Wednesday, November 08, 2017
1
Waktu  sekolah dulu-dulu, kalau ibu bapa nak tengok pencapaian atau markah peperiksaan anak-anak, mesti kena gi sekolah kan. Selalunya cikgu akan buat program satu hari disekolah bersama ibu bapa supaya ibu bapa boleh tahu keputusan peperiksaan anak-anak. Atau pun, ada juga sesetengah sekolah akan bagi terus je keputusan pada anak-anak untuk ditunjukkan pada ibu bapa.


SAPS

Tapi, sekarang ni, semuanya dah canggih, kita sendiri boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak secara online. Untuk memudahkan ibu bapa, sekarang ni pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan satu platform untuk mereka menyimpan, menganalisa, dan menyimpan data keputusan murid sekolah.

Sistem online ini diberi nama Sistem SAPS Ibu Bapa atau nama lainnya adalah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan ibu bapa menyemak keputusan ujian dan peperiksaan anak-anak tanpa perlu pergi kesekolah. Ianya akan membantu memudahkan tugas guru dan ibu bapa. 

Cara menyemak keputusan peperiksaan

SAPS Ibu Bapa ini boleh dilakukan melalui secara talian (ONLINE). Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah:

  • Keputusan sekolah rendah darjah 1 hingga darjah 6.
  • Keputusan peperiksaan sekolah menengah tingkatan 1 hingga tingkatan 5
Didalam sistem ini, ibu bapa boleh melihat keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Percubaan, Peperiksaan Akhir Tahunan, UPSR, PT3, SPM dan termasuk juga semakan ujian awal tahunan anak secara online. Sangat mudah kan? Semuanya di hujung jari. 

Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area (Bidang Keberhasilan Utama Negara). Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan negara kita.

Untuk menyemak keputusan peperiksaan anak anda secara dalam talian, caranya sangat mudah. 
  1. Anda boleh layari laman web https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php 
  2. Kemudian isikan butiran anak anda dengan betul. Anda mempunyai dua pilihan samada mengisi butiran tentang anak atau butiran tentang sekolah anak anda.
  3. Tekan SEMAK
  4. Tekan PAPAR SLIP KEPUTUSAN atau PAPAR MARKAH KEPUTUSAN
SAPS

Dengan wujudnya kemudahan sistem SAPS ini, diharap dapat membantu memudahkan ibu bapa untuk melihat prestasi anak mereka dan dalam masa yang sama mereka dapat plan target untuk anak mereka pada peringkat seterusnya. Selain itu melalui sistem ini, dapat juga membendung masalah pelajar meniru tandatangan ibu bapa mereka dan ibu bapa juga tidak boleh lagi menjadikan alasan sibuk berkerja sehingga tiada masa untuk memantau prestasi anak di sekolah.

Untuk maklumat lanjut mengenai SAPS ini, anda boleh layari laman web http://www.sapsibubapa.co/ ini. Boleh bookmark terus url ni supaya mudah anda nak cari selepas ini. 


Next
This is the most recent post.
Older Post

1 comments:

  1. done bookmark tahun depan mmg nak guna website nie..anak nak mula bersekolah hehe

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...