Sunday, October 01, 2017
4
Assalamualaikum semua...

Sekarang ni dah banyak sangat butik online yang ada kan. Dah jadi trend sekarang, kita lebih suka dan mudah nak beli barang secara online. Tak perlu dah nak keluar ke kedai-kedai. Cukup hanya lihat di skrin gadgets, pilih, kemudian bayar. Sangat mudah kan. 

Tapi, bila dah banyak sangat butik online sekarang ni, kita dah rambang mata nak pilih. Tapi Mia nak cadangkan korang satu butik online yang terbaik ni. Yang penting butik online ni adalah butik muslimah yang mengetengahkan pakaian muslimah yang sangat cantik dan sopan. Walaupun ianya adalah butik muslimah, tetapi fesyen yang diketengahkan adalah sangat trendy sesuai dengan kehendak zaman sekarang. Harganya juga tentulah bertepatan dengan kualitinya.  

Butik muslimah yang dimaksudnya adalah LANAFIRA.COM. Yang menarik perhatian Mia tentang butik muslimah online ini adalah walaupun design busana muslimah mereka tampak simple tetapi ia sangat menarik dan sedap mata memandang. 


Butik muslimah, Pakaian muslimah, butik online

Sekarang ni memang susah nak cari busana muslimah yang menepati citarasa kita kan. Kadang-kadang fesyen busana muslimah yang setia ada nampak sangat membosankan. Tetapi di Lanafira, mereka menyediakan pakaian yang pelbagai fesyen. Antaranya adalah dress labuh, peplum, kebaya pendek dan sebagainya. Jadi, kita mempunyai lebih banyak pilihan untuk mencari pakaian yang berfesyen. 

Ok, jom kita cuci mata dulu dengan koleksi-koleksi pakaian yang terdapat di Lanafira ni.
Butik muslimah, Pakaian muslimah, butik online
Long Dress Mellisa

Butik muslimah, Pakaian muslimah, butik online
Kebaya Alana

Butik muslimah, Pakaian muslimah, butik online
Sofea Modern Peplum
Haa, cantik dan trendy kan. Mia tengok pon dah tergoda nak capai sehelai dua. Nampaknya kejap lagi terpaksa la sign up supaya Mia boleh tahu koleksi terkini dari mereka. Sebab banyak yang dah sold out tu. Barang panas, mestilah cepat je sold out kan. Tapi jangan risau, nanti mereka akan keluarkan fesyen yang lebih cantik dan trendy. 

Sebelum tu, Mia nak kongsikan tips yang menarik ni semua pembaca. Tips ini khas untuk mereka yang sedikit gempal atau chubby untuk kelihatan langsing dalam memilih pemakaian. 


Tips Pemilihan Pakaian Yang Sesuai Untuk Tampak Lebih Langsing

1. Pilih pakaian yang berwarna gelap


Pakaian yang berwarna gelap akan memberi efek kurus kepada si pemakai. Tetapi pakaian gelap bukan tertumpu kepada warna hitam sahaja. Tetapi kita boleh pelbagaikan warna gelap dengan warna biru tua, coklat gelap dan kelabu. Pakaian berwarna terang hanya akan membuatkan kita lebih tampak berisi. 


2. Pilih jalur/corak menegak

Pilih pakaian yang mempunyai corak atau jalur yang menegak. Elakkan pakaian yang mempunyai garisan mendatar kerana akan membuatkan kita lebih nampak gemuk dari biasa.


3. Elakkan memakai material spendex atau kain yang melekap


Pakaian berasaskan spendex atau pakaian yang melekat pada badan memang tidak sesuai digayakan untuk kita yang berbadan gempal untuk kelihatan kurus. Jadi, pilihlah pakaian yang dihasilkan dari fabrik lembut seperti chiffon, kapas dan flowing fabrik. 


4. Memakai skirt jenis princess cut (A-line)


Skirt yang berpotongan gaya princess atau A-line adalah yang terbaik untuk mereka yang berbadan begini kerana ia akan menekankan bahagian lekukan/curve tubuh tanpa membuat ia kelihatan longgar (saggy) dan tidak menarik.  Ini sebenarnya boleh membuatkan badan kita lebih seimbang dan mengelakkan kaki nampak besar.


5. Memilih seluar jenis potongan lurus (straight cut)


Seluar jenis potongan skinny akan membuatkan mata tertumpu dibahagian peha dan kaki dan adalah tidak sesuai jika anda mempunyai sepasang kaki yang agak besar. Jadi kenakan seluar potongan lurus kerana akan nampak lebih langsing dan kurus. Kenakan seluar yang berwarna gelap atau jeans biru gelap adalah lebih menarik. 


Jadi, jangan tunggu-tunggu lagi. Jom cepat-cepat dapatkan koleksi pakaian daripada Lanafira.Com ini. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh la terjah produk Lanafira di mana-mana sosial media berikut:


Website


Instagram



FB Page

4 comments:

  1. cantiknya !!! nak kena tunggu raya ke baru boleh shopping lagi ni ? hee~ shopping sekarang boleh ? haish.. berbelah bahagi rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. shopping je la sekarang. hihi... atie kan orang kaya sekarang. hehe.

      Delete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...