Friday, September 29, 2017
Assalamualaikum semua...

Terasa lama betul tak menulis. Nanti Mia kongsikan sebab apa lama benor tak menulis tu kan. Ok, kali ni Mia nak kongsikan surprise yang Mia dapat 2 minggu lepas. Punya la lama peram nya kan. Sekarang baru nak cerita.

Ingat tak lagi entry yang Mia tulis tentang cadangan hadiah buat yang tersayang tu? Haa, kalau belum baca boleh baca kat SINI. Lepas buat entry tu Mia terus cuba untuk buat sendiri hadiah untuk orang yang tersayang. Kat situ kan boleh buat sendiri design yang kita nak, jadi akan buat orang yang kita sayang tu akan rasa lebih dihargai.

Pertama kali buka Web PRINTCIOUS.COM ni, memang akan rambang mata. Banyak sangat pilihan yang ada. Dan setiap produk yang ditawarkan tu ada kegunaan sendiri dan memang setiap hari kita akan menggunakan produk tersebut. Memang sesuai sangat la kalau nak dijadikan hadiah pada orang tersayang kan.



Contoh produk yang menarik hati Mia adalah mug, baju, bantal, casing telephone dan sebagainya. Barang-barang ni memang setiap hari kita boleh guna kan. Jadi, memang tak membazir pon kalau kita nak hadiahkan pada orang yang kita sayang.

Jadi, lepas belek-belek mana yang berkenan, akhirnya Mia buat keputusan untuk memilih untuk menjadikan bantal sebagai hadiah untuk anak Mia. Sebab apa bantal yang menjadi pilihan Mia? Hihi...


Bantal yang dipesan

Selfie dengan bantal dulu. Hihi...

Sebenarnya Mia pilih untuk menghadiahkan bantal pada anak Mia kerana kami selalu travel jauh dengan menggunakan kereta. Jadi, Mia nak letak bantal tu dalam kereta sebenarnya. Tapi untuk nampak lebih special, Mia cuba hasilkan design sendiri yang ada nama anak Mia supaya nampak lebih special untuk dia. Boleh la dia guna bantal tu dalam kereta nanti supaya dia lebih selesa kalau nak tidur nanti. Kami selalunya akan travel jauh, jadi untuk keselesaannya memang sesuai la Mia hadiahkan bantal tu untuk dia.


Untuk pengetahuan semua, bantal yang pihak printcious ni tawarkan ada beberapa jenis dan bentuk. Ada bentuk hati, segi empat sama (square) dan ada juga bentuk segi empat tepat (rectangle). Jadi Mia pilih bantal yang berbentuk segi empat tepat kerana lebih bersesuaian untuk diletakkan di dalam kereta.

Selepas dah pilih bentuk bantal yang dikehendaki, kemudian Mia hasilkan design sendiri dengan meletakkan gambar dan nama pada design tersebut. Mula-mula nak letak gambar kami sekeluarga, tetapi waktu tu takde pula gambar yang terbaru. Dan biasalah kalau bergambar dengan anak-anak ni memang susah kalau nak dapat gambar yang semuanya pandang kamera. Hihi.


Perkhidmatan Yang Cepat di Printcious

Bila dah puas hati design yang dipilih tu, Mia teruskan untuk pembayaran. Kemudian tak sampai 4 hari, dah dapat mesej yang barang dah di hantar menggunakan perkhidmatan Ninja Van sekali dengan tracking number. Haa, terkejut jugak Mia sebab cepat betul perkhidmatan diorang ni kan. Bayangkan nak print bantal tu, mesti akan ambil masa juga kan. Tapi dengan perkhidmatan di Printcious ni, cepat je kita boleh dapat barang kita. Dan Mia selamat terima barang tu pada dalam masa cuma seminggu. Haa, bestkan kalau macam ni.


Kualiti Produk di Printcious

Ok, bercakap tentang kualiti pula kan, Mia memang sangat berpuas hati dengan kualiti bantal yang Mia dapat tu. Sebabnya cetakan gambar sangat bagus dan bantalnya pun sangat lembut dan tebal. Lagi satu yang Mia suka tentang bantal ni adalah, bantal dan sarungnya adalah berasingan. Jadi kalau bantal dah kotor atau terkena sesuatu senang la nak basuh kan. Cuma perlu tanggalkan sarungnya dan basuh sarungnya sahaja.  

Sebenarnya banyak lagi pilihan yang menarik yang terdapat dalam website Printcious tu tau. Memang akan rambang mata nak pilih. Kalau nak hadiahkan pada diri sendiri pon ok sangat. Kebanyakkan produk yang ada boleh digunakan dalam seharian hidup kita. Jadi memang tak membazir kalau nak bagi reward untuk diri sendiri.

Jadi, kalau korang berminat untuk berikan hadiah pada yang tersayang, atau nak cari hadiah untuk diri sendiri, Mia sangat cadangkan untuk anda menggunakan perkhidmatan Printcious ni tau. Sebab utamanya adalah kualiti produk yang bagus, cepat dan sangat cekap terutama dalam proses pencetakan. 

untuk maklumat lanjut boleh hubungi mereka di:


WEBSITE:

FACEBOOK:

INSTAGRAM:

Jangan lupa untuk mendaftar dahulu. Sekarang ni memang banyak promosi yang pihak Printcious tawarkan. Cepat-cepat tau order sewaktu promosi ni. Memang sangat berbaloi. 

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...