheimer dan Parkinson 


Keistimewaan CoQ-Trol Plus berbanding produk CoQ10 yang lain?

Pihak Shaklee telah menjalankan pelbagai RnD untuk menjadikan makanan tambahan yang dihasilkan sentiasa selamat dan berkesan. Inilah yang membezakan antara produk Shaklee dengan produk yang lebih kurang sama fungsinya di pasaran.
Fungsi CoQ10
Keistimewaan Shaklee
  • Setiap kapsul CoQ-Trol Plus ini mengandungi 100mg CoQ10 yang berkepekatan tinggi
  • Mengandungi kombinasi 2mg Resveratrol yang berfungsi sebagai antioksidan
  • Mengandungi 5mg Tokoferol 
  • Dilengkapi dengan minyak zaitun uang dipatenkan supaya penyerapan lebih optimum
  • Bebas Gluten

Cara untuk dapatkan CoQ-Trol Plus

Untuk mendapatkan CoQ-Trol Plus ini, boleh hubungi Mia atau whatsapp Mia di 012-928 3726. Atau terus je klik icon di bawah ni.





Dapatkan segera supaya kesihatan badan kita lebih terjamin dan sentiasa bertenaga dan cergas setiap masa. 


-------------------------------------------------------------------------------

Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif 
☑️ Konsultasi percuma berterusan 
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

---------------------------------------------------------------------------------

2 comments:

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...