Saturday, January 20, 2018
3
Assalamualaikum

Dalam keadaan cuaca yang tak menentu ni kan, memang wajib ada kit kecemasan dalam setiap rumah. Di tambah pula sekarang ni, kita senang terdedah kepada pelbagai jenis penyakit. Terutamanya kanak-kanak dan bayi. Sistem imun badan mereka masih rendah, sebab tu mereka senang nak jatuh sakit. 

Kit Kecemasan Yang Wajib Ada Di Rumah - Balm Bayi Tasneem Natural

Bila dah ada anak-anak ni, kesihatan mereka lah yang wajib dijaga dulu. Mia pasti semua mak-mak mesti tak sanggup nak tengok anak jatuh sakit kan. Jadi, hari ni Mia nak kongsikan salah satu kit kecemasan yang wajib ada kat rumah kita. Apabila anak nampak simptom-simptom kurang sihat tu, boleh cepat-cepat guna kit kecemasan ni tau.

Kit kecemasan yang Mia maksudkan adalah balm bayi keluaran Tasneem Natural. Tetapi, balm ini bukan dikhaskan untuk bayi je, semua golongan pun boleh guna termasuklah kanak-kanak, orang dewasa dan sebagainya. Jadi, sangat jimat kan apabila satu produk tu boleh digunakan oleh semua golongan.


Balm Bayi Tasnem Natural

Balm bayi keluaran pihak Tasneem Natural ini dihasilkan daripada bahan semulajadi serta mengandungi kombinasi minyak pati yang bermutu tinggi. Yang paling penting, balm ni tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna. Ianya diperakui selamat dan telah mendapat kelulusan daripada KKM. 


Kit Kecemasan Yang Wajib Ada Di Rumah - Balm Bayi Tasneem Natural

Jadi, mak-mak tak perlu risau, kerana ianya memang selamat untuk digunakan kepada bayi dan kanak-kanak. Sebab itu lah, balm ni menjadi pilihan ramai ibu bapa yang prihatin terhadap nilai kesihatan anak-anak masing-masing.

Tengok la tu, Sophea pun memang suka dengan balm ni. Kalau dibiarkan memang habis satu balm tu dikerjakan. hihi.  


4 Variasi Balm Tasneem Natural

Balm Bayi Tasneem Natural ini didatangkan dengan 4 jenis balm yang berbeza. Setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza.

CF Rub

Kit Kecemasan Yang Wajib Ada Di Rumah - Balm Bayi Tasneem Natural

CF Rub dirumus khas bagi membantu ibu bapa yang berhadapan dengan masalah anak demam, batuk dan selsema. Bahan-bahan seperti eucalyptus oil, cypress, tea tree dan lemon akan membantu melegakan pernafasan, mengurangkan batuk dan mencairkan kahak serta mengurangkan suhu badan anak.

Untuk menggunakannya, ia hanya perlu disapu pada tapak kaki, dada, tekak dan tulang belakang


Calm Time

Kit Kecemasan Yang Wajib Ada Di Rumah - Balm Bayi Tasneem Natural

Calm Time pula berfungsi untuk memberi keselesaan kepada bayi dan anak kecil. Ia diadun khas dengan menggunakan minyak pati tulen seperti lavender, bergamot, frankinsense dan marjoram. Balm ini dapat membantu anak kecil menjadi lebih tenang dan ceria. 

Balm ini hanya perlu disapu di tapak kaki, nadi, belakang telinga dan tulang belakang

Sleep Time

Kit Kecemasan Yang Wajib Ada Di Rumah - Balm Bayi Tasneem Natural

Balm Sleep Time ini telah dirumus khas untuk anak yang mempunyai masalah sukar tidur dan aktif pada waktu malam. Inilah masalah yang sering dihadapi oleh golongan ibu-ibu pada masa sekarang. Balm ini dapat membantu anak supaya mudah lena dan bangun dalam mood yang ceria. 

Pati-pati tumbuhan seperti Cedarwood, Vetiver, Roan Chamomile, dan Ylang-ylang akan dapat membantu anak untuk mendapatkan tidur yang berkualiti

Tummy Time

Kit Kecemasan Yang Wajib Ada Di Rumah - Balm Bayi Tasneem Natural

Balm Tummy Time ini sangat digemari oleh golongan ibu-ibu kerana ia boleh menggantikan minyak telon. Dengan adanya balm ini, kita boleh mengurut dan menyapu balm ini ke perut bayi kerana ia boleh melegakan perut kembung, sembelit dan membuang angin berlebihan. Selain itu, dengan adanya Fennel, Ginger, Lemongrass, dan Anise yang menjadi bahan utama didalam balm ini juga dapat membantu menyelesaikan masalah penghadaman.

Untuk menggunakannya, balm ini boleh disapu di bahagian tapak kaki dan perut. Ibu disarankan membuat urutan seperti urutan 'I Love You' pada perut bayi bagi memastikan si manja lebih selesa dan ceria.


Keistimewaan Balm Bayi Tasneem Natural

Selain mempunyai 4 variasi fungsi yang berbeza, balm bayi ini juga sangat comel kerana didatangkan didalam bekas yang kecil. Dan ia memudahkan kita untuk membawa kemana-mana sahaja dan menggunakannya apabila diperlukan disaat kecemasan. 

Walaupun kecil, tetapi ia sangat menjimatkan kerana setiap satunya boleh bertahan sehingga 3 bulan penggunaan. Itupun kalau guna setiap hari kan. 

Selain itu, balm bayi ini juga tidak mempunyai bau yang sangat kuat. Keempat-empat balm ini mempunyai bau yang lembut dan dalam masa yang sama dapat menukarkan mood anak kita menjadi lebih baik dan tenang. 

Tambahan pula, balm ini juga tidak melekit seperti kebanyakkan balm-balm yang lain. Sebab itu Mia memang mencadangkan supaya setiap rumah wajib ada keempat-empat balm ini. 


Cara Untuk Mendapatkan Balm Bayi Tasneem Naturel

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Balm Bayi Tasneem Naturel ini, anda boleh menghubungi nombor tertera atau boleh melawayari instagram dan Facebook mereka seperti dibawah.

TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, JALAN PUTRA KAJANG, 
TAMAN PUTRA KAJANG, 
43000 KAJANG, SELANGOR.


HOTLINE: 011-20964665 (ORDER) , 
010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)


3 comments:

  1. ainy pun ada jugak balm ni dan tiap malam pakai balm yang sleep time tu. lega rasa bila dapat tidur dengan tenang je sebab kadang susahnya nak tidur malam. terima kasih atas perkongsiannya. kita follow ya. :)

    ReplyDelete
  2. Bagus dan selamat. Tu yang penting kan.

    ReplyDelete
  3. i love these products. ada dua CT bawak p mana2 dalam on the go pouch. tummy n flu.. sedap sangat bau nyaa..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...